Sunday, November 3, 2013

Mahu Berdansa Di Kinohimitsu Luau Party

Hi Korang,

Sekali lagi, The Butterfly Project akan menganjurkan party bersama beauty bloggers yang cantik, gorgeous, menawan hati macam aku kan hahahahahha

Eh, tak la. Yang gemuk, yang gebu, yang montok, yang kurus kering semua pun boleh join.

Inilah dia minuman Kinohimitsu


Hah sekali 2 botol tau aku minum, sedap. Yang untuk kesihatan dalaman tau.

Kenapa nak join Kinohimitsu Luau Party ni ek?

Haruslah kena join sebab ini kali pertama aku nak merasa party ala hawaii ni kan. Pakai ala-ala pompuan yang skirtnya berdaun kelapa, banyak kalungan bunga di kepala. Lagi pun, nak  tahu dulu tentang minuman kesihatan Kinohimitsu yang terbaru kan. Mesti lagi sedap dan berkhasiat gamaknya.

Yehaaa... mari berdansaaaaaa....



Apa-apa pun memintak team The Butterfly Project pilih aku ek....

Meh klik kat bawah ni untuk more details ye
Please.. Please.. Please..


Saturday, November 2, 2013

Cantiknya KOLAM di Pavilion Kuala Lumpur

Hi Korang,

KOLAM ni merupakan hiasan dekorasi bagi warga Hindu bagi menyambut Deepavali setiap tahun.

Bukan setakat rumah je, kat pejabat, shopping complex dan merata tempat diroang mendekorasikan KOLAM ni pelbagai cara, rupa, bentuk dan warna.

Ni aku ada attach sket gambar KOLAM di Pavilion masa launching sambutan perayaan Deepavali ni.

Fashionable Chic Kolam

Sensuous Ambrosia Kolam

Spice and Style Kolam

Delectable Sweets Kolam

Kepada kengkawan yang menyambut Deepavali, di ucapkan selamat Hari Deepavali untuk korang ye..

Semoga Deepavali ni memberi sinat kebahagian untuk semua

Friday, November 1, 2013

RONASUTRA Mineral Eye Colour, Mata Jadi Cantik

Hi Korang,

Aku kureng sket guna Eye shadow ni.


Sebab aku rasa buatkan mata aku cam pelik sket lah. Sebab warna-warna kat kelopak mata kan. hehehhehehe kelakar plak rasanya.


So masa aku ke booth Ronasutra harituh di Subang Parade, diorang duk perkenalkan Ronasutra Mineral Eye Colour produk terbaru dalam rangkaian Ronasutra ni.


Ianya di perbuat daripada 100% bahan semulajadi ni bukan saje selamat digunakan malah menampilkan wana-warna yang menyerlahkan mata si pemakai.



So sesampai je, team Ronasutra bersihkan muka aku. Diorang nak test samada aku ni reti pakai ke eye shadow ni. Ya ampun, mak mane reti noks. Tenyeh-tenyeh dengan jari boleh lah.

Nasib baik ada Yana, bolehlah mintak tolong ajarkan sket.


Tengoklah hasilnya, kelakar. Maklumlah tak reti pakai. Rupanya kena blend bila pakai Eye Colour ni baru mata nampak lagi menyinar.



Ronasutra Mineral Eye Colour ni terdiri daripada 3 warna serasi dalam 1 palet dan boleh di dapati dalam 5 pilihan palet. Warna-warna seperti 'Earth Tones' di lengkapkan dengan warna yang lebih mendalam untuk serlahkan mata. Warna cerah boleh di gunakan sebagai 'base' atau pun 'highlighter'.



Kalau nak mata berkilau macam M Daud Kilau boleh dapatkan warna Orange Brown, Violet, Silver, Deep Brown dan Gold, terus dapat title minat glitter nanti ek hehehehhehhe





Packagingnya sangat comel coz ianya bertindan, so korang bolehkan menyusun koleksi warna mengikut kesesuaian korang. Sebab ianya kecil so boleh je selit dalam handbag kan.

Kata Cik Audri iaitu Pengarah Produk dan Pembangunan Jenama Miliyasutra Industries Sdn Bhd, kalau kita gunakan jari untuk menyapu Mineral Eye Colour ni, hasilnya sangat awesome korang. Walaupun dalam bentuk loose gituh tapi mudah nak digunakan. Tekap dan ratakan dengan jari korang untuk dapatkan warna yang lebih mendalam dan berkilau. Kalau nak nampak lebih lembut dan 'matte' sapu je selapis bedak kat mata tuh.

Lagi satu, Eye Colour ni gak boleh digunakan sebagai celak atau warna kening melalui pelbagai teknik dan aplikator. Ni satu contoh aku bagi, gunakan warna mata senfan berus yang sedikit lembap untuk menggaris macam liquid eyeliner.

Tentulah korang nak tau harga kan.


Ok ok Ronasutra Mineral Eye Colour ni dah ada dijual di semua butik or flagship store pada harga RM38 bagi setiap palet yang terdiri dari 3 warna. Kalau susah sangat, beli je secara 'online' di www.ronasutra.com atau pun kaunter Ronasutra di Plaza Marsalam Shah alam, Subang Parade dan Wangsa Walk Mall.