Sunday, December 8, 2013

Kisah Banjir Di Pahang Dalam Instagram Denaihati.com

Hi Korang,

Still mood bercuti-cuti di pagi minggu ni tapi sempat gak menulis sesuatu di blog comel aku ni.

Terpanggil plak aku akan kisah banjir di Pahang ni. 

Memang sesuatu musibah yang tidak di jangka. Walaupun kita akur yang penghujung setiap tahun adalah musim banjir di seluruh negara khususnya pada negeri di pantai timur tapi kejadian bah besar yang di alami oleh negeri Pahang sekarang ini amat menakutkan.

Dengan hanya hujan yang turut tak terhenti sepanjang ermm tak silap aku lebih kurang 24 jam telah mengakibat banjir besar. Dalam sekelip mata banyak rumah-rumah di tenggelami air hingga ke bumbung, jalanraya terbelah dua akibat tanah mendap dan pelbagai lagi.

Sedih terasa dihati bila melihatkan semua gambar-gambar di paparkan di media cetak, media elektronik.

Tapi kita rakyat Malaysia memang berhati mulia.

Ramai yang turun padang menjadi sukarelawan ketika ini. Tak kira tua muda semuanya berganding bahu membantu kepada yang memerlukan.


Macam salah satu gambar di instagram bro denaihati http://instagram.com/denaihati  salah seorang kerabat Sultan Pahang sendiri, Tengku Puan Pahang iaitu Tunku Azizah Mahmood Iskandar turut berganding bahu membantu rakyatnya. Aku salah seorang pengikut TPP di instagram, memang amat kagum dengan apa yang beliau lakukan. Aku memang mengikut aktiviti beliau sepanjang masa. Tanpa mengira darjat, beliau tanpa jemu membantu memasak makanan untuk mangsa-mangsa banjir ini.

Sekejap beliau di Kuatan, sekejap lagi di Sg. Isap, petang pula di dewan mangsa banjir yang lain. Walaupun hidangan makanan yang di masak ringkas tapi aku rasa dengan air tangan beliau, dapat mengenyangkan rakyat Pahang yang didalam kesusahan.

Sesuatu yang amat mulia dan aku hormat sikap beliau ini.

Semoga Allah melindungi TPP sekeluarga dan juga mangsa-mangsa banjir di mana jua di Malaysia ni. 

Amin..

Entry ini adalah untuk contest di www.denaihati.com

Friday, December 6, 2013

Dinner Di Mastercook Chinese Muslim Restaurant

Hi Korang,


Malas nak masak so apalagi meh makan luar.


Kali ni ktorang pi cuba ada satu kedai makan baru di Bangi Seksyen 9. Kedai makan chinese muslim food. Asyik pi kedai makan Haslinda Sim je kan, so try lah yang baru ni.


Tak ramai orang pun masa ktorang masuk, may be sebab awal sangat nak dinner, 6.30pm cam tuh. Dah macam cina plak aku rasa, makan cepat.

So ktorang order

Dry Butter Sotong (RM16.00)

Walaupun sedap sket dek cili api tapi sedap. Kalau tau order saiz besar

Siakap 3 Rasa (RM33.90 tapi RM13.90 je)

Sekarang ni tengah promotion katanya. Boleh tahan besar gak ikannya. Goreng garing dan di curah handmade sauce. Aku tanye letak ape, waiter tu senyum je

Sizzling Beef (RM18.00)

Sangat sedap, dihidangkan panas-panas. Dagingnya lembut.

Crab Meat Bean Curd (RM14.00)

Biasa-biasa je but still aku tak reti nak buat lagi lah.

Siew Mai Dim Sum (RM5.20)

Memang ikut tekak, sedap.Padat isinya


Hah banyak sungguh kan, sebab tengahari tu aku tak sempat nak makan si Mr Big pun sama gak. Itu yang order jadi cam tuh. Nasi plak dihidangkan panas-panas. Apa lagi bedal tak ingatlah.

Nak pegi ke?


Inilah rasanya alamatnya, aku sendiri pun tak berape sure.

Mastercook Chinese Muslim Restaurant
Jalan Medan PB5, TCC3,
Paragon Point,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
(sebelah Sempoi Cafe)
Tel : 03-89208223

Cozy je kedai makan ni, orang tak ramai. TV tak de. Makan dalam peaceful sungguh.


Kalau ade budget lebih sket, bolehlah singgah ke sini ek.


BIG BAD WOLF 2013 Bermula Hari Ini

Hi Korang,

Quick info je ni.

Pesta buku besar-besar akan mula berlangsung hari ini 6th December 2013 hingga 15th December 2013.


Yang penting pesta buku ini akan dibuka secara berterusan selama 230 hours. Lama giler betul. So tak delah bersesak-sesak orang datang kan. Kira korang tak boleh nak tidur weekend ni, moh lah ke sini.

Cam biasa, biasa lah aku dah dah 2-3 kali ke event ni.

Pelbagai jenis buku dijual, tak kira genre apa jua pun. Apatah lagi bahasa kan. Buku pasal masak, buku kanak-kanak, kamus, fiction, fact, buku cinta.

Semalam pun parking kat MIECC ni dah penuh, coz diorang ada preview sale untuk OCBC member dan BBW member kan. Lagi syiok ooo


Apa lagi jom korang pi membusykan diri ke sini ek.

credit pics: www.google.com