Friday, October 4, 2013

Menang Hadiah Dari Philip Malaysia

Hi Korang,

Aku baru je abis event #Meaningful Innovation dari Philip Malaysia ni malam tadi kat Bangsar.

Event yang sangat menarik dan berinfomatif mengenai keselamatan dan kesejahteraan kita di Malaysia ni.


Alhamdulillah idea aku diterima oleh pihak Philip dan sebagai saguhati dapatlah aku tempat ketiga yang membawa pulang barangan elektrik iaitu food processor keluaran Philip ni.

Memang tak sangka betullah.

Apa-apa pun terima kasih Philip dan The Butterfly Project

Nanti aku citer lagi pasal kempen #meaningful innovation ni ek

Thursday, October 3, 2013

Grilled Chicken Burger (GCB) McDonald Sedap Dan Gerenti HALAL!!

Hi Korang,

Memanglah Grilled Chicken Burger ni dah lama keluar dan ramai pun dah rasa. Lazat kan? Terbaek sangat ooo..


Apa maksud 'G' pada korang?
Bagi aku, maybe Glamor, Gaya, Groovy atau Gempak tapi bagi penggemar burger McDonalds ni haruslah Grilled Chicken Burger, ia tak?

Aku memang gemarlah menda-menda yang cepat dan mudah ni kan.

"Sejak diperkenalkan 3 tahun lalu, GCB telah berjaya menarik begitu ramai peminat di kalangan rakyat Malaysia yang teruja menantikan kemunculannya di restoran Mc D. GCB menampilkan seketul peha ayam merupakan contoh terbaik penawaran menu unik yang sentiasa kami cipta di Mc Donalds demi memastikan kepuasan pelanggan. Selain menawarkan makanan lazat yang dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti, kami juga komited terhadap isu Halal. Semua produk kami disahkan 100% Halal oleh JAKIM dan badan-badan pengiktirafan Halal lain yang disahkan oleh JAKIM" kata Stephen Chew, Pengarah Urusan McDonald's Malaysia.

Sekarang ni promotion GCB lain best. Sekarang ada value meal set tau. Selain daripada ada GCB disertakan juga onion rings sebagai pengganti french fries dan minuman yang lain daripada lain.





Inilah dia  Grilled Chicken Burger.

Nampak tak sosnya yang meleleh keliling tuh. Black pepper melambak tapi takde lah pedas pun.


Onion Rings

Makan panas-panas memang sedap coz korang tak leh rasa ada bawang dalam tepung tuh


G-McFizz

Minuman terbaru yang dihidangkan bersama set ini. Rasanya memang unik sekali, ada rasa buah-buahan dan sedikit coklat diletakkan sekali.

Sedap sunggguh! Sampai tak tercakap lah.

Lepas tu plak ada peraduan foto di laman Facebook rasmi McDonald's Malaysia yang sudah pun bermula pada 26 September di mana korang boleh memenangi hidangan McDonald's untuk 1 bulan, yang bermakna pemenang boleh menikmati hidangan PERCUMA di McDonald's selama 30 hari.

Untuk maklumat lanjut bagi peraduan Facebook GCB McDonald's Malaysia, layari www.facebook.com/My.McDonalds


Apa lagi, sambil makan sambil bergambar lah yob!!

Im lovin it!


HALFEST 2013, Banyak Produk Orang Kita

Hi Korang,

Rasanya Halal Festival ataupun HALFEST ni dah bertahun-tahun di adakan. Betul tak?


Itulah aku je yang tak pernah pergi. So untuk HALFEST2013 ni, dapat gak aku pergi. Mentang-mentanglah diorang buat kat MIECC tu belakang office aku je, so merasa gak ke mari.

Aku pi semalam on first day of HALFEST2013 dengan Nik budak opis aku lah. Ktorang lunch kul 12 so masa tu belum ramai lagi orang. Parking kereta kat Mines Shopping Fair dan lintas je ikut jalan shortcut.



Sebelum nak masuk ke kena register dulu ye kengkawan. Alah untuk database diaorang agaknya. Tengok jawatan aku comel tak? kerani hehehehe. Confirm2 diorang tak kan anto any mailing list punyalah.



Ok kena tampal sticker kat baju then baru boleh masuk.




Sekali masuk, ya ampun. Banyaknya booth. Semuanya best-best. Aku sampai tak tau nak start dari mana dulu. Alah kata Nik, kita jalan row by row la kalau tak sempat esok kita sambung lagi. Ewah ko, ari-ari pi sini ek.


Segala menda aku cuba dari kepok lekor sampai susu kambing. Baju-baju fesyen hijabista ni memang banyak sungguh. Produk-produk orang kampung, koperasi, peniaga kecil semua ada. Boleh terbukaklah mata aku kejap.



Aku lebih banyak merasa dari membeli, yelah dah orang suruh cuba kan. Rasalah sepenuh hati. Lalu 5-6 booth terus kenyang perut dibuatnya. Ada yang sedap dan ada yang so-so je tapi oklah diorang ni berani mencuba kan. Inilah di namakan usahawan.


Rasanya esok nak ke sini lagi kot coz tak abis cover lagi banyak tempat. Booth Ephyra pun aku tak jumpa lagi. Lalu booth Ronasutra, kenal plak staff kat situ coz pernah deal dengan diorang kan. Sembang kejap, rupanya ada harga runtuh. Itu yang bukan main ramai orang kat sini.

So korang nak teringin nak ke sini, baik datang awal.

Kalau pi time weekend, memang berhimpit-himpit la ye. Dengan orang, dengan barang, dengan stroller.

Ermm esok nak shopping ape ek? hehehehhe