Wednesday, October 23, 2013

Seafood Buffet Dinner At Chatz Brasserie, PARKROYAL Hotel

Hi Korang,

Bab makan-makan ni aku memang no. 1. Yelah makan je pun.

kitaorang si kaki makan

Kali ni ktorang berdua dapat jemputan makan di Chatz Brasserie, Park Royal Hotel. Lama tak kesini, last masa buffet ramadhan dulu.

Now ada promotion Seafood Buffet Dinner kat restoran ni.

Yeah, seafood I like. Sangat terbaek ooo. Nasib baik tak de penyakit Gout lagi, so bolehlah makan bebanyak sket kan tapi kenalah berjaga-jaga ye.




Hidangan segar yang di sediakan secara LIVE, kira cam korang boleh tengok sendiri cam ne chef-chef ni masak seafood tersebut. Ada yang di goreng macam ketam bercili, ikan bakar, udang yang di buat sup dan memacam lagi.












Meh tengok, apa yang aku sempat rasa masa malam tu ek

fried crab chili

baked salmon

cam biasa, menu melayu mesti ada

semua yang bercengkerang, terbaek oo

semua yang mentah

Di samping tu plak, ada Juice Bar yang pihak restoran sediakan. Ini satu konsep baru gak ni, kita boleh pilih beberapa jenis buah mengikut tekak kita, dan di Juice Bar ni diorang akan proses untuk jadikan juice. 









Tak kisahlah berapa jenis buah pun, yang penting korang boleh pilih. Ada 12 jenis kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran yang bolehkan korang senantiasa nak order minum je ek.


Disebabkan busy berborak daripada makan, so aku cuma sempat menjamah beberapa pinggan makanan je. Biasalah, PR networking tu penting ye. hehehehhe



Untuk ‘Best Of Malaysia:Seafood Buffet Dinner’ ni, ianya pada setiap Jumaat dan Sabtu  dari 6.30pm - 10.30pm setiap hari.

Harga seafood buffet dinner 2013 ialah
RM98++ untuk seorang dewasa
RM49++ untuk kanak-kanak

Untuk lebih details, sila hubungi +603 2147 0088 ext 6350 atau emailchatz.prkul@parkroyalhotels.com  



Terima kasih pada Park Royal team for this special invite, memang makan tak ingat dibuatnya lah


Wordless Wednesday - Takutnya

Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week


Takutkan

Bila petang-petang je sekarang ni asyik hujan je kan. Selamat memandu ye korang..


Tuesday, October 22, 2013

The ENTERTAINER Telah Tiba Di Malaysia

Hi Korang,

Bagi korang yang suka makan, chill dengan frens, kaki spa, suka bercuti di hujung minggu, rasanya THE ENTERTAINER ni memang menepati citarasa korang masa kini.


Apa itu The ENTERTAINER?

Ianya merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Dubai yang menawarkan portfolio 'beli satu dapat satu percuma' baucar insentif, dengan aplikasi state-of -the-art dan buku baucar .

Dengar cam best je kan.


Itula aku sendiri pun rasa cam tak caya gak bila dapat tau masa diorang ajak ke preview briefing THE ENTERTAINER di Shangrila Hotel, KL last week.

The ENTERTAINER ini menyediakan lebih 825 'beli satu dapat satu percuma' tawaran dari tempat makan yang paling eksklusif di bandar ini , riadah , kesihatan dan hiburan. Makan di beberapa restoran-restoran terbaik di bandar, Shangri La Hotel KL dan Intercontinental Hotel KL. Nikmati masakan Bavaria sahih di Brotzeit Bier Bar and Restaurant, menikmati suasana yang santai di Restoran Madison di Bangsar, atau mengambil keluarga & rakan-rakan keluar untuk La Risata Itali Restoran atau mana-mana TGIF di Malaysia dan tidak lupa kedai Chatime untuk minuman yang cepat di mana sahaja .


The ENTERTAINER ini juga turut menyediakan penginapan hotel menawarkan untuk hotel terkemuka di Malaysia seperti Intercontinental Hotel Kuala Lumpur Impiana Hotel , serta di Berjaya Times Square Hotel.

Baucar penghibur sentiasa memberi 'beli satu dapat satu percuma ' tawaran yang sah untuk satu tahun dengan malam bernilai tinggi bilik hotel , rawatan spa, kursus-kursus utama dan pintu masuk tarikan yang ditawarkan.

Untuk percutian hujung minggu yang singkat, korang boleh bermalam di pinggir bandar Kuala Lumpur The Saujana Club & Resort di mana The ENTERTAINER  akan menyediakan tawaran 'beli satu dapat satu percuma ' untuk tempat makan di kawasan berdekatan, spa dan tempat hiburan.


" Semua orang suka nilai untuk wang dan kami mahu memberi rakyat Malaysia penjimatan besar ke atas perkara-perkara yang mereka suka lakukan dengan kita 'beli satu dapat satu percuma baucar insentif," kata Donna Benton , Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif penghibur itu. 


Aplikasi ini boleh didapati secara percuma di semua kedai-kedai aplikasi (dari iTunes , untuk Blackberry ke Google Play ) dari 1 Oktober 2013 dengan pilihan lapan baucar untuk perbicaraan. Ini termasuk restoran yang menyediakan  'beli satu dapat satu percuma' ke atas barangan hidangan utama - Nerovivo , Arthurs Bar & Grill, Jadual 23 dan Loco .

Untuk lebih detail mengenai tawaran percuma, senarai penuh rakan-rakan peniaga , serta maklumat mengenai cara aplikasi berfungsi dan bagaimana untuk memuat turun boleh didapati di www.theentertainerasia.com/malaysia.


Dijual pada harga RM235The ENTERTAINER mengandungi lebih RM370, 000 dalam simpanan. Pelanggan boleh memilih untuk membeli sama ada pakej mudah alih tawaran untuk aplikasi atau buku bergantung kepada pilihan mereka, kerana masing-masing akan mengandungi 825 insentif serupa. Setelah dibeli, tawaran boleh didapati serta merta untuk menebus , yang membolehkan pelanggan untuk menggunakan mereka selama empat belas bulan sehingga Disember 2014.

Sebagai tawaran pengenalan , semua pengguna yang membeli pakej mudah alih yang penuh dengan tawaran akan menikmati 40% off (RM141 ) untuk masa yang terhad , yang menyediakan nilai pernah berlaku sebelum ini ke Malaysia. 


So camne? aku rasa memang worth it sangat dengan tawaran yang diberikan. Maklumlah ktorang ni kaki makan dan suka mencuba restoran-restoran baru kan. Dapatlah orang kata berjimat sket. 

Di harapkan THE ENTERTAINER ini dapat memberikan pulangan yang besar pada orang yang macam kita-kita ni kan.