Friday, September 27, 2013

Ms Rosy Tea Party with L'Oreal Paris and The Bufferfly Projects Beauty Bloggers

Hi Korang,


Kalau korang perasan aku ada letak a few photos kat FB page aku pasal event ni. Kalau event beauty memang best sebab yang datang semuanya cantik-cantik belaka, aku tak lah biasa je.


Ms Rosy Tea Party ni di adakan last Saturday sebelum ktorang ke Tambun hari tuh di Angelic Tea & Scone House, Plaza Damas. First time aku ke sini, tak sesat cuma tak jumpa kedai ni yang mana satu. Nasib baik Illy ada bagitau depan TGIF terus jumpa.

Sebelum event start, haruslah bercamwhore dulu













Betul kan aku cakap diorang ni memang cantik-cantik belaka.

Event dimulakan dengan introduce beberapa orang dari L'Oreal Paris ni. Majoriti aku dah kenal, maklumlah selalu sangat jumpa dengan diorang event lain.





Ktorang di perkenalkan dengan Ms Rosy. Comey orangnya. Bijak dan cantik serta senantiasa up to date dengan technology ni. Ms Rosy ada share dengan ktorang pasal rahsianya jadi cantik dengan L'Oreal White Perfect. Nanti lah aku citer pasal Ms Rosy ni dalam entry lain ek, coz ada contest tau.



Ktorang di hidangkan dengan menu english hi-tea. Meh la tengok






Semua sedap-sedap belaka. Diorang hidangkan vegetarian tea sets dan green curry mushrooms.  Scones tu sangat terbaik bila makan panas-panas bersama-sama dengan jam yang disediakan.

Ada juga craft class dan karikatur session.




Tapi aku tak sempat nak buat pun ishkk rasa rugi sangat lah. huhuhuhuhu probally next time la ye.


Terima kasih pada L'Oreal Paris team dan juga The Butterfly Project Malaysia coz sudi menjemput aku yang comel ni. Sangat best event ni.

Nak tengok gambar lain bole ke:



Tada....

Thursday, September 26, 2013

Garnier SAKURA WHITE Media Launch

Hi Korang,

Kalau korang kaki tengok citer Jepun, mesti perasan pelakon pompuan diorang lawa-lawa kan. Dah la lawa, kulit flawless plak tu di tambah lagi dengan ke'pink'an sket kat pipi diorang. Betul kan.


Tup-tup masa event Garnier hari tuh, diorang memperkenal range terbaru Garnier ni SAKURA WHITE. Eh, baru je aku duk fikir pasal pipi nak kaler pink terus je dah ada produk keluar kat market. Ermm Impress sekejap.



Event ni di adakan kat Starhill Gallery's Culinary Studio. Curlass ko tempat. Sebelum event start sempat gak aku ke Sephora redeem birthday gift aku hari tuh.



Cam biasa registration dulu, then ada pre-cocktail. Diorang serve japanese food, wow my favourite. Berlumba-lumba makan dengan AfraYuri, maklumlah ktorang je blogger yang datang. 



Sempat gak berposing bagai dengan gadis sakura. Putih betul orangnya.


Garnier White Sakura ni di ilhamkan daripada bunga Sakura Jepun yang cantik cuma hanya berkembang mekar 7 hari setahun. bunga sakura yang sangat menarik dan cantik kerana nada merah jambu yang halus yang menunjukkan kualiti yang lembut serta penampilan yang berseri. Kualiti ini, kelembutan, kelembutan, seri juga boleh digunakan untuk menggambarkan kulit yang wanita mahu.


Rupanya ada satu bahan dalam Garnier White Sakura yang boleh menjadikan warna kulit muka seakan-akan 'pink' iaitu extract bunga Sakura lah.


Dengan bahan yang unik dan vitamin B3 digabungkan pada Garnier White Sakura, produk ini mempunyai keberkesanan yang mendalam dan secara perlahan menyuburkan kulit dan mengurangkan liang-liang pori untuk mendedahkan nada merah jambu dan berseri. Ia juga membantu untuk mengurangkan sintesis melanin, melawan kulit gelap, memperbaiki tekstur kulit dan keselesaan.


Untuk Garnier White Sakura range ni ada 3 bahan penjagaan kulit muka


Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF 21/PA+++ (RM24.90 for 50ml)



Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam
(RM6.90 for 50ml dan RM12.90 for 100ml)


Sakura White Pinkish Radiance Intensive Whitening Mask with Sakura Extract (RM9.90 per pc)


Abis je media launch ktorang ke section lain dalam Culinary Studio ni dan hari tuh ktorang belajar buat Sakura sushi dengan Chef Tommy Kuan.



Aku partner dengan Afra la. Bersungguh-sungguh ni memasing menunjuk bakat setelah Chef Tommy tunjukkan demo tadi. 




Hah ko bersilat sekejap, payah gak nak kepal nasi sushi ni kena sekuat mungkin.



Tada.. jadilah Sakura Sushi ktorang. Tengoklah saiz, ikut orang yang membuatnya lah.


Terima kasih pada Connie dan Garnier team coz sudi ajak aku ke event ni. Sambil belajar macam mana nak pink kan kulit muka dan gak belajar buat sushi kan.

Nanti bila aku dah cuba Garnier White Sakura ni, aku citer kat korang ek.