Friday, November 8, 2013

Jom Collect Patung McDonald's Hello Kitty Fairy Tale

Hi Korang,

Sapa minat Hello Kitty angkat tangan?

Yeah, mestilah ramai yang suka kan, aku pun tau. Sebab ianya comel sangat.


Sekarang McDonald;s tengah duk mempromosikan patung Hello Kitty bertemakan Pengembaraan Kisah Dongeng dulu-dulu.

Ada 5 karakter-karakter dari 5 kisah dongeng yang popular dari seluruh dunia


7 – 13 Nov: 

Kisah dongeng The Ugly Duckling dari Denmark oleh Hans Christian Andersen


14 – 20 Nov: 

Kisah dongeng The Frog Prince dari Jerman oleh the Brothers Grimm


21 – 27 Nov: 

Kisah dongeng The Wizard of Oz dari Amerika Syarikat oleh L. Frank Baum


28 Nov – 4 Dis: 

Kisah dongeng Little Red Riding Hood dari Perancis oleh Charles Perraut


5 Dis – 11 Dis: 

Kisah dongeng Singing Bone dari Jerman oleh the Brothers Grimm


Setiap rekaan didatangkan dalam kotak bertemakan buku cerita khas untuk para pengumpul dan akan dilancarkan setiap minggu bermula dari hari Khamis, 7 November 2013 iaitu hari ini.

Yeah, suke suke sukerrrrrrrr......

Meh kita tengok cam ne nak dapatkan koleksi patung Hello Kitty Fairy Tale ni ek

‘Bagaimana Untuk Mengumpulkan Semua?’

Patung mainan Sanrio Hello Kitty yang rasmi dan eksklusif ini hanya boleh didapati untuk tempoh serta kuantiti yang terhad hanya di McDonald’s. Setiap patung mainan McDonald’s Hello Kitty Fairy Tales boleh didapati pada harga RM9.95 dengan setiap pembelian McValue Meal.

Cara-Cara Pembelian

· Promosi koleksi McDonald’s Hello Kitty Fairy Tales boleh didapati melalui Kaunter Hadapan, Pandu Lalu, McDelivery 1300-13-1300 dan Perkhidmatan Pesanan Web.


Promosi Koleksi McDonald’s Hello Kitty Fairy Tales Boleh Didapati:

· Bermula hari Khamis, 7 November 2013 dari 12.00 tengah malam di restoran-restoran 24-jam McDonald’s.

· Untuk restoran-restoran McDonald’s yang lain, patung mainan tersebut boleh didapati sebaik saja bermula waktu perniagaan pada hari Khamis, 7 November 2013.

· Patung mainan koleksi Hello Kitty Fairy Tales hanya boleh didapati sementara stok masih ada.

Apa lagi, moh lah cepat.

Menda-menda comel sebegini memang payah nak dapat kalau kat pasaran luar. Beli kat McDonald's kira murah gituh kan.

Thursday, November 7, 2013

WAKU WAKU Restaurant Mid Valley

Hi Korang,


Banyak betul makan luar last week.

Sungguh ni, tak tipu.


Hari tuh, ktorang pi cuba makan di WAKU WAKU Restaurant di Mid Valley.

Memula aku ingatkan restoran ni non-halal but bila dah buat survey rupanya halal. Ermm dapatlah makan kat sini.


Restoran WAKU WAKU ni menghidangkan makanan Jepun ala 'home cooked' di dalam Teishoku Style yang bermaksud set meal in Japanese.






Dalam set meal ni mengandungi semangkuk nasi, miso soup, 2 small appetizer, secawan kastard telur steam dan pelbagai jenis main dish. Wah , banyak tu nak makan. Bagi Waku Waku kita kena makan seseimbang yang mungkin untuk badan kita.

Meh lah kita tengok apa set yang ada di hidangkan

Grilled Salmon Set (RM26)

Salmon yang digril merupakan salah satu value meal yang di hidangkan. Ikan Salmon Norwegian yang di grill tanpa menghilangkan rasa ikan itu sendiri. Di masak dengan cara yang simple dari kulit hingga ke isi dalamnya sangat juicy.

Beef Hamburg Steak Set (RM19.90)

100% daging yang telah diperap dengan 8 jenis herba dan rempah sekaligus. Kemudian di tambah pula dengan bawang goreng yang dilapisi di dalam patty daging. Juga di sertakan dengan sos buatan sendiri gabungan di antara manis dan masin dan ditambahkan dengan cendawan di atas. Di hidangkan sekali dengan semangkuk nasi

Chicken Tsukune Hamburg Steak Set (RM19.90)

Campuran lotus roots, taufu, halia, bawang merah dan 3 jenis rempah di adun dalam daging Hamburg steak ni. Ini yang membuatkan lagi ianya juicy dan lazat. Hidangan ini terkenal untuk orang-orang yang diet dan menggamalkan makanan berkhasiat.

Mega Mo Mo Set (RM19.90)

Nama dah grand kan. Ia sebenarnya hidangan ayam yang tidak bertulang (boneless chicken) dan di masak secara ‘well-done’. Di mana lepas je ayam tu di ‘de-boned’ terus dicampurkan sekali dengan rempah yang dikenali sebagai ‘sambal Jepun’ beserta mayonis bagi menambahkan keenakkannya.

Apa macam, best kan.


Itulah sangat sedap, lazat dan berkhasiat. Terbaik dari ladang.

Bagi korang yang nak mencuba mehlah datang ke

Waku Waku Japanese Cuisine
Mid Valley Megamall
1 Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City,
Kuala Lumpur
03-2284 8762

Apa lagi, sesiapa yang dekat dengan Mid Valley tuh jom serang.


Wakawaka eh eh… samina samina, this time for Japanese food (nyanyi cam lagu Shakira tu ek)




Kontest Menang Dan Terbang Dengan SAUDI GOLD

Hi Korang,

Frozen food memang satu kemestian mesti ada dalam fridge rumah aku ni.

Tak kiralah drummet ayam, onion rings, french fries, nugget dan memacam lagi. Bukan apanya, balik keja dah tak tau nak masaka apa ke kan, goreng je terus boleh makan.

Kenyanggg..


So pernah dengar jenama frozen food SAUDI GOLD?

Aku biasalah, memang tau punya. Maklumlah sebelum membeli tuh, duk leka pilih yang mana satu sesuai dengan tekak kan. Memang ada banyak produk di bawah Saudi GOLD ni.

Selain daripada yang biasa-biasa macam nuggets, sausage, meatball, french fries, daging cincang, burger, drummet ayam, fried chicken yang special tuh ada scallop tau. Hebat kan.

Ada berita baik untuk korang yang kaki makan frozen food ni kan, Saudi GOLD sedang mengadakan kempen 'Beli & Terbang Bersama Saudi Gold'. Ermm menarik ni kan. Kontest lagi, aku memang suka kontest-kontest ni.


Nak join gak, mudah je cuma:-

·         Beli barangan Saudi Gold yang berjumlah RM25 ataupun lebih di dalam satu resit.
·         Lengkapkan borang penyertaan dan jawab soalan.
·         Sertakan resit dengan borang tersebut dan masukkan ke dalam kotak peraduan yang disediakan di pasaraya yang turut serta.

Kan aku cakap mudah, korang tak caya.

orang kuat Saudi Gold

Di antara hadiah yang bakal menanti pemenang 'Beli & Terbang Bersama Saudi Gold' ialah:-

Hadiah utama:
Pakej pelancongan untuk seorang ke Itali dan Austria

9 hari 7 malam ke Itali dan Austria pada musim sejuk


Hadiah kedua
Pakej pelancongan untuk seorang ke Korea

8 hari 6 malam Fun & Snow di Korea


Hadiah ketiga
Pakej pelancongan untuk seorang ke Harbin, China

7 hari 6 malam ke Harbin World of Ice


Hadiah penghargaan
4 hadiah saguhati berupa pakej ke Shanghai, China

5 hari 4 malam Shanghai Delight


Peraduan ini sudah pun bermula dari 21hb Oktober hingga 21hb Disember.

Korang boleh dapatkan produk-produk keluaran Saudi Gold ni di Giant, Mydin, Billion, Econsave, AEON Big dan mana-mana supermarket yang mengambil bahagian.


Untuk keterangan lanjut, meh klik dekat www.saudee.com pasal produk Saudi GOLD tau.

Best kan, bercuti di musim dingin tuh. Bolehlah berlagak dengan winter coat memasing kan.  Mesti laku punye Universal Traveller pas ni coz ramai orang nak travel ke oversea.