Tuesday, October 1, 2013

Standard Chartered ICT Competition 2013 Awards Ceremony

Hi Korang,


Last week, aku dapat invitation ke ICT Competition 2013 Awards Dinner ni anjuran Standard Chartered Bank. Majlis kat J.W. Marriot Putrajaya ni, dekat sangat dengan umah. Tak sampai 15 minit dah sampai. Kejap je



Pada Januari 2013, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad telah melancarkan pertandingan Inovasi, Komunikasi dan Teknologi (ICT) yang kedua kalinya sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam mempromosikan pembangunan sektor ICT tempatan. Pertandingan ini, yang direka untuk mencari inovasi IT bertaraf dunia dan meyaksikan potensi inovasi pelajar universiti dan para pekerja Standard Chartered yang berpengalaman, yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Datuk Haji Fadillah Yusof.

Pertandingan ini akan memberi pelajar universiti peluang dan platform untuk mempamerkan kreativiti mereka dan menjadikan idea mereka dalam inovasi. Ia akan mengukuhkan lagi minda pelajar kita kepada penyelesaian industri yang berkaitan dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam ICT yang sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Majlis yang diadakan ala western ni sangat rileks dan santai. Ktorang dapat duk dekat dengan VIP dan stage, so senang sket nak amik gambar kan.


Seperti biasa, kata-kata aluan daripada Dato' Arif Siddiqui Chief Information Officer (CIO) , Standard Chartered Bank Malaysia dan Group Chief Information Officer, Islamic Banking, Standard Chartered Bank mengenai keperluan inovasi IT dari sektor perbankan masa kini.


Ada juga sedikit ucapan daripada Yang Berhormat Datuk Dr. Abu Bakar Mohammad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.



Dinner time, ktorang di hidangkan dengan menu western ala fine dining. Terbaik ooo, walaupun unik tapi sedap tau.


Kemudian ada persembahan daripada Elexcoldhot, kumpulan penari hip-hop yang baru je menang pertandingan tarian hip-hop dunia di USA. Alah aku dah selalu citer pasal diorang kat entry aku yang lepas-lepas. Bagus diorang ni.

Ok acara kemuncak pada malam tu, pemberian anugerah kepada para pemenang.

Bagi kategori university

Tempat Pertama (RM15,000 wang tunai) 
4GM(University Putra Malaysia)

Tempat Kedua (RM10,000 wang tunai) 
Green Warriors (University Teknologi Malaysia)

Tempat Ketiga (RM5,000 wang tunai)
Drone Swarm (Taylor's University Lakeside Campus)

Hadiah wang sagu hati RM1,000 bagi finalist team serta special plaque dan juga sijil penyertaan.

Bagi kategori pekerja Standard Chartered Bank


Tempat Pertama (RM8,000 wang tunai) 
Team Charlie Missing 1 Angel

Tempat Kedua (RM5,000 wang tunai) 
Team Trade Stars

Tempat Ketiga (RM3,000 wang tunai)
Team Convenience is Life

Hadiah wang sagu hati RM1,000 bagi finalist team serta special plaque dan juga sijil penyertaan.


Anugerah University bagi penyertaan terbanyak jatuh kepada Taylor's University Lakeside Campus.


Terima kasih kepada Standard Chartered Bank yang sudi menjemput ktorang ke majlis penganugerahan ni. Hopefully dapat jemputan lagi di lain tahun ye.



Photos by Samsung Digital Camera NX300




Monday, September 30, 2013

Setelah 3 Minggu Dengan EPHYRA

Hi Korang,

Ni aku nak citer lagi pasal minuman kesihatan EPHYRA yang aku cakap kat entry yang hari tuh. Mehlah baca kat http://www.ciklilyputih.com/2013/09/ephyra-minuman-kesihatan-kolagen-terkini.html

La kenapa 3 minggu? 

Sebab aku dapat lambat daripada yang di jadualkan so aku kira 3 minggu la ek.


Buang tuang cam tu consume serbuk je, kenalah dibancuh dengan air sejuk mengikut sukatan 180ml dan di goncang. 


Sambil goncang tu, aku joget-joget lah sket kengkonon exercise lah. hakhakhakahkahaka

Ok minum.

Setiap hari sebelum sarapan aku minumlah sebagai pengalas perut. Bila dah minum ni kurang sket rasa lapar. Tak delah cam dulu, breakfast bukan main banyak lagi. Now just secawan kopi cup kecil dan biskut je will do.


Mesti korang tertunggu-tunggu apa yang jadi pada aku setelah aku mengambil EPHYRA ni.

Tak delah banyak sangat perubahan, maklumlah baru nak masuk 3 minggu. Tapi yang aku perasan

1. Tenaga bertambah
Yang aku perasan, tenaga semakin bertambahlah. Kalau dulu bila tengahari je aku jadi cam lembap-lembap sket sebab mengantuk but now lepas lunch je rasa segar semacam. Banyak kerja aku boleh abiskan. Balik rumah plak, selalunya aku akan lepak depan TV dulu then baru masak but now balik kerja terus sambung buat kerja rumah plak. sampai Mr Big cakap, cuma bawak-bawak berehat dulu kejap. Kehulu ke hilir cam lipas kudung. Hah ko cam tu sekali.

2. Melancarkan peredaran darah
Ni aku mesti nak bagitau korang. Actually period aku memang tak teratur langsung. Kejap ada kejap tak de, dah macam chipmores plak. Bila aku dah minum EPHYRA ni, period aku dah start keluar dengan konsistan. Aku pi tanya doktor pasal hal ni, dan dia cakap tak per darah awak dah nak mula bekerja, bagus ni. Mana tau, kot-kot dah boleh pregnant lepas ni kan. Wah satu lagi, miracle ni.

3. Rambut Gugur Dah Kurang
Nampaklah time sikat rambut tuh, sebab aku ni species rambut tebal dan banyak. Kang sekali sikat rasanya berpuluh yang gugur, kalau rambut panjang lagilah banyak. Now dah ok sket, gugur tu memang ada tapi tak de sampai segumpal macam dulu.


4. Memulihkan kulit muka yang bermasalah
Aku nak banyak pori-pori besau kat muka ni. Abislah segala jenis bedak pakai untuk cover lubang-lubang tuh. Now pori-pori tu dah mula mengecil sedikit demi sedikit, slow and stay je. Tanda-tanda hitam kat muka tu still ada lagi but dah mula pudar. Eye bag dah berkurangan, mengecil slowly

5. Kesan gatal-gatal mula berkurangan
Aku memang ada masalah kegatalan bahagian belakang badan ni. Eh bukan Eczema ye, itu dah teruk sangat. Biasalah bila orang-orang saiz comel cam ni aku berpeluh so mulalah bahagian pelipat tu gatal-gatal kan. Bila dah garu terus berparut dan sometime kulit jadi berdarah so ada kesan kudis kat situ. Now bahagian belakang ni mengering dan kulit makin licin plak dibuatnya.

Hah, apmacam? Itu baru 3 minggu kalau sebulan cam ne. Mau elok lagi kulit aku kan. Nanti bila dah cukup sebulan aku citer lagi ye kesan-kesan mengambil EPHYRA ni.

Korang,

Ada promosi khas utk pembaca www.ciklilyputih.com iaitu 2 kotak pada harga RM380 je. email pada kami dgn tajuk blog utk dapatkan harga promosi 2 kotak.

Lepas tuh,kalau korang nak cuba rasa sendiri boleh korang datang ke


Halfest Expo Exhibition 
( Ekspo Makanan Halal Terbesar di Malaysia )

Booth 0078

 2 October - 6 October

Mines Convention Centre Seri Kembangan Selangor.

Kat sini nanti, korang boleh cuba rasa kenakkan EPHYRA ni. Boleh tanya apa yang nak tau pasal minuman kesihatan ni. Ada cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir ye. Ishkk aku pun tak sabar nak pi lah cam ni

Lupa plak, nak bagitau yang status HALAL EPHYRA yang menjadi keutamaan untuk EPHYRA meyertai ekspo ini

Pentingnya HALAL kerana makanan yang baik, lagi halal memberikan kesihatan kepada seluruh tubuh badan, sebaliknya makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan penyakit. Oleh itu, Islam sendiri sangat mementingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya yang dimakan itu benar-benar membawa manfaat dan bukannya kemudaratan. Begitulah juga Oceanlife Marketing Sdn Bhd selaku pengeluar produk EPHYRA sangat menitikberatkan kualiti dan halal produk EPHYRA utk kebaikan pengguna semua.

Yelah ko, kat luar sangat memang banyak produk kecantikan dan kesihatan ni tapi agak-agak diorang ni semua ada tak status HALAL yang sah dari Jakim.


Jakim sangat dipercayai sebagai badan kerajaan yang tentunya kalau status HALAL dikeluarkan JAKIM tentunya setelah membuat penilaian yg sangat teliti ttg tahap keselamatan produk & tahap halal setiap produk.

Lagiplak, setiap permohonan HALAL dari JAKIM memerlukan sijil kelulusan KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia ) baru boleh mohon status HALAL.

Kerana itulah Oceanlife Marketing Sdn Bhd menyertai ekspo HALFEST ini utk membawa EPHYRA ke tahap lebih tinggi dan mendapat kredibiliti dan kepercayaan pengguna sbg produk yang berkesan dan tentunya SELAMAT dan HALAL.

Ok ini ada testimoni terbaru dari pengguna EPHYRA ni,


Di mana EPHYRA banyak membantu mereka dalam menambahkan kuantiti susu badan. Mmg menjadi satu masalah utk ibu2 yang dalam proses penyusuan , tapi susu badan tidak mencukupi atau pun sedikit. Oleh itu EPHYRA dapat membantu ibu2 ini utk menambahkan lagi susu badan. Tentunya EPHYRA sangat sesuai dan selamat di minum oleh ibu2 yang baru bersalin dan yg masih lagi menyusukan bayi.

Selain khasiat yang bagus yang dapat menambahkan kuantiti susu ibu, EPHYRA juga terbukti memberi manfaat pada bayi yang disusukan dimana bayi akan jadi lebih sihat, kulit baby jadi lebih cerah & gebu.

Korang bacalah testimoni tu, kira sangat elok lah produk EPHYRA ni untuk ibu-ibu menyusu.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari
1)website official - www.oceanlife2u.com
3)instagram- ephyra2u


Untuk info @ pembelian boleh email kami di info@oceanlife2u.com atau hubungi HQ 0341417889 atau sms 019 3999 238

Kalau nak cantik, segalanya mungkin kan...

Majlis Menandatangani Memorendum Persafahaman AL ANSAR HEALTH Sdn Bhd

Hi Korang,

Terima kasih team Denaihati Network coz sudi menjemput aku ke sini.


Minggu lepas aku sempat ke Majlis menandatangani memorendum persefahaman di antara Al Ansar Health Sdn Bhd bersama 2 syarikat suplemen kesihatan iaitu Sinar Permata Resourses dan Magnetik Aura Sdn Bhd.


Ia telah berlangsung di Danau Golf Club UKM Bangi dan dan dirasmikan oleh Yang Berhagia Tan Sri Muhammad Ali Hashim iaitu Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Ramai juga tetamu terhormat Al Ansar Health yang hadir termasuk media dan blogger gak. 



Majlis di mulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Azli dan diteruskan dengan kata-kata ucapan dari Tuan Haji Muhammad Khanafi. Kemudian ucapan dari Yang Berbahagia Tan Sri Muhammad Ali dan seterusnya merasmikan acara pada petang tuh. Bagus gak lah ucapan dari Tan Sri Muhammad ni, kata-katanya merangsang orang melalyu supaya senantiasa berusaha untuk berjaya dalam bidang perniagaan.




Memeterai Memorendum Persefahaman Al Ansar Health bersama Ustaz Azli (Pengasas Sinar Permata Resorces dan Encik Adnan Abd Wahab (Pengasas Mahnetic Aura SB) telah pun selesai disaksikan oleh Tan Sri Muhammad Ali,  Tuan Haji Amir Hassan, Tuan Haji Muhammad Khanafi dan tetamu yang hadir. 
Sekejap je, browse dan sign memorendum tuh.


Daripada ucapan Tuan Haji Muhammad Khanafi Kumpulan Al Ansar telah meluaskan perniagaan mereka dengan memperkenalkan produk-produk kesihatan yang halal dan selamat digunakan. Al Ansar telah mensasarkan 12 juta ringgit untuk jualan pertama pada tahun pertama dan mempunyai stokis2 di Pekan Rabu Johor Bharu, Setiawangsa Kuala Lumpur, Jalan Reko Kajang, Sungai Petani Kedah, Wakaf Che Yeh Kota Bharu dan Cabang Tiga Kuala Terengganu.


Aku sempat gak ikut Tan Sri Muhammad Ali ke booth-booth yang disediakn. Tekun sungguh Tan Sri Muhammad Ali mendengar penjelasan tentang produk Magnetic Aura dan Sinar Permata ditemani Haji Amir dan Haji Khanafi. 


Kemudian ada press conference session di antara wakil Al Ansar, wakil Sinar Permata, wakil Magnetic Aura dengan para media dan blogger. Memacam soalan yang di tanya oleh media mengenai kerjasama ini. 

Terima kasih pada Al Ansar Properties especially pada bro Denaihati dan bro Eizil coz sudi mengajak aku ke event. Memacam info gaklah aku dapat tau pasal kesihatan ni. Tak sempat nak bergambar pun diorang ni semualah. 


Memang tak sabar nak mencuba free gift yang dapat ni. Kata K NurMisnan memang sangat berkesanlah. 

Kepada korang yang ingin mencuba pelaburan bisnes jihad bersama Al Ansar Health Sdn Bhd atau ingin melakukan terapi boleh hubungi .:

Encik Sobri : 0134814971 / 0124734645
Ustaz Azli : 0192434888
Encik Adnan : 0127212184 / 0162011549

Laman web - www.alansarhealth.com