Monday, December 16, 2013

Shopping Contact Lens Di MrLens.Com.My

Hi Korang,

Orang-orang yang rabun cam aku ni memang boleh jadi buta cam Kassim Selamat kalau tak de contact lens. Bukan tak stylo kalau pakai cermin mata tapi dah banyak kali hilang lah, patahlah, terlupa letak mana ermm pendek kata memang makcik-makcik sangatlah wei.

So dengan baik hati ni The Butterfly Project sudi mengajak aku join review satu online shopping website untuk contact lens ni iaitu MrLens.Com.MY

Ni ada sket informasi mengenai Mr Lens ni ye



Ok dah paham kan, very straight forward punya.

Apa lagi meh order cercepat mata baru ni ye


Haruslah memula bukak website dulu www.mrlens.com.my so ini dia tada.

Dalam website ni, korang boleh pilih pelbagai jenis produk yang berkaitan dengan mata macam contact lens biasa, contact lens colour, pelbagai cermin dan bermacam lagi.

Once dah sign up je, korang dan boleh start pilih yang mana satu menjadi pilihan hati korang. Aku pilih yang coloured lens la, sebabnya bagi aku ianya murah.

Pilih punya pilih so dapat lah Colourvue 3 tones - Violet dan Colourve Big Eyes - Dolly Black. Terlampau banyak pilihan, so aku jadi rambang mata. Rasa-rasanya sesuailah kot dengan mata sepet aku ni kan.

Siap pilih, meh terus kepada cara pembayarannya.


Isi segala butir-butir macam alamat penghantaran, no tepon semua bagai lah.


Inilah yang aku pilih tadi, mata hitam dan mata purple hahahaha



Di sebabkan aku The Butterfly Project tolong settlekan semua bil, so aku tak lah bayar kan. Semua di tanggung. hehehhe


Ok ok terus tekan button confirm order ye kalau semua dah betul dan telus.


Ini cara pembayaran yang digunakan, tak kira debit card ke credit card ke, online banking ke, semua pun boleh ye

Lepas tu korang akan dapat email yang bagitau barang dah on the way. Cergas sungguh kan!

Bagi aku, pengalaman membeli contact lens di Mr Lens sangat-sangat ok. Cepat dan mudah. Segala urusan semua guna email je, tak payah nak call-call pun.


Aku rasa nak beli contact lens biasa kat sini kot coz lebih murah sket daripada beli kat kedai biasa sebab aku jarang guna colour lens sangat.

comel tak kak ton? dengan mata bulat hitam bagai kan 

Korang,

LIKE Mr Lens facebook page dan website diaorang http://www.mrlens.com.my dan terus shopping kat sini ek

Ok ok lupa nak bagitau gak yang diorang provided FREE DELIVERY to KLANG VALLEY area? yeah WOWW!!

Terima kasih pada The Butterfly Projects Malaysia kerana sudi bagi aku peluang untuk project baik punya ni. Hopefully kalau ada lagi naklah join ye..

Like these two Facebook page today!




Kenduri Kahwin Anak Blogger Kak Ina KL

Hi Korang,

Walaupun banyak nau aktiviti last week sampai jetlag turun flight kan sempat aku ke kenduri kahwin anak blogger K Ina KL.

Memula tuh, rasa cam tak sempat je coz sampai dari Penang kul 8.30pagi dek sebab flight delay kan. Aik MAS pun boleh jadi cam ni kan, ermm dah nak kena nak buat cam ne.

Kitorang keluar rumah dekat kul 1.00 petang cam tuh.

Ikut highway Utara-Selatan coz nak cepat lagipun senang sket jalan tuh, la rupanya jem teruk oulls. Bukan ade accident pun kan, alah kereta-kereta kat Malaysia ni walaupun mahal tapi bila time naik bukit terus jadi slow. Dekat 40minit gaklah tersangkut kat situ.

Lepas je toll Nilai, terus je berdezup Mr Big drive. Yelah ko dah dekat kul 2.30 petang cam tuh. Dengan perut lapar lagi plak, nasib baik dah biasa jalan area Nilai ni. 

time ni k ina tengah busy agihkan goodies tau, berpeluh-peluh

Sesampai je dekat rumah baru K Ina KL ni, mak oi parking memang penuh. Maklumlah anak pertama, orang mesti ramai punya yang datang. Sebagai tuan rumah a.k.a mak pengantin, memang K Ina sibuk manjang, dengan nak menyambut tetamu, nak melayan besan lagi.

Lepas salam je, terus ktorang pi amik makan.

malas nak makan sayur, ini pun dah cukup terbaek oo

Rupanya menu kampung. Nasi putih bersama ulam-ulaman, sambal belacan, kuah lemak nangka, ayam goreng berempah dan ikan keli bercili. Apa lagi terus sampedek lah.

Ada lagi wei, sate, soto, bubur kacang dan kuih muih. Belum air 4 jenis, 2 panas dan 2 sejuk. Kata blogger MatJoe, teh tarik terbaik oooo.

Lepas makan, lepak plak temankan blogger jamar sekeluarga makan. Si Dayyan comel tu ngantuk plak, sekejap je Mr Big dapat dukung budak ni tau.

memang comel goodies wedding ni.

Anyway, terima kasih kepada blogger K Ina KL sekeluarga kerana sudi menjemput ktorang ni. Nasib baik cepat sampai, kalau tak hujan bukan main lebat lepas je ktorang keluar dari rumah K Ina tuh.

p/s:malas nak ambil gambar bebanyak coz lapo time tuh..




Saturday, December 14, 2013

Lahirnya UBAN The Kucing Hitam

Hi Korang,

Dah lama nak citer tapi tak de timing bagus nak pos entry kan. Sudahnya upkan hari ni lah.

Kalau korang kaki stalker instagram aku memang akan perasan makhluk hitam yang wujud dalam hidup ktorang berdua ni.

Citernya cam ni.

Rasanya bulan lepas kot, aku pun tak ingat.


Ktorang nak kuar pi hospital untuk Mr Big pun follow up check up. Betul-betul kat sebelum simpang rumah tu, ada bas parking kat situ. Tup-tup cam ade menda nak berlari ke jalan. Cercepat aku brek, nasib baik takde kereta lain kat belakang.

Mr Big pun turun coz nak tengok apa menda tuh.

Eh cam landak dia kata, so dia pi dekat lagi rupanya anak kucing hitam yang bulunya cam landak. Agaknya anak kucing tu takut so dia sembunyi bawah bas tuh. Puas gak lah Mr Big merangkak-rangkak nak tangkap dia.

Dapat pun.

Bila dia pegang je, anak kucing tu duk diam je.


Terus dia bawak naik kereta dan cakap kat aku yang dia nak bela lah anak kucing ni. Berdesup aku drive bawak pi PetShop dekat dengan umah ni untuk hantar dia boarding 2 hari coz esoknya kitaorang ada event sepanjang hari.

Belikan dia makan dan masukkan dalam sangkar.


Masa register budak kedai pet tanya nak letak nama apa, terus je Mr Big cakap letak nama UBAN lah coz bulunya berselang seli hitam putih. Aku ok saje.

So masa pi amik untuk balik rumah tuh, sibuklah ktorang pi cari sangkar, pasir, tempat makan, dan memacam lagi lah keperluan kucing. Kira macam dapat baby lah. Semuanya nak beli.


Sampai rumah set upkan tempat tidur, makan dia semua baru masukkan ke dalam sangkar. So far tak de pun mengiau sangat, nampak cam takut tu ada lah. Biarkan dia duk dalam sangkar dulu, tengok cam ne kan.

Lepas 2-3 minggu, nampak cam dia ok je. Ktorang lepaskan dalam rumah waktu ktorang ada rumah. Kalau ktorang keluar, lepaskan dalam rumah gak but sliding door bukak sket so senang dia nak keluar masuk pi kat tempat pasir dia kan.


Ya ampun, keletahnya cam memang cam budak kecik. Camne perangai budak kecik cam tuh perangai si UBAN ni.Kitorang pun living hall tuh, dah macam tempat dia team building. Panjat sana, sembunyi sini, mencakar-cakar kat sofa kan. Aduyai, bersabarlah ye


Walaupun cam tu, si UBAN ni memang nampak mendengar kata. Bila kita kata no terus dia cam paham dan tak buat. Bila dipanggil, datang je kat ktorang. Tak de nak terpekik-pekik menjerit kan. Lagi plak, dia ni rajin nau menolong. Keluarkan habuk dari bawah katil, bawah sofa, bawah almari semualah yang aku tak sampai nak sapu hehehehhe. Sekali keluar, abis misai-misai bertanglung coz habuk ikut melekat sekali kan.

Itulah citer sket pasal kucing landak aku ni.


Nanti aku citer lagi cara-cara ktorang bersihkan dia ek. Mandi, potong kuku, korek telinga. Makan kuat budak ni tau.

Ermm tunggu tau