Wednesday, October 16, 2013

Gelagat Kengkawan Saya Si FOOD BLOGGER

Hi Korang,

Lama betul tak update blog ni sampai UV trafik blog aku menjunam teruk lah. Huhuhuh

Pemalas punya lifestyle blogger ni kan.

Ok malas nak citer panjang, ni aku nak tunjuk sket beberapa aksi yang sempat aku rakam aksi-aksi photoshoot kengkawan aku si food blogger ni.

Tengok ni,



Kawan aku, Ms Ivy dari FOOD Online Magazine


Kawan aku, Jerry dari Malaysian Foodie


Kawan aku, Hazman dari www.hazmanfadzil.com

Hebat kan diorang ni, sebab tu gambar diorang semua cantik-cantik belaka. Memacam teknik aku dapat belajar daripada dioramg ni.

Aku?



Harap makan osyter bolehlah, amik gambar ermmm hancussss oooooo

Hehehehhehe





Sunday, October 13, 2013

Travel Survival Kit From The Butterfly Project

Hi Korang,


Meh sambung lagi citer masa pi Tambun tu ek.

Banyak sungguh bebarang yang di bekalkan oleh The Butterfly Project team masa trip ke Lost World of Tambun ni. Ye, kalau tak caya meh tengok ni


Cantikkan  beauty bag yang di sponsor oleh 1 Utama ni. Terasa diriku seksi plak dibuatnya hahahahhaha. Jangan nak mengarut ye Lily. Meh tengok apa ada kat dalam.


Lifebuoy Hand Sanitizer
Membunuh 99.99% kuman tanpa air dengan pelembab dan Vitamin E


Kinohimitsu J'pan UV Bright Drink
Sesuai untuk penjagaan kulit. Kan ktorang duk berjemur satu hari kat Lost World of Tambun tu kan. Elok sangatlah tuh.


Maybelline New York Baby Lips Pink Glow
Sangat bagus untuk bibir yang kering sebab ianya melembut lagi menyegarkan. Rasa cam nak makan je.


Mozzie-A-Gogo Repellent Stick
Aku first time dengar menda alah ni. Ianya dari bisourose.blogspot.com. Bagus kan, handmade dan semulajadi bahan yang digunakan. Dalam hutan, takut kena gigit nyamuk, sapu je stick ni.


Esmeria Organic Skincare Set
Lengkap satu set, ada pencuci muka, toner dan krim pelembap. Khas untuk orang-orang yang mempunyai masalah kulit berminyak dan jerawat macam aku.


LUX Soft Touch Body Wash
Ermm wangi, sedap je mandi. Rasa sangat lembut, licin dan lembap je lepas guna.


Timeless Truth (TT) Mask
Sebelum tidur, pakai dulu TT Mask ni. Boleh kembalikan kelembapan muka ye. Rileks je


Johnson's Body Care Oxygen Fresh Gel Lotion
Masa aku bukak je bag ni, aku terus pakai losyen ni. Boleh terlupa nak bawak kan, dahlah kulit kering bila kena aircon. Tepek bebanyak kat siku dan lutut.


Sunplay Super Block SPF 130 PA ++
Aku jarang guna sunblock ni coz aku dah ada krim muka yang SPF tu kan tapi bila dah ada ni haruslah pakai sebelum bermandi manda di water theme park hari tuh. Konon takut kulit hitam.


Loreal Professionnel Mythic Oil
Aku memang tak gunakan syampoo sebarangnya, kang takut gugur plak rambut kan. Bila dah guna Mythic Oil ni memang terbaik lah. Rambut yang masa duk keras tadi akibat berendam dalam air panas banyak sangat menjadi lembut dan mudah diurus. Senang je sikat lepas tuh. Kira macam ada MAGIC plak kan.


Mak oi 10 jenis produk kecantikan tuh. Kalau tak cantik, tak tau nak cakap cam ne lagi ek. hehehehe

Anyway terima kasih pada The Butterfly Project, Mamasan Tammy dan kuncu-kuncunya Illy, MizzAyna, Caroline, Laura dan Farisha..

Korang memang awesome sungguh tau!

Saturday, October 12, 2013

Basah Ketika NESTLE DRUMSTIK ADVENTURE

Hi Korang,

Dalam sibuk-sibuk weekend last week, sempat gak aku pi beradventure dengan Nestle Drumstick ni.


Memula ingatkan event biasa-biasa je, tup-tup ada reminder kena bawah extra clothes plak. Alamak apa plak yang diorang nak suruh buat nie ek.


Bila sampai depan Sunway Piramid kat Blue Atrium tuh, dah nampak khemah NESTLE ni. Aik cam pelik plak khemahnya bertutup rapi cam tak kasi orang masuk je. Ermm apa lagi tawaf satu pusingan but still tak nampak pun pintu masuknya kan.

Ni betul-betul adventure di buatnya kan.






Lepas dapat briefing dari Anne dan Willie dan juga petugas NESTLE tu, barulah aku faham. Rupa-rupanya ktorang kena buat challenge dalam khemah tuh. Masalahnya sorang pun tak tau ni, ermm redo je lah. Ok isi form dulu, takut apa-apa jadi kan.



Dalam banyak-banyak blogger yang datang, diorang ni memang penakut betul bab-bab nak jadi yang first kan. Nak tak nak aku volunteer diri la dulu ek.



Diorang pakaikan aku all the safety gear, ada helmet siap camera Go Pro, google beso, elbow pad, knee pad kan. Ek dah macam masuk rancangan WIPEOUT je plak ni.

Instruction je simple je.



Masuk dalam khemah tu, amik NESTLE Drumstick Ice-Cream dan keluar dalam masa 5 saat. Ok mudah kan. So aku pun berkobar-kobar ni coz diorang cakap kalau dapat completed task before 5 saat dapat RM50 cash dan tiket all park Sunway Lagoon.

Yeah, I like money dan water.

Ok 1, 2, 3 masuk..

Hampeh ko gelap gelita dalam tu, dahlah aku ni rabun. Rupanya macam-macam obstacle ada dalam tu. Memang sebijik cam WIPEOUT but mode sederhana gitu. Meraba gak cari ice-cream walhal depan mata dalam tong je kan.

Ok dapat ice-cream, pintu tertutup plak. Meraba mencari dapat. Masa nak kuar tu yang aku perasan orang balik tayar, tilam, percik air sabun. Uiks menyerikan sungguh.




Aku berjaya bawak keluar NESTLE Drumstick Ice-Cream tu but lebih dari 5 saat, so dapat tiket all park Sunway Lagoon je lah. Ermm tak perlah daripada tak de lah.


Itulah korang masa ada roadshow hari tuh, kenapa tak datang? Kan dah rugi.


Anyway tak per coz NESTLE Drumstick Ice-Cream sedang menganjurkan NESTLE DRUMSTIK Most Adventurous Challenge

Senang je, korang cuma kena search dan locate NESTLE Ice Cream Freezers serata Malaysia. Tapi tak de lah suruh korang travel pun.

Caranya, mudah je. Ada 2 cara yang korang boleh join


Satu lagi


Kemudian ikut je instruction yang telah di sediakan. Alah duk depan PC je pun tak yah kuar ke mana-mana ek. 

Tapi hadiahnya bukanlah setakat  tiket all park Sunway Lagoon. Ni je hadiahnya


Mak engkau, menarik sungguh kan.


Ada tablet dan wang tunai beribu-ribu ringgit uols. Ko hado!




Kalau dah duit banyak cam tu, of courselah aku nak join lagi. So korang jangan lepaskan peluang especially geng compers. Korang memang suka bab-bab duit ni ye tak.

Anyway thank you NESTLE  dan Nuffnang for this adventures event. Abis kuyup baju dibuatnya. Aku kena sket je, ada bebudak lain sampai jelly-jelly, tepung semua ada tau.