Saturday, November 2, 2013

Cantiknya KOLAM di Pavilion Kuala Lumpur

Hi Korang,

KOLAM ni merupakan hiasan dekorasi bagi warga Hindu bagi menyambut Deepavali setiap tahun.

Bukan setakat rumah je, kat pejabat, shopping complex dan merata tempat diroang mendekorasikan KOLAM ni pelbagai cara, rupa, bentuk dan warna.

Ni aku ada attach sket gambar KOLAM di Pavilion masa launching sambutan perayaan Deepavali ni.

Fashionable Chic Kolam

Sensuous Ambrosia Kolam

Spice and Style Kolam

Delectable Sweets Kolam

Kepada kengkawan yang menyambut Deepavali, di ucapkan selamat Hari Deepavali untuk korang ye..

Semoga Deepavali ni memberi sinat kebahagian untuk semua

Friday, November 1, 2013

RONASUTRA Mineral Eye Colour, Mata Jadi Cantik

Hi Korang,

Aku kureng sket guna Eye shadow ni.


Sebab aku rasa buatkan mata aku cam pelik sket lah. Sebab warna-warna kat kelopak mata kan. hehehhehehe kelakar plak rasanya.


So masa aku ke booth Ronasutra harituh di Subang Parade, diorang duk perkenalkan Ronasutra Mineral Eye Colour produk terbaru dalam rangkaian Ronasutra ni.


Ianya di perbuat daripada 100% bahan semulajadi ni bukan saje selamat digunakan malah menampilkan wana-warna yang menyerlahkan mata si pemakai.



So sesampai je, team Ronasutra bersihkan muka aku. Diorang nak test samada aku ni reti pakai ke eye shadow ni. Ya ampun, mak mane reti noks. Tenyeh-tenyeh dengan jari boleh lah.

Nasib baik ada Yana, bolehlah mintak tolong ajarkan sket.


Tengoklah hasilnya, kelakar. Maklumlah tak reti pakai. Rupanya kena blend bila pakai Eye Colour ni baru mata nampak lagi menyinar.



Ronasutra Mineral Eye Colour ni terdiri daripada 3 warna serasi dalam 1 palet dan boleh di dapati dalam 5 pilihan palet. Warna-warna seperti 'Earth Tones' di lengkapkan dengan warna yang lebih mendalam untuk serlahkan mata. Warna cerah boleh di gunakan sebagai 'base' atau pun 'highlighter'.



Kalau nak mata berkilau macam M Daud Kilau boleh dapatkan warna Orange Brown, Violet, Silver, Deep Brown dan Gold, terus dapat title minat glitter nanti ek hehehehhehhe





Packagingnya sangat comel coz ianya bertindan, so korang bolehkan menyusun koleksi warna mengikut kesesuaian korang. Sebab ianya kecil so boleh je selit dalam handbag kan.

Kata Cik Audri iaitu Pengarah Produk dan Pembangunan Jenama Miliyasutra Industries Sdn Bhd, kalau kita gunakan jari untuk menyapu Mineral Eye Colour ni, hasilnya sangat awesome korang. Walaupun dalam bentuk loose gituh tapi mudah nak digunakan. Tekap dan ratakan dengan jari korang untuk dapatkan warna yang lebih mendalam dan berkilau. Kalau nak nampak lebih lembut dan 'matte' sapu je selapis bedak kat mata tuh.

Lagi satu, Eye Colour ni gak boleh digunakan sebagai celak atau warna kening melalui pelbagai teknik dan aplikator. Ni satu contoh aku bagi, gunakan warna mata senfan berus yang sedikit lembap untuk menggaris macam liquid eyeliner.

Tentulah korang nak tau harga kan.


Ok ok Ronasutra Mineral Eye Colour ni dah ada dijual di semua butik or flagship store pada harga RM38 bagi setiap palet yang terdiri dari 3 warna. Kalau susah sangat, beli je secara 'online' di www.ronasutra.com atau pun kaunter Ronasutra di Plaza Marsalam Shah alam, Subang Parade dan Wangsa Walk Mall.

Thursday, October 31, 2013

Setiap 31 haribulan Bagi Blogger

Hi Korang,

Beginilah apa yang terjadi setiap 31hb..

Setiap blogger yang berdaftar dengan Syarikat pengiklanan Nuffnang sibuk untuk mengeluarkan hasil pendapatan diorang setelah berpenat lelah selama sebulan menyiapkan advertorial, sponsored post, main klik-klik iklan.

Aku pun x ketinggalan gak.


Yelah setelah keluarkan modal macam minyak kereta, parking, toll so inilah saatnya untuk mendapatkan hasilnya kembali.

Kenapa jumlahnya banyak ek?

Ermm rasanya korang boleh fikirkan jawapannya. Bagi aku, kalau kita rajin berusaha tanpa jemu dan berkira rasanya lebih dari ini korang boleh dapat lagi.

Insyallah ada bahagian untuk pembaca setia www.ciklilyputih.com nanti. Ini kejap lagi ade giveaway tiket untuk SHOUT AWARD 2013.

So tungguuuu....