Monday, October 21, 2013

BLOOP Candy DUO Lipstick, Pakai Sekali Dua Je Terus

Hi Korang,

Lama plak tak tulis pasal beauty product ni ek.


Oklah now aku nak citer pasal BLOOP Candy DUO Lipstick ni.

Kenapa namanya DUO? sebab 2 lipstick dalam satu container. Comel kan. 2 dalam 1 namanya ni.


Aku dapat colour 03 Fuchsia Pink

Cara nak pakai? alah senang je


Tengok gambar yang aku ambil ni. Ada no 1 dan no 2 di bekas lipstick dan lipgloss tersebut kan. So memula pakai lipstick dulu kemudian baru pakai lipgloss.


Setelah pakai MATTE lipstick


Setelah pakai Lip GLOSS

Tada


Cantik kan warnanya, berseri-seri bibir di buatnya lah.



Lipstick ni juga sebenarnya tahan sangat lama dan senang di pakai. Nampak nampak MATTE tapi tak mengeringkan pun tau. Aku lepas sapu lip gloss ni lagi bibir tak rasa kering langsung malah melembapkan lagi.. Duduk dalam air-con ni haruslah semuanya jadi kering. Lagi satu dapat mengurangkan garis-garis halus di bibir tuh.


So kalau boleh di pakai dengan MATTE sahaja ataupun di tambah dengan lip GLOSS kan. Ikutlah kesesuaian korang.

Selain dari Fushia Pink, ada lagi 9 jenis warna yang bersesuaian dengan warna kulit dan rambut korang tau.



Bestkan. Aku sendiri pun tak tau ada menda-menda cam ni. Memang sangat-sangat membantu untuk orang-orang yang tak pandai make-up cam aku ni.



Size : 1.3 g (lipstick), 3.8 g (lipgloss)
Price : RM 38


Sold at : HiShop & Bloop counters




Kan aku dah cuba BLOOP Candy Lipstick dan Candy DUO Lipstick kan, so apa perbezaannya?


Candy Lipstick memang nampak creamy teksturnya dan lebih natural walaupun warnanya di pakai berlapis-lapis. Kalau tak de GLOSS, bagi aku Candy Lipstick ni sesuai  untuk bibir kering.

Untuk Candy DUO Lipstick ni, amat bersesuaian di gunakan untuk waktu yang panjang coz ianya tahan lama dan warnanya tak akan pudar walaupun kita makan sebanyak mungkin. Warnyanya terang memang attention seeker sungguh lah kan.

Kalau korang memang pakai dua dua sekali why not, dapatkan Candy DUO Lipstick kan. Semuanya 2 dalam 1, kan senang.

Ok kalau interested nak beli, boleh dapatkan 20% diskaun ke semua produk BLOOP kat HiShop dengan guna code BLOOP20 sebelum 30 November 2013


Mehlah klik je link-link HiShop yang aku attached



HiShop
Bloop


Apa lagi, mohlah cuba ek


Sunday, October 20, 2013

WeChatime 1 Millions Cups Celebration, Jom Minum CHATIME

Hi Korang,

Chatime memang favourite drinks ktorang berdua. Sedap dan suka makan bubble jelly tuh.

Lazattt...

me and Galvin Tan

Rasa mau minum je tiap-tiap hari kan.

So semalam aku sempat ke Chatime Headquarters di Kota Damansara untuk menyaksikan partnership di antara Chatime dan WeChat dalam sambutan 1 Million Cups.

Chatime + WeChat = WECHATIME!!

Apalagi, bergabung meletopsss lah kan.


Mr Louis Song, selaku Country Manager of Singapore dan Malaysia for International Business Group at Tencent, the company behind the WeChat apps berkata " Ini kali pertama WeChat bekerjasama dengan syarikat pengeluar minuman di Malaysia untuk akaun rasmi. WeChat juga menawarkan kepada jenama tersebut but setakat perkongsian aps malah menghadiahkan pengguna mereka dengan promosi yang ekslusif dan unik"


Di majlis pelancaran ini juga, Mr Bryan Loo, Managing Director of Chatime Malaysia berkata "Gabungan bersama WeChat ini akan membuka lagi satu langkah kehadapan kepada para pelanggan kami untuk lebih menggemari minuman lifestyle tea ini".


Masa event semalam tu, duta WeChat Shaheizy Sam dan Lisa Surihani pun ada gak datang, tapi aku tak sempat nak bergambar dengan diorang maklumlah ramai sangat reporter yang datang kan. 



Perhaps next time,alah ade je banyak peluang lagi.


Ok untuk korang yang kaki 'CHATIME' drinker, ni ada berita BAIK aku nak kongsi dengan korang.


Mulai dari sekarang hingga  27 Oktober 2013 ni, pengguna WECHAT boleh mendapatkan minuman kedua CHATIME pada harga RM1 bagi setiap pembelian minuman pertama pada harga biasa.


Pendek kata, beli minuman biasa 1, second purchase tu harga RM1 jelah. 

What an awesome deals kan.

Caranya:-

Korang add official account "CHATIMEMALAYSIA' kemudian download je voucher ni. Tak pun korang scan QR Code yang disediakan dan dah boleh terus redeem di Chatime outlets.

( 1 customer only entitle for ONE redemption )

Kalau korang bernasib baik, ada lucky draw gak tau di outlet yang terpilih. Ni aku dah attached kat sini, outlets yang korang boleh cuba nasib untuk pi ek.


Oct 18th – 20th

Klang Valley:

Pavilion, Berjaya Times Square, Lot 10, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley

Oct 25th – 27th
Klang Valley:

Aeon Bukit Tinggi, Wangsa Walk

Penang:

Gurney Paragon, Bukit Mertajam

Ipoh:

Kinta City

Johor:

KSL City Mall




Apmacam? Mudah kan. Itula aku cakap. 

Untung guna WeChat ni, selain kita boleh berkomunikasi dengan kengkawan kita dapat gak yam cha FREE kan. Sangat best oooo...

Jomlah lepak CHATIME hari ni ek.


Terima kasih kepada WeChat dan Chatime for this special invite. Selain dapat melawat office beso Chatime ni dapat gak minum-minum Passion QQ sebanyak mungkin ooo. Aku semalam minum ada 3 cawan, sebab suka kan.


Friday, October 18, 2013

Pink BOSU Party

Hi Korang,


Walaupun aku ni nampak cam malas bergerak dan makan bersungguh-sungguh tapi senaman tak dilupakan. Itulah korang ingat orang gemuk malas bersenam ke.


So masa dapat invitation dari Celebrity Fitness untuk join Pink BOSU Party ni aku cam termangu sekejap. Apa menda alah plak BOSU ni kan. Ishkk nak google malas, so tunggu  jelah time event tu nanti




Bila dah sampai ke Sunway Lagoon punya main entrance pada sabtu pagi tu, barulah nampak alat BOSU ni. Rupanya BOSU ini adalah kelas senaman yang terbaru di Celebrity Fitness, kira guna alat ni untuk bersenamlah.



The founder of BOSU ni Mr David Weck yang berasal dari USA. Jauh sungguh dia datang ek.  Baguslah dia ni kan.



Lagi plak event exrcise Pink BOSU ni di adakan adalah untuk menyambut bulan breast cancer October ni. Jadi pihak Celebrity Fitness telah menyalurkan hasil kutipan derma daripada sponsor, peserta dan ahli kelab sebanyak RM10,000 selama 1 bulan kepada Breast Cancer Welfare Association (BCWA)


Prof Dr Zaharah Aiyub, President of BCWA sebagai wakil menerima mock up cheque tersebut.

Ok lepas tuh, mari bersenam.







Tengoklah method senaman yang di rancang khas untuk ktorang dengan menggunakan alat senaman BOSU tuh. 






Hah ko rasa cam nak tercabut pinggang tapi still maintain gaklah coz kenallah jaga sket nama media tuh.




Artis pun gak tau tanda sokongan mereka pada kempen bulan breast cancer ni kan.



Terima kasih kepada Pink BOSU Party team terutamanya Celebrity Fitness Malaysia dan juga kepada partners  iaitu Sunway Piramid, Tune Talk, Astro Awani, Asia Web Direct, Biotherm, Blackmores, Silky Girl, Ecoparadise, Revive, CN Health & Beauty, Pathlab, Horleys, Sasa dan Kinohimitsu.



Sangat seronok dan worth it tau.