Thursday, November 28, 2013

Bergemerlapan Dengan PANDORA

Hi Korang,

Rasanya cam dah trend orang pakai PANDORA ni. Cam cantik je, cam comel je kan.


Actually PANDORA ni adalah jenama jewelry yang terkini. Bukan barang kemas ye but some of charms ada jugak gunakan emas sket. Pandora ni terkenal dengan customizable bracelet dalam bentuk 14K emas dan sterling silver.


Hari tuh dapat gak aku pi ke Sambutan 3rd Anniversary Pandora Malaysia dan Launching untuk Christmas Collection mereka. Sampai lambat sket coz dari event lain hari tuh dengan Ruby.my sekali. Ktorang naik monorel je dari KL Sentral, jimat masa.


Koleksi Krismas dan sambutan ulangtahun ni di rasmikan oleh Dato' Meer Sadik Habib, Chairman of Pandora Malaysia dan Datin Zarida Noordin, Managing Director of Pandora Malaysia. 



Artis dan selebriti seperti Sazzy Falak, Tasha Sheila, Lynn Lin dan Nadia Heng turut memeriahkan majlis dengan memperagakan koleksi-koleksi terbaru ini.




Koleksi Charms Krismas ni berharga di antara RM100 ke atas dengan 50 jenis Charms terbaru boleh di dapaiti mulai 4th Nomvember 2013. Kalau korang shopping lebih daripad RM699 ke atas, korang akan dapat hadiah limited edition iaitu Pandora white porcelain Santa Claus with gold painting.
Butik Pandora terdapat di Bangsar Village II, Alamanda Putrajaya, Kuala Lumpur International Airport, Empire Shopping Gallery, Subang, 1 Mont’ Kiara, Mid Valley Megamall, Tropicana City Mall, Gurney Plaza, Penang, Setia City Mall, Shah Alam, Paradigm Mall, Kelana Jaya and boutique kiosks at Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, Tangs 1 Utama manakala kaunter Pandora turut berada di Ampang Point Habib, Di Sarawak dan Sabah, butik Pandora terletak di Spring Shopping Center, Sarawak and Suria Sabah.


 
Untuk information new collection ni, boleh je klik di www.pandora.net

Ok nanti aku update gambar koleksi Krismas tu ek... Cantik cantik oooo


Wednesday, November 27, 2013

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Hi Korang,

Malas nak citer berat-berat dan ke arah pengiklanan so aku citer kat korang pasal makan-makan. Mesti korang suka kan. Yelah makan, sapa tak suka.

Resipi daging salai masak lemak cili api ke cili padi ni, aku amik dari cara mak aku masak. Kemudian aku modified sket dah terus jadi. Resipi tradisional orang Negeri Sembilan, rumah mak aku ni kira sempadan N9 dan Melaka but ktorang memang more into N9. Sebab tu aku pandai speaking nogori nieh.

Daging salai ni mak aku yang bagi, dia beli berkilo-kilo daging lembu je then lepas je bersihkan terus salai kat belakang umah. Salai original tuh, asap-asap bagai. Semerbak je bau masa time salai tu tau.

Dapatlah sorang sket coz makcik-makcik aku ni pun kaki pau gak. Nak buat sendiri malas kan. Dengan alasan salai atas dapur tak sama salai pakai kayu api ni. ishkk sungguh derr tau..

Ini bahan-bahannya:-

4 je bahan yang penting

Daging salai dihiris
Cili api ditumbuk
Santan kotak KARA + air
Kentang
Bahan perasa korang pepandailah sendiri ek

Cara-caranya:

1. Daging salai direbus dgn sedikit air bersama cili api. Sekejap je. nakkan bagi rase.

tengok dagingnya, isk bertambah lapar la

2. Masukan santan, air, asam keping, garam. Kacau-kacau selalu

3. Masak sehingga kentang empuk.

4. Kacau-kacau rasa garam ikut kesedapan korang

Tada....

kuah je tinggal dengan kentang, daging ielek... dapur pun bersepah lagi belum lap. lapo punye pasal

Gambar kuah yang dah siap masak tak sempat nak amik coz perut dah lapo. Siap masak terus hidang dan ngappp.

Ishk pelahap sungguh kan, la mana tak nye time tu dah kul 4ptg baru dapat makan. Siapa yang tak lapar kan.

Lain kali aku letak je gambar yang dah siap ek

WW - Minum Air HIJAU

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week





Hah ko sambil kenyit-kenyit mata minum air hijau kan, walhal air kesihatan tu tau....
posted from Bloggeroid