Friday, November 29, 2013

Dating Kejap Di Delicious Cafe, Setia City Mall

Hi Korang,

Masa balik dari cousin aku bertunang di Meru hari tuh sempat gaklah ktorang ke mari.

Alah sekadar nak pi beli kopi jadi peneman ktorang drive balik ke Bangi. Yelah ko jauh tuh, rasa dalam 1 jam lebih siap jem bagai kan.

So Mr Big kata jomlah pi sini jap kat Setia City Mall ni. Tempat baru ni, tengok dari luar nampak cam best je.

So sesampai je, ronda dulu dari 1 tingkat ke tingkat yang lain.

Nampak kedai kasut, singgah jap.Ada berkenan plak terus i beli. Ini semua perbelanjaan tak terancang ni agak bahaya betul. Masuk kedai baju, tup-tup beli baju plak.

Itula dia.

Dengan alasan, ada kedai ni tak de kat KL lah. Tak kan nak ulang alik ke sini semata-mata nak beli baju sehelai kan.


Dah penat, ktorang duk singgah cafe Delicious ni.

Malas nak order makan coz mak andak aku dah bekalkan lauk + nasi kenduri bukan main banyak lagi, katanya alah senang tak payah nak masak balik nanti. Makan je.

So ktorang duk minum-minum jelah.

Nak pilih minum pun satu hal gak. Belek sana, pusing sini, tengok gambar.

Sudahnya ini yang ktorang pilih

Death by Iced Chocolate RM10.90

Coklatnya memang pekat, sedap. Terasa betul air coklatnya sampai ke tekak.

Affogato RM9.90

Ini one of my favourite. Ais krim vanila yang di hidangkan sekali dengan small cup of cappuccino dan ada coklat biji2 sekali. Tak manis tapi just nice bila di hirup.

Chocolicious Sundae RM14.90

Memang rasa berdosa sangat kalau orang diet makan menda alah ni. Segala-galanya pure dalam cawan ni. Baik coklat mahu pun ice cream tu sendiri. Ada plak fresh strawberi kan, lagilah mantap uolls.

Memula tadi tak nak makan kan, tu dia tak sampai beberapa minit Mr Big cakap nak order makanlah tapi yang ringan-ringan je. Selain daripada nasi lemak,

Ktorang order

Chili Con Carne Cheese Fries RM16.90

Amik ko semangkuk french fries ranggup yang di curahkan sos bolognese ala-ala spicy di atasnya. Sedap tuh pekena pepanas

siap nasi lemak plak laki aku ni tau

dah abis plak affogato ni, nak lagiiiii

sedap kan, itula terbaek ooo

nak lagi leh takkk..

Lepas je pekena semua tuh, terus ktorang balik.

Dalam kereta mata memasing terbuntang dek pekena makan-makan yang tak henggat tu kan. Ishkk mana tak gemuk asyik makan-makan dan makan je kan.

Sudahlah...

Barangan DE BEAUTY Dari HiShop.MY

Hi Korang,

Aku kan jenis suka mencuba sesuatu yang baru. Tak kiralah apa jua jenis pun kan. Bab makan ke, baju ke, krim muka ke, sabun mandi ke. Pendek kata semualah.


So baru-baru ni aku dapat mencuba barangan kecantikan produk DE BEAUTY keluaran HiShop.My ni.

Meh kita mulakan dulu satu per satu ye


1. De Beauty Reborn Collagen Plus

Ianya minuman kesihatan yang berfungsi untuk melembap, mencerahkan, menegangkan, memperindahkan kulit kita. Bahan yang terkandung di dalam produk ni adalah Collagen (firming), Hyaluronic Acid (Moisturize), Soy ISO (smoothness), Pueraria Mirifica (breasts enhancing) dan L-Glutathlone (whitening effect).

RM220.00 sekotak.

My review : Rasanya sedap, fruity gituh. Bancuh dengan air sejuk then terus minum.


2. De Beauty Reborn Lecithin Green Coffee

Minuman kopi untuk kurus. Best tuh kan, mengandungi Lecithin, L-Carnitine, Green Tea, Vitamin B, Garcinia Fruit dan Chitosan.

Dengan mengamalkan kopi kurus ini, kita dapat menyingkirkan lemak, perut senang melawas, toxic pun dapat dikeluarkan.

RM110.00 sekotak

My review : Macam minum kopi biasa, langsung tak de rasa ubat. Sekali tenguk je licin.



3. De Beauty Reborn Nutri Bifidus

Minuman kesihatan gak but more to mengeluarkan bakteria dalam badan. Macam kalau kita ada sembelit ke diarrhea yang kejap. Ianya membantu mengeluarkan kuman yang ada dalam badan kita ni. Kemudian, ianya sebagai sumber tambahan tenaga pada badan kita.

RM165.00 sekotak

My review : Rasa lime-lime gituh, sangat refreshing.


Itulah serba sedikit mengenai produk kesihatan DE BEAUTY ni. Nak citer effect kat korang ermm cam payah sket kot. Sebabnya aku diberikan 2 sachets untuk setiap produk ni. Kebarangkalian nak nampak kesan pada badan tu amatlah payah. Baru je kuman-kuman hilang 2 hari dah datang balik.

Anyway terima kasih HiShop.MY for this special health review.

For more information about HISHOP, kindly visit:
HiShop Malaysia Website: www.hishop.my
HiShop Facebook: fb.com/hishopmy
HiShop Instagram: @hishopmy
HiShop Twitter: twitter.com/hishopmy

....Jangan lupa subscribe di HiShop tau, tekan je sini http://www.hishop.my/subscribe!

Thursday, November 28, 2013

Simple Dinner Di Wadihana Islamic Kitchen

Hi Korang,

Bila dah malam dan balik rumah lambat plak tuh, memanglah aku malas nak masak.


Baik pi makan kat kedai, alah yang simple-simple je pun.

Hari tuh ktorang ke Wadihana Islamic Kitchen kat Seksyen 9 Bandar Baru Bangi ni. Lalu lalang bukan main lama tapi tak de masa nak singgah.


Pergilah hari tuh, time tu orang tak ramai lagi may be hujan

Oklah ini yang ktorang order


Creamy Butter Prawn RM16.90

Ishk butter banyak, sedap tu memang sedap tapi cepat muak lah. Rasa cam kembang-kembang tekak bila dah sejuk. So kena makan cercepatlah.

Nasi Goreng Black Pepper RM9.90

Sedap hingga menjilat jari. Aku belasah ayam goreng dulu kemudian baru makan nasi. Nasib baik black peppernya kurang kalau tak harus bersin aku dibuatnya.

Sauteed Mushroom RM8.90

Berminyak sangat, ktorang makan tak abis pun

Fried Squid RM8.90

Guna tepung ala tepun tempura. Tebal nau, sotongnya halusss


Orang yang makan tuh 2 orang tapi bukan main banyak ordernya. Tekak harimau betullah. Semua nak bedal. So far oklah kot menu yang ktorang pilih ni.


Nak singgah, ni alamatnya

Wadihana Islamic Steakhouse
No. 26, Jalan Medan Pusat 2D,
38 Curve Business Park,
43650 Bandar Baru Bangi


Maybe ktorang akan datang lagi untuk cuba western food dan tepanyaki. Dengar-dengar main dish diorang ni siap dah masuk Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) TV3 lama dulu kan.

Foodblogger HazmanFadzil.com jom pi makan sini nak tak? sedap ooo