Mana taknya, Mr Big check in kat Gleneagles Hospital untuk operation bahunya kesan daripada accident masa bulan puasa hari tuh.
Lepas jumpa doctor untuk briefing pasal operation esoknya, terus je pi registration counter. Bagi semua details termasuk GL (guarantee letter). Tunggu dalam 30 minit cam tu, sempat ktorang pi makan kat Dome Cafe sebelah ni. Terus diorang panggil untuk pi ke bilik.
Ini kira first time aku masuk ke area ward ni. Ward Mr Big tingkat 6.
Depan pintu siap ada guard jaga tau, lepas bagi details. Dapatlah masuk bilik. Ward 614-1. Satu bilik 2 orang je, dapat sebelah bilik air. Kira senang nak ke toilet kan.
Kejap je datanglah nurse check blood pressure, amik darah, check gula dan memacam check lah. Sampailah time nak tidur kan.
Di sebabkan aku malas nak drive balik rumah, semua barang-barang tempat tidur aku siap bawak. Toto, bantal kecik, baju 2-3 helai, toiletries lengkap bagai. Padahal kalau umah M.I.L aku boleh je balik tapi malaslah. Tido bawah jelah, diorang ada sediakan kerusi malas untuk baring but dah abis coz ramai yang request. Tak per tidur bawah beralaskan toto pun dah ok sangat dah bagi aku, tak de hal punya.
Esoknya,
Kul 6.30 pagi nurse dah kejut bangun Mr Big. Suruh mandi dan siap pakai baju hospital coz masuk operation room dalam kul 8.00am cam tuh.
Bukan main lagi senyum lebar kan laki aku ni, kalau aku yang kena haruslah muka terbobar kan. Lepas je nurse tolak katil MrBig ke OT, aku terus kuar hospital pi buat kerja-kerja opis yang terbengkalai.
Balik dari errands, masuk bilik. Mr Big still tak de lagi. Aku dah mula risau. Lama plak operation ni, hari tuh cakap dalam 2 jam lebih je. Tak perlah tunggu jelah. Sekejap lepas tuh, tengok nurse dah tolak katil masuk bilik kan
Hah, lega rasa hati. Mr Big tengah tidur, mamai akibat ubat bius.
Dalam kul 4 lebih camtu baru dia sedar. Muka cam letih ngantuk je. Bahagian bahu kanan dah berbalut. Tup-tup lapo plak, dia minum sket kemudian rehat je. Bercakap pun malas, biarlah orang nak rehat kan. Aku duk baca majalah je lah.
Malam baru ok sket, aku keluar kejap pi beli buah kat Great Eastern Mall untuk dia. Then baru nak makan. Mama datang dengan Siti, cian diorang lepas balik keje terus bergegas ke sini. Nasib baik dekat dengan umah Mama. Lepas tu Gemuk datang gak.
Bagus gak hospital ni, masa melawat tu sampai kul 9.00 malam. Tapi siapa yang masuk before kul 9 camtu dapatlah stay lama sampai kul 11 malam camtu, guard tak halau pun. Cuma jangan bising dah la.
Hari ketiga ni, Mr Big dah resah nak balik.
Aku cakap pysio belum mula lagi, staylah semalam 2 lagi. Nanti cam ne nak tau exercise bahu tu cam ne kan. Ada dia suruh aku pi belajar dengan nurse kat situ kemudian ajar dia balik. Ewah-ewah ingat nurse tu nak layan ke. So kenalah pi belajar bersenam sendiri yek sayangku..
Dalam ari khamis cam tuh, dia discharge. Itulah pun lepas doctor kasi release boleh balik. So lepas keje tuh, berdesup aku pi amik dia. Kengkawan dia ramai plak datang so ktorang lambatkan sket keluar dari hospital. Dalam kul 9 malam tuh baru check out.
Cuma kena bayar RM155 untuk harga upgrade bilik dari 4 bedded to 2 bedded. The rest semua bank bayar. Kira oklah tu kan coz ktorang budget dalam RM300 untuk 3 malam. Nak tau harga semua sekali termasuk duit surgeon dan operation things hehehehheh berpuluh ribu gak lah. Sempat usha lagi bil hospital tu kan :-)
ok ok nak citer sket je lagi.
Ermm apa yang best dengan Gleneagles Hospital KL ni ek?
1. Bersih.
Nama pun hospital semua kenalah bersih. Kalau kotor, geli la plak orang nak masuk. Aku suka lantai berkilat.
2. FREE WiFi.
Ini yang best ni. Dah senang, laju plak tuh. Untuk surfing biasa no problem. Jangan plak korang nak download movie bagai. setakat check email, wassap, facebooking tu memang laju. Update blog lagilah ok kan.
3. Patient Food
Kita tau kalau makanan hospital je mesti tak sedap kan. Bila aku tengok menu untuk patient, ya ampun. Hebat. Sampai je mak ai sedapnya, aku plak jadi berselera dibuatnya. Makan non-stopn untuk patient dari breakfast sampai ke supper.
4. Food Vending Machine
Aku suke ni, diorang ada vending machine untuk orange juice. So pepagi on the way nak ke parking tuh, sempat aku duk menekan-nekan air orange ni sebagai bekal untuk minum dalam kereta. Memang rasa orange juice sebenar coz aku tengok dari buah tu dia buat. Ada gak vendinG macHine lain macam coffee, drinks, titbit, snacks,
5. Car parking
Ada banyak dan luas. Nak yang berbumbung, yang dekat, yang jauh semua ada. Senang je dapat parking cuma kena berjalan jauh sket kalau korang lambat sampai. Macam aku masuk lepas pukul 7pm cuma RM3.50 je sempai 7am. Murah sesangat kan.
Alah sekarang ni guna apps kat iphone or iPad je dah boleh google facilities dan service yang ada kat Gleneagles Hospital ni.
Gleneagles Hospital (Kuala Lumpur) Sdn. Bhd.
282 and 286 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
Telephone: +603-4141 3000
Fax: +603-4257 9233
La panjang plak aku menulis kan. Padahal nak citer sket je. Itulah dah biasa buat review, citer personal pun macam buat review gak. Alah tak perlah, at least korang ada info sket pasal hospital swasta ni. Tak semua hospital swasta tu mahal. Bergantung pada jenis rawatan yang diberikan.
Kalau boleh tak nak lah masuk hospital kan, tapi kalau dah sakit nak buat cam ne. Redha jelah