Thursday, December 12, 2013

Ricoh PENTAX K-3

Hi Korang,


Aku memang tak berapa familiar dengan DSLR camera keluaran Jepun ni.

amik gambo sendiri coz tak de orang nak amikkan

Yelah ko, aku kan dah terbiasa dengan brand lain. Bila pi event gadget brand tak biasa ni rasa cam susah sket nak adapt.


PENTAX K-3 ni merupakan siri DSLR yang terbaru dalam keluarga RICOH, yang diperincikan dengan fungsi simulator anti-aliasing - inovasi hebat yang dicipta khusus untuk K3.

Good news pada kepada jurugambar professional dan peminat dunia fotografi yang ingin mengurangkan kesan beralun pada imej secara efektif tanpa perlu memasang penapid optikal anti-aliasing pada kamera. Inovasi canggih ini memberi pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan penapis (filter) atau tidak sewaktu merakam pemandangan dan objek.

Pengurus produk, Takashi Arai berkata Pentax Siri K mempamerkan paparan imej yang lebih efektif dengan 24mp megapixel dan sensitiviti ISO 51200 terunggul. "Pentax K-3 lebih baik daripada produk hi speed continuous shooting lain dengan kuasa 8.3fps dan tentunya, fungsi simulator anti-aliasing memenuhi kehendak pencinta dunia fotografi" katanya.


Turut hadir, Pengurus Jualan Ricoh Imaging Co. Japan Malaysia, Ryota Shimamoto.





K-3 turut dilengkapi sensor imej terbaru APS-C-size CMOS (23.5mm x 15.6mm). Siri itu turut digabungkan dengan engin memproses imej PRIME III - yang melonjakkan kemampuan pemprosesan imej sekaligus mengurangkan bunyi bising secara efisyen. Hasilnya, kualiti gambar berkualiti tinggi walaupun dalam suasana terlalu terang.



Monitor LCD mudah dilihat 3.2 inci dengan anggaran 1,037,000 dot (dalam nisbah 3:2) dan kaca tempered pada panel depan sebagai jaminan ketahanan.


Ini plak Mr KL Yeam yang telah pun mereview Pentax K-3 ni, lihatlah hasil fotografinya sangat cantikkan.


Ini ciri-ciri yang ada di Ricoh Pentax K-3 :

· 24 megapixels

· APS-C (23.5 x 15.6 mm) CMOS Sensor

· Prime III Imaging Processing

· ISO 100 - 51200

· 27 Number of focus points

· 3.2" fixed LCD with 1,037,000 Screen dots

· 1920 x 1080 (60i, 50i, 30p, 25p, 24p) video recording

· Weather and dust resistant

· Lithium-Ion D-LI90

· 800 grams

· 131 x 100 x 77 mm


So far harga untuk Pentax K-3 ni belum dikeluarkan secara rasmi lagi oleh pihak Ricoh but dengar-dengar dalam RM4199 body sahaja, belum termasuk accessories lagi ye.

Itu je nak citer.

p/s : payah gak nak menulis bahasa gadget ni. Kena banyak kali baca dan pahamkan ayat then baru boleh translate ye hehehehhe


Wednesday, December 11, 2013

Wordless Wednesday - Comel Tak?

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week



Comel tak? cute kan. Aku sendiri pun tak tergamak nak makan...


Wanginya HARUM MALAM Nie..

Hi Korang,


Payah tak rasanya kalau korang nak bagitau seseorang tu yang kuat benau bau badannya.

Itulah aku sendiri ni pun tak sampai hati nak cakap, yelah termalu plak muka orang tu.

Abis tuh, cam no?

Sudahnya diam jelah dan tahan je bau semerbak hangit tuh.

Bila seseorang bagitau aku produk HARUM MALAM ni, macam terpanggil nak cuba gaklah. Walaupun bau badan aku ni taklah kepam sangat kan but why not kan.


Produk HARUM MALAM ni adalah supplemen dalaman mewangikan tubuh sepanjang masa. Diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti sirih, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica yang dapat membantu mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh.

Hasilnya tubuh akan wangi semulajadi jika diamalkan berterusan. Ia mampu membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Ianya juga dapat mencegah masalah dalaman wanita, memberikan tenaga dan menambahkan stamina untuk melakukan aktiviti seharian.

Apmacam best tak? Itulah aku cakap korang tak caya.

Ok kita sambung lagi ek

Di antara punca makanan yang menyebabkan badan kita berbau adalah :-

1. REMPAH RATUS

Rempah ratus seperti bawang putih, bawang merah, dan kari secara umumnya akan menyebabkan bau badan kerana ia akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah yang di hapuskan melalui paru-paru dan pori-pori kulit.

2. DAGING MERAH

Daging membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Walaubagaimanapun, daging merah boleh menyebabkan badan cepat berbau dan berpeluh kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan.

3. PRODUK SUSU

Produk susu sememangnya kaya dengan protein yang membuat tubuh lebih lambat untuk mencernanya. Pelepasan hidrogen sulfida dalam tubuh akan membuatkan tubuh mudah berbau.

4. KOLIN

Makanan seperti telur, hati, ikan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan kandungan kolin dan mempunyai kandungan zat yang tinggi dalam membantu perkembangan memori atau daya ingatan. Juga berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda tetapi ia juga mudah membuatkan tubuh berbau.

5. MAKANAN BERGORENG

Makanan bergoreng seperti ayam goreng, mee goreng dan pelbagai jenis makanan bergoreng lain juga boleh menyebabkan badan mudah berbau kerana lemak dan minyak yang terkandung di dalamnya.

6. KAFEIN

Kafein adalah stimulant atau penggalak semulajadi yang boleh dijumpai dalam makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh melegakan sakit. Bau makanan dan minuman ini akan meresap ke dalam peluh yang akan menyebabkan badan mudah berbau.

7. TEMBAKAU

Selain makanan, tembakau juga menjadi penyebab bau badan yang kurang menyenangkan kerana asap rokok akan bercampur dengan unsur-unsur lain di dalam badan dan keluar melalui kelenjar keringat.

Aduiyai, kebanyakannya tu semua aku makan. Bahaya gak ni kan. Kena kurangkan betul-betul ni.


Yang ni di antara kebaikan HARUM MALAM ni

-Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual
-bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
-Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
-Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
-Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
-Mengurangkan tekanan dan tension
-Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan





HARUM MALAM ni bukanlah ubat yang pahit tuh, ianya ala-ala minuman kesihatan gituh. Dengan hanya minum 2 kali setiap hari, 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur, badan pasti berbau enak dan yang paling bagus side effect bagi produk ini adalah ia dapat merapatkan organ intim wanita. 

Bestnya orang pompuan ek.


Harganya plak,

kalau tak termasuk postage

RM33.00 sebotol bagi semenanjung
RM39.00 sebotol bagi Sabah & Sarawak 

Kalau termasuk postage

RM40.00 sebotol bagi semenanjung
RM45.00 sebotol bagi Sabah & Sarawak


Cara nak order, cam ne plak?

Boleh order secara terus melalui Fanpage mereka iaitu:-

Info Lanjut mengenai produk Harum Malam dan pelabagi testimoni menarik boleh di baca di laman rasmi mereka-klik Harum Malam




Kat bawah ni, aku letak gak beberapa tips untuk kesihatan kaum wanita ye.






Kan, penting ni semua ye tak kira lah yang belum kahwin atau dah kahwin. Luar dan dalam mesti kena jaga untuk kesejahteraan kita-kita ni di masa depan.