Friday, October 18, 2013

Beli MASK Box Dari HERMO Beauty Collection

Hi Korang,

Aku memalam memang suka tepek mask kat muka sebelum tidur.

Alah memanglah coz siang hari muka kita ni dah penuh dengan noda dan kotoran yang ada disekeliling kita kan, so malam masa untuk kita recover balik kulit muka yang tercela bagai tuh.


So aku dah tau kat mana nak beli mask muka bebanyak dengan harga murah lagi variety.

Meh check it out di HERMO Beauty Collection.


Kat website ni bukan main banyak betul  jenis mask muka yang bersesuaian dengan kulit muka korang. Nak jenis whitening, brighter, sensitif, acne dan memacam lagi lah.

Tengok ni pelbagai jenis mask yang sesuai dengan kulit muka aku ni.








Ermm best kan.


Eh bukan setakat boleh beli mask, ada lagi produk kecantikan yang lain yang didatangkan khas dari KOREA. 

Hah baru lah boleh cantik macam pelakon Korea kan.


Ni di antara product yang bernaung di bawah www.hermo.my

Apa lagi, moh singgah..

Ok ye, lupa plak. 

Kalau korang dah berkenan kat dalam www.hermo.my ni, ada potongan 5% diskaun untuk pembaca blog www.ciklilyputih.com yang setia ni. Korang just key in code 'CIKLILYPUTIH' dalam column voucher tu ye.

Best kan.

Lepas ni boleh lah bermask muka setiap hari sebelum tidur ek.


Thursday, October 17, 2013

Lost World HOT SPRINGS & SPA At Lost World Of Tambun

Hi Korang,

Kita sambung lagi trip The Butterfly Project menjelajah Lost World Of Tambun ye.


Kalau tak ingat, meh baca kat entries bawah ni.


Pada sebelah malam tuh, ktorang di beri peluang merasai HOT SPRINGS dan SPA yang terkenal di Tambun ni.




Ramainya orang wei, tak terhingga gamaknya. Maklumlah time tu time cuti lagi kan.



Rupanya dalam HOT SPRINGS dan SPA ni ada lebih kurang 8 kolam air panas yang seronok untuk diterjahi. 8 tuh, best best best.

Iaitu
Infinity Pool ~ 40C°
Lost World Steam Cave ~ 40C°
Top of The World Pool ~ 42C°
Foot Spa ~ 40C°
Crystal Pool ~ 40C°
Saphira's Lair ~ 40C°
Saphira's Baby Pool ~ 40C°
The Geyser of Tambun





Ok suhu celcuis bagi setiap kolam tak sama ye, kalau semua sama boleh mati kering kontang di buatnya. So semua orang boleh cuba setiap satu kolam mengikut kesesuaian tahap badan korang.




Cam aku, semuanya aku redah. Dari panas biasa sampai ke panas ya ampun. Kalau macam panas biasa tu, lamalah aku duk berendam tapi kalau panas yang maha hebat tu adalah dalam 15 minit gituh. Sebab mandi air kolam panas ni kena ada caranya. Tak semua kolam korang boleh berendam lelama. Ada kolam tuh, lawnya tak boleh berendam lebih dari 5 minit. Kalau tak kejung semua anggota tubuh badan.




Ktorang bebudak The Butterfly Project ni memang beruntung coz ktorang di sediakan BBQ Seafood untuk dinner. Apalagi sambil makan sambil berendam. Lapar sket pi sambung makan, dah kenyang pi berendam balik.






Lepas tu plak, ada service hand scrub dan shoulder massage courtesy by Crystal Spa.


Best sangat, dapat buat scrub tangan kemudian scrub muka sekali, guna homemade product by Crystal Spa sendiri tau. Dapat plak urut-urutan manja sekali kat bahu dan kepala. Aduiyai terus ringan jadinya, segala mak neka angin keluar dari badan lah.

Kalau korang nak berendam air panas kat sini, meh rujuk informasi kat bawah ni.

Waktu Operasi


OPEN Mon-Fri: 11:00am till 6:00pm

Sat-Sun, School Holidays, Public Holidays: 10:00am till 6:00pm

Lost World Hot Springs and Spa by Night open daily: 6:00pm till 11:00pm

Crystal Spa Treatment: 3:00pm till 11:00pm


Park closed every Tuesday.

Except on Malaysian school and public holidays.


Kira ok la tu kan. Sampai kul 11.00 malam. Kira bila-bila korang balik kerja nak duk area Ipoh tuh, bosan tak tau kat mana nak release tension bolehlah datang ke sini.

Yang luar dari Ipoh tuh, pun boleh gak datanglah. Weekend lah, memalam.Tidur semalam 2 ke kan, hah ko enjoy bersungguh-sungguh kan.


Itulah lah perjalanan trip ktorang bebudak beauty bloggers ni ke Lost World Of Tambun. Pendek kata, semua tempat ceruk dalam theme park ktorang dah jelajahi.

Rasanya cam nak pi lagi ke sini la coz hari tuh cam tak puas bermandi manda.


Once again, terima kasih kepada


-TAMAT-

Wednesday, October 16, 2013

Makan Di Armada Hotel Semasa Promosi Flavours of the Mediterranean

Hi Korang,

Dapat gak mencuba makanan ala Mediterranean ni.

Sebelum ni memang tak pernah langsung, maklumlah belum jumpa tempat yang sesuai dan perfect untuk tekak aku kan.



Bila dapat jemputan istimewa daripada founder MalaysianFoodie.com ni haruslah jangan di tolakkan. Rezeki tuh.

Mehlah tengok apa yang specialnya makanan Mediterranean di Armada Hotel Petaling Jaya ni ek

Ini for starter/appertizer (sama kan dua-dua ni)

Crustacean Platter (RM35)
Ada tiga dish dalam satu plate. Ada udang dengan spaghetti aglio olio, oyster yang di grill dan sotong kurita yang di masak rasa cam pedas, manis

Asparagus and Cheese Risotto (RM22)
Nasi ala Mediterranean aku panggil. Di campur dengan parmesan cheese dan sayur asparagus. Not bad, tak too cheesey sangat.

Ok, pilihan main course plak

Grilled Romesco Tiger Prawn (RM26)
Udang harimau yang di grill bersama sos ROMESCO (aku terlupa plak nak tanya ramuan dalam sos ni). Di hidangkan pula dengan spaghetti so ianya menghasilkan sesuatu rasa yang special dan sedap.



Spanakopites (RM20)
Ini memang aunthentic makanan orang GREECE yang di dalamnya ada inti daging ayam cincang dan sayur bayam. Dengan campuran keju feta ianya di jadikan inti dalam Spanakopites ni. Tak terlalu rasa cheese sangat.

Turkish Lamb (RM30)
Aku kan berapa gemar daging kambing ni. But hidangan ni lain daripada yang lain. Rasa daging kambing biri-birinya memang lembut dan ada rasa perapan jus lemon dan daun rosemeary. Ada plak nasi campuran kayu manis dan kismis, dah macam briyani plak.


Basil Scented Chicken Paprika (RM35)
Ayam yang dipanggang bersama rempah paprika dan juga basil dan dihidangkan sekali dengan risotto sayur bayam. Bau dan rasa paprika ni memang menusuk ke kalbu bila dimakan.


Chicken ala Provencale (RM23)
Ayam goreng yang di masak dengan sos PROVENCALE special dari Perancis. Segan nak tanya chef apa bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Ayam plak bahagian dada memang isinya banyak sekali.

Salmon Ratatouille (RM28)
I love salmon wokeh sebab salmon banyak khasiat. Sangat sedap dan dihidangkan sekali dengan sayur-sayuran yang direbus dan olive oil jadi one of the main ingredients kan.

Apmacam, best kan.


Promosi ini berlangsung dari 1hb Oktober  - 31hb Disember 2013. 3 bulan tuh, oklah boleh lah plan untuk ke mari kan.

Itulah kalau korang tak pernah merasai lagi makanan ala Mediterranean bolehlah berkunjung ke

Utara Rasa Cafe
Armada Hotel
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan 46200 Petaling Jaya, Selangor




"By the way, aku kalau pasal nak tau mana tempat nak makan sedap-sedap ni aku refer kat HungryGoWhere.My sebab review kat dalam website ni bagus-bagus. Sekarang ni dah ada dalam version mobile apps lagi tak kira samaada Google Play dan iOS. Sangat mudah dan membantu aku dalam memilih tempat makan yang sesuai".

Nak senang, klik kat link ni  
http://www.hungrygowhere.my/?utm_source=Cik+Lily+Putih&utm_medium=Blog&utm_term=15Oct&utm_campaign=Oct+Blogger

Apa lagi, mohlah download lekas ye.