Wednesday, October 9, 2013

Shopping Pemanggang Ajaib Di LAZADA

Hi Korang,

Ini kira kali kedua aku mencuba online shopping ni.




Hari tu cuba kat ZALORA dan now cuba kat LAZADA.MY

Memang tak de apa nak beli pun but saje je usha-usha, mana tau ada barang BAIK punya kan. Untung-untung harganya murah daripada beli kat luar ni.

So banyaklah yang aku survery.

Dari gadget sampai ke barangan rumah especially barangan dapur. Cantik-cantik cookwarenya. Kemudian barangan beautynya pun not bad gak. Ada yang murah dan ada gak yang mahal sket.


Fikir punya fikir ingat nak beli pemanggang ajaib lah. Yelah ko, lately ramai plak surirumah duk promote kebaikkan kuali ajaib ni. Selain daripada panggang ikan, boleh gak bakar kek, masak gulai, goreng nugget dan memacam lagi.

Ini yang buat aku teruja lebih ni.

So cari-cari under kitchen appliance. Rupanya dalam cookware. Ada 2 ke 3 choice pemanggang ajaib ni. Aku pilih brand HAPPYCALL dengan harapan dalam memasak dengan gembiranya lah.

So mula kan lah


(letak gambo)

klik je kat gambar kuali ajaib tuh then terus place order. Nampak dah kat sebelah kanan tuh Order Summary aku. alah murah je RM92.00 selepas di potong diskaun berapa % ntah.



Dapat confirmation Oder number. Ta da...


Lepas tu kat email pun dapat notification gak. Tarikh order, order number, harga.


Isnin malam aku order, tup-tup hari Rabu pagi dah dapat dah barang. Hantar kat office je senang coz aku siangkan kat sana.


Inilah dia pemanggan ajaib brand HAPPYCALL dari Lazada.


Berat dan tebal gak kan, siap ada spare getah kat tepi kuali tuh untuk digantikan kalau rosak ke terbakar ke terbocor kan.


Mudahkan online shopping kat LAZADA ni, sekejap je tak de nak tunggu lama. Service diorang ni pun dah semakin bagus ada improvement in dealing with customer.

Itu yang kita nak sebenarnya sebagai pelanggan kan.

Apa-apa pun tak sabar nak guna kuali ajaib ni, maybe weekend ni baru test masak guna kuali power ni kan.

Tuesday, October 8, 2013

Nuffnang FOOD FEST 2013, Makan Makan Dan Makan

Hi Korang,

Last saturday memang sangat hectic hidup aku.

kengkawan kite..

Bayangkan dari kul 8 pagi dah terpacak kat area Sunway Piramid ni sampai ke 10 malam. Dah macam aku keje kat shopping kat situ plak ek.

badge kita tak tau dah kat mane la

Yelah ko pagi tu ade event KISS ME kat Sunway Lagoon, lepas tu bersambung plak dengan Nuffnang Food Fest 2013. Mana tak sampai ke malam kan.



Nuffnang FoodFest ni adalah pesta makanan yang korang tak payah keluar duit 1 sen pun untuk makan. Cuma korang just tweet ke, instagram ke, like facebook ke then terus dapat makan. Aku sendiri pun cam tak caya gak but try 1 booth tu terus rasa seronok plak.

ini baru sket orang

scan je barcode then terus je boleh makan

model maggie betul Hafiz ni tau


Lagi plak ada apps untuk iOS user, lagilah senang. Aku cuma scan je barcode yang duk tergantung pada setiap booth dan secara automatiknya terus di share to Social Media. Tunjuk kat tukang jaga gerai then terus dapat makanan.

kita dalam frame Chatime

Disebabkan aku dah banyak makan sebelum tuh, so rasa 4-5 jenis menu je. Yang lelain tuh aku abiskan masa untuk chit-chit dengan bebudak blogger yang datang ni.

Selain daripada makan-makan, ada gak program macam workshop food photography, food blogger sharing, Maggi cooking competition dan memacam lah. Memang sangat seronok ooo. Aku sampai penat2 di buatnya.

yeah kite menang la

Masa pertandingan Maggi Bloggers Cook-Off tu la yang aku menang. Memang tak sangka betul coz menu aku simple sangat daripada orang lain. Orang lain beria-ria betul masak. hehehehe apa pun I suker ok.

Mintak maaf pada blogger-blogger yang aku sempat jumpa hari tuh adalah 5-6 orang coz aku tak berapa nak cam muka dan nama. Maklumlah time tuh dengan tengah panas lagi, badan rasa lemah longlai akibat memanjat bukit dalam Sunway Lagoon tu lagi kan. Hopefully korang boleh tinggalkan URL link dalam komen ni nanti ek. Boleh aku duk singgah kat blog korang tau.

Anyway terima kasih pada Nuffnang yang event makan-makan #NNFoodFest2013 yang terbesar ni. Semuanya sangat awesome dari segi makanan, programme dan memacam lagi.

Lost World Of Tambun Theme Park Sangat Awesome

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer pasal trip dengan The Butterfly Project hari tuh ke Tambun. Selagi citer ni tak abis selagi tu lah aku menulis kan.

Now kita nak citer pasal Theme Park.


Theme park dalam Lost World of Tambun ni memang awesome lah. Aku sendiri tak menyangka yang memacam menda ada dalam taman tema di negeri Perak ni.




Ada 5 park iaitu Water Park, Amusement Park, Tiger Valley, Petting Zoo, Tin Valley. Untuk Hot Springs & Spa tu kita citer lain entry ek.



Water Park
Masa ktorang memula sampai tu, masuk-masuk je dah water park. Mak oi bukan main ramai orang mandi manda, alah cuti hari minggu kan haruslah ramai. Ada Jungle Wave Pool, Sandy Bay (tempat yang berpasir pantai), Adventure River, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay. Sewa je pelampung RM15 sehari dan main sepuasnya. Walaupun dah petang time tuh, sempat celup badan berendam kejap dalam air.




Amusement Park
Park ni kanak-kanak suker lah coz especially untuk diorang. Tapi ktorang yang tak berapa bebudak ni pun boleh main jugak. Ada Adventure Express, Giddy Galleon, Dragon Flight, Perak Parade, Storm Rider dan Lupe's Adventure.
Petang tu ktorang main Dragon Flight, terbang sungguh tapi rileks lah. Kemudian main Storm Rider, nasib baik tak terkeluar muntah kan coz kapal tu berpusing 180 darjah. Yang best sekali main roller coaster, sampai 3 kali main. Langsung tak takutlah. hehehehe




Tiger Valley
Walaupun termiss Tiger show kat sini tapi masa tresure hunt tu sempat gak aku snap beebrapa gambo harimau-harimau ni. Ada Putra dan Azian. Memang sangat dekat, kalah Zoo Negara tau.
Tiger Feeding Show
Daily : 3.00pm dan 4.00pm











Petting Zoo
Park yang paling menyeronokkan coz tempat ni paling interaktif sekali. Kita boleh pegang haiwan-haiwan yang comel ni. Ada Rakun nama Acucu, comey benau. Hulur makan je sapu. Ktorang dapat main dengan species burung yang warna-warni kat sini. Ishk geram. Ada gak ular tapi aku tak pegang pun coz aku kan penggeli orangnya. Boleh tangkap ikan, bagi monyet makan. Syiok!
DAILY PETTING ZOO ACTIVITIES AND SHOWS
Raccoon Feeding Show : 12.00 noon
Tortoise Feeding Show  : 2.00 pm
Wild Feeding Show       : 3.30 pm





Tin Valley
Ini merupakan sesuatu yang unik di dalam theme park dalam Malaysia ni. Tin Valley kira macam educational place untuk kita mengetahui cara mendulang bijih timah. Maklumlah Perak kan terkenal dengan bijih timah dan kapal koreknya. Kemudian, ada pakcik kat sini yang akan mengajar kita cara-cara mendulang. Best wei, sempat gak aku tengok demo ni.


Abis je mendulang, ktorang pi minum kat Dulang Tea House.






Lepak-lepak bawah gua lagi. Kalau minum petang kat sini memang terbaik. Diorang hidangkan kopi Ipoh yang special bersama telur 1/2 masak, biskut bantal dan roti bakar. Ya ampun, sangat-sangat melazatkan. Sambil mencuci mata menikmati keindahan alam sambil chil-chil minum kopi kan.





Lepas tu, dalam Lost World Of Tambun ni ada Ipoh Street uols. Kat sini ada pelbagai jenis gerai yang menjual makanan/buahan tempatan Ipoh macam tau foo fa, limau bali, apa lagi ek lupa plak. Sangat rileks


Pendek kata, satu theme park yang unik sekali. Selain dapat enjoy dapat gak ilmu pengetahuan mengenai sejarah Perak.


Ok nak ke sini, meh check it out sket

Lost World Of Tambun Theme Park
No.1 , Persiaran Lagun Sunway 1,, Sunway City Ipoh,, 31150 Ipoh, Perak
Phone: 05-542 8888

Hours:
Monday               11:00 am – 11:00 pm
Tuesday               Closed
Wednesday        11:00 am – 11:00 pm
Thursday             11:00 am – 11:00 pm
Friday    11:00 am – 11:00 pm
Saturday              11:00 am – 11:00 pm
Sunday 11:00 am – 11:00 pm

Ticket Entrance Fee

RM48.00 per adult (all park)
RM41.00 per kids (all park)
FREE for kids below 90cm height


Ermm rasa-rasanya memang nak pi lagi ke sini coz tak puas mandi manda hari tuh. Nak tengok tiger lagi, nak naik swan lagi. Semualah nak main.

Terima kasih kepada

Picture credit to Henry Lee and The Lost World of Tambun