Tuesday, September 24, 2013

REVIEW | Samsung NX2000 Smart Camera

Hi Korang,

Meh kita citer sket mengenai Samsung NX2000 Smart Camera yang baru je aku abis review last week.


Inilah dia Samsung NX2000


Samsung NX2000 ni merupakan compact digital camera yang aku rasa sesiapa pun boleh guna. Sebab apa? kerana ianya sangat mudah untuk digunakan dengan erti kata lain 'user friendly'.


Ada function AUTO, SMART, EXPERT dan WIFI


Untuk SMART function, korang tengok  ada pelbagai jenis function yang korang boleh pilih. Seharusnyalah aku mencuba function

BEAUTY FACE

Tengok nampak sangat perbezaannya. I love this so much.


Lepas dah buat editing guna function yang ada dalam SMART MODE ni, its time to upload di social media plak.

Jangan bimbang, kita boleh upload straight dari SAMSUNG NX2000 ni via WiFi



Pilih je nak upload kat mana, then teruskan lah niat suci murni korang tu ek. Senang sungguh lah.

Eh lupa, camera ni 3.7-inch WVGA touch screen sepenuhnya so tak payahlah korang susah payah nak cari function button semuanya dekat screen tu je. Ada built in NFC connectivity so memana tablet ke smartphone Android bolehlah link dengan camera ni.



Untuk EXPERT MODE ni, aku tak akan sentuh coz its too complicate untuk aku citer sebab aku bukannya pandai pun bab-bab Aperture Priority, Shutter, Manual dan memacam lagi terms yang ada dalam ni. Tapi Mr Big selaku orang yang bijak pandai bab photography ni, dia memang suka dengan function yang ada. Taulah dia nak adjust sana sini untuk nampakkan hasil yang menarik.


NX2000 ni boleh 8fps continuous shooting, top shutter speed of 1/4000th second shutter speed dan mempunyai ISO range dari 100 – 25600. Hah mesti orang expert pasal camera tau punyalah.

Walaupun lensnya boleh ditukar-tukar yang stardard 20-50mm kit lens dan external flash but berat body tu still sama gak iaitu 228g tak termasuk 11330mAh battery pack.



Untuk harga retail RM2299 termasuk beberapa basic accessories, korang boleh pilih ada 3 warna pilihan iaitu hitam, putih dan pink. Alah so sweet kalau beli yang pink,khusus untuk gegirl cam aku ni.



Agak-agak mau angkat satu tak? Eh kita kena survey dulu gadget-gadget seperti ni. Kalau sesuai dengan keperluan so why not kan..

Anyway thank you Samsung for this special review. Memang seronok aku usung kesana kemari camera NX2000 ni.






Monday, September 23, 2013

Blogger Newbie, Tiada Jalan Singkat Untuk Berjaya


Hi Korang,

2-3 hari ni aku duk sibuk dengar pasal blogger newbie nak naik cepat dalam blogging ni.

Ishk mana boleh cam tuh!

Sakit plak hati ini kan.



Macam ada kes aku dapat tau ni. Adalah seorang newbie ni, baru-baru belajar buat blog dan baru-baru kot pi event. Ermm okla nak expose diri pada real world of blogging kan. Tapi yang tak bestnya dia suruh duk mencari contact klien yang jemput dia tuh.

Nak rak gakla dia pusing kiri kanan mencari, padahal orang yang dicari tu depan mata je bertembung 4 mata masa registration. Rupanya dia duk sibuk mencari lubang kalau-kalau ade event masa akan datang.


Ada plak cam tu cara ko nak dik, dengar sini meh akak ko ni nak citer sket.

Kalau ko tak ramah, cam ne dik ko nak naik. Bagi akak ko ni, kite ni orang baru so kenalah belajar adat resam berblogging ni kan. Belajar kenal orang dulu, tunjukkan kita ni mudah untuk didekati.

Lagi satu kalau air tangan blog ko menarik, for sure ramai PR ataupun Client sibuk cari ko. Ni tak, asyik citer pasal alexa ranking, top 20 blogger glamour, cara nak ping blog dan memacam lagi. Bukan tak boleh tulis, boleh tapi elok berselang ataupun sekali sekala. 

Lebihkan menulis mengenai pengalaman macam tempat makan best sedap di bangi, cara membuang kutu kucing, mak aku masak tak sedap sket hari ni hah barulah sedap sket. Sebab sekarang trend orang beli pengalaman orang lain, contoh sebelum kita buat sesuatu yang tak pernah kita buat, of course kita akan sedaya upaya nak dapatkan pandangan orang lain. Seharusnya blog-blog yang ada dalam google ni akan boleh tolong kita untuk buat pilihan yang bijak.


Betulkan, apa yang aku cakap ni. 

Itu aku baru citer sket, actually banyak lagi tips dan cara untuk maju terus dalam berblogging ni cuma kena senantiasa sabar. Macam aku, mula dari bawah. Senantiasa pi event dengan ikhlas dan tanpa merungut. Ini tidak, kena bayar parking, kena kuar duit toll dah mula memekak cakap klien tak prihatin. Tapi bila klien bagi advertorial tak de plak korang merungut kan. Senyum melebar sakan!

So all the best pada blogger newbie yang bersungguh-sungguh nak naik cepat. Boleh je korang nak meningkat dengan cepat tapi haruslah dengan jalan yang betul dan bukannya S.A.I.L.A.N.G blogger-blogger sedia ada yang duk merangkak dan masih lagi bertatih dalam dunia blogging ni.

Cukup cukup sudah,
Sudah sampai di sini saja

Kalau memana newbie blogger yang terasa tu aku mintak maaf bebanyak tapi seharusnya korang kena sedar diri sketlah.

Jangan tikam belakang blogger lain ye..




Saturday, September 21, 2013

Penting Gak ALEXA RANKING Pada Blogger

Hi Korang,

Lama plak tak mengkaji pasal blog www.ciklilyputih.com comel ni.

Bukan apa, aku bukan kaki ranking pun heboh nak tengok naik ke turun traffik blog lifestyle aku ni. Sebab aku kan berblog suka-suka dan minat je, kalau ada rezeki lebih sket itu namanya bonus

ehehehehe


Bagi blogger newbie yang baru-baru berjinak dalam dunia blogging mesti tak tau apa itu Alexa Ranking kan, meh la aku citer sket.

Alexa Ranking adalah satu medium untuk mengukur pencapaian sesuatu website itu. Baik dari segi jumlah visitornya mahupun jumlah bounce rate blog/website korang tuh. 

Eh, ada lagi..

Alexa Ranking biasanya digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk mengukur kekuatan blog/website korang untuk dipilih sebagai ads space mereka. Selain daripada itu juga, kadangkala mereka juga melihat kepada jumlah trafik yang hadir ke blog mereka saban hari dan sebab itu pentingnya menunjukkan bukti kekuatan sesuatu blog tersebut.

Ok dah paham kan.

Apa lagi, meh check ranking ke berapa blog korang kat 


Masukkan URL blog korang dan tada keluarlah segala info yang korang patut tau pada blog korang ni ek.

Ermm barulah aku tau pentingnya ALEXA RANKING ni ek, hebat gak penangannya.

Anyway,

Happy Weekend Korang...