Hi Korang,
Bab makan-makan ni aku memang no. 1. Yelah makan je pun.
kitaorang si kaki makan
Kali ni ktorang berdua dapat jemputan makan di Chatz Brasserie, Park Royal Hotel. Lama tak kesini, last masa buffet ramadhan dulu.
Now ada promotion Seafood Buffet Dinner kat restoran ni.
Yeah, seafood I like. Sangat terbaek ooo. Nasib baik tak de penyakit Gout lagi, so bolehlah makan bebanyak sket kan tapi kenalah berjaga-jaga ye.
Hidangan segar yang di sediakan secara LIVE, kira cam korang boleh tengok sendiri cam ne chef-chef ni masak seafood tersebut. Ada yang di goreng macam ketam bercili, ikan bakar, udang yang di buat sup dan memacam lagi.
Meh tengok, apa yang aku sempat rasa masa malam tu ek
fried crab chili
baked salmon
cam biasa, menu melayu mesti ada
semua yang bercengkerang, terbaek oo
semua yang mentah
Di samping tu plak, ada Juice Bar yang pihak restoran sediakan. Ini satu konsep baru gak ni, kita boleh pilih beberapa jenis buah mengikut tekak kita, dan di Juice Bar ni diorang akan proses untuk jadikan juice.
Tak kisahlah berapa jenis buah pun, yang penting korang boleh pilih. Ada 12 jenis kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran yang bolehkan korang senantiasa nak order minum je ek.
Disebabkan busy berborak daripada makan, so aku cuma sempat menjamah beberapa pinggan makanan je. Biasalah, PR networking tu penting ye. hehehehhe
Untuk ‘Best Of Malaysia:Seafood Buffet Dinner’ ni, ianya pada setiap Jumaat dan Sabtu dari 6.30pm - 10.30pm setiap hari.
Harga seafood buffet dinner 2013 ialah
RM98++ untuk seorang dewasa
RM49++ untuk kanak-kanak
Untuk lebih details, sila hubungi +603 2147 0088 ext 6350 atau emailchatz.prkul@parkroyalhotels. com
Terima kasih pada Park Royal team for this special invite, memang makan tak ingat dibuatnya lah