Wednesday, September 11, 2013

LUX Media Trip Ke Casa Del Rio, Melaka


Hi Korang,

Hari tu aku dah citer pasal LUX Fine Fragrance Workshop kan, now meh kita sambung sket media trip ke Casa Del Rio Melaka.

amik dari dalam bus, tu yang jadi biru tuh

Mintak maaf bebanyak ye, coz aku letak banyak gambar dalam entry ni. Sudilah kiranya korang menengok ye.

ini kad bilik saya

Bloggers tak ramai pun cuma dalam 8 orang je, the rest tuh reporter, journalist dan photographer dari media lain. Kitaorang bertolak dari Menara TM dan sampai ke Melaka dalam kul 1.30pm cam tuh.

kat bawah ni



Cantik betul hotel Casa Del Rio ni, pemandanganya indah wei. Mengadap Sungai Melaka. Boleh nampak memacam kat seberang tuh kan.





Since bilik belum siap lagi, meh makan dulu di Barrio Cafe di ground floor hotel ni. Bila masuk je, rasa terpegun kejap sebab apa, konsep cafenya ala Morocco. Dengan perabutnya, aksesorinya ermm terkesima kejap.

Sudah jangan fikirin abang.. mari makan. Korang layan je gegambar makanan ni ek.

pinggan pertama


setempayan kopok!





Terbaek kan.




penyejuk tekak ooo

dengan illy comel

Lepas lunch ni, start registration. Siap dapat SPA appointment card lagi. Yesza, barulah dapat manjakan diri tanpa gangguan.

Ni dia bilik aku untuk 2 hari ni.

katil beso bagak tau..



sambil mandi boleh tengok tv



Lagak dan gayanya seperti Tuan Puteri dari negara pasir dua butir kan. Sangat menenangkan, senyap dan sunyi tapi tak sepi.


Kul 3.00pm aku naik ke Satkara SPA di tingkat 3.






Aku dapat treatment traditional malay body massage selama sejam. Walaupun kuat tukang urut tu buat but langsung tak rasa sakit malah rasa best plak, siap tertidur-tidur bagai ye.





Lega sungguh lepas SPA, balik bilik. Enjoy the momments duk dalam bilik tuh.

Then bersiap untuk ke workshop dan dinner with Fazura. Untuk citer workshop, korang just baca kat cara buat parfume ni.


Abis workshop, ktorang terus ke Ballroom KD Hang Tuah.


Bila masuk-masuk ktorang di sambut oleh Fazura sendiri tau. Masa dia salam tu memang tak perasan until bebudak ni cakap kat aku yang tu Fazura. Dia memang friendly dan sempoi sangat tapi anggun ya ampun.


Terus je start launching varian mandian badan LUX ni oleh orang kuat LUX dan juga Fazura.




Best sangat coz tak ramai photographer so senang ambil gambar, siap boleh delete dan snap balik hehehehhe


Ini merupakan pemenang best dressed dan best instax photos. Congrats tu them tau.


Abis event, ingatkan nak berjalan ke Hard Rock Melaka dengan media lain tapi disebab geng Butterfly team ajak borak-borak kat lobby so ktorang lepak sampai tengahmalam. Banyak gak citer yang aku dapat tau kan.


Naik bilik bukannya tidur pun, lepak dalam bathtub mandi dengan itik comel. Kemudian tu baru tidur.


Esoknya pagi aku dah bangun bukan apa, coz dah biasa kan. Golek sana sini dan terus je mandi. Siap then terus turun breakfast.




Hah ko, my heavy big breakfast. Terbaik ooo. Makan jelah keja aku.




Bayangkan dari kul 8.30am sampai kul 10.30am, duk bertukar meja je breakfast sana sini. Kejap dengan orang ni, kejap dengan orang tuh. Bertambahlah kaffein dalam badan.





Naik bilik, kemas apa yang patut. Ermm rasa sedih plak nak tinggalkan bila mahal ni. Rasanya tak mungkin aku ke sini lagi yelah harga biliknya yang tak sanggup nak sebut kan, tapi kalau client ajak apa salahnya. Haruslah tak lepaskan peluang.




Anyway terima kasih bebanyak kepada PR team dan LUX itself coz been pampering us selama 2 hari ni. Cakap je semua dapat. Rasa bertuah betul lah.


Ermm tak sabar balik tu nak bershowering dengan mandian LUX lah...


Wordless Wednesday - Infinity Pool

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Yesza, aku mahu berehat di sini, menikmati keindahan alam...

Tapi bila ye? MATTA Fair sudah abis uhuuhuhuuhu..




Tuesday, September 10, 2013

Seminggu Selepas Minyak NAIK Harga


Hi Korang,



Genap seminggu kisah minyak RON95, RON97 dan Diesel naik harga. 

Masa malam yang diorang duk announce kat TV tu, bukan main ramai lagi yang beratur mengisi petrol. Sampai ada sesetengah stesyen tu minyak abis dan ada pula yang mengamuk sampai langgar one of the petrol pump tuh. Aku perasan coz ramai duk heboh share gambar tuh. Info asalnya tak tau datang dari mana. Ishkk




Bertalu-talau orang yang duk komen pasal kes ni. Kira penuh FB timeline dan twitter aku dengan status-status panas kesan kenaikan minyak ni.

Meh korang klik kat entry bro Dehaihati.com berdialog panas dengan rakan facebook http://denaihati.com/ron95-dialog-panas-dengan-rakan-facebook.

Terrer diorang ni keluarkan fakta yang aku sendiri pun tak pernah amik tau. Harga minyak dunia, harga minyak mentah, subsidi kerajaan dan memacam lagi. Serius aku tabik kat orang-orang yang memang amik tau hal ni.

Jadi,

Apa kesan minyak naik kepada aku ek?

Ermm langsung tak terkesan

Bukan apa, lepas minyak naik tu baru 2 kali aku isi minyak. Hari Jumaat pagi dan semalam petang. Itu pun sebab aku balik Melaka dan tawaf saie kat Bandar Hilir tuh. 

Memang seminggu aku cuma isi minyak RM60 je. Mesti kena ikut budget yang dah aku tetapkan ye.
Setiap Ahad malam RM30 dan Jumaat pagi RM30. Yelah setakat pergi dan balik kerja kan. Even kalau ada 1-2 event kat area KL pun, amount minyak tetap sama. Kecuali kalau kena outstation ke site itu memang kena tambah sketlah.  



Kenapa macam sket je aku guna?

Aku sendiri pun tak tau kenapa jadi cam ni ek. Maybe cara pemanduan aku kot. Tak laju dan tak perlahan sangat. Even masa pakai WAJA dulu pun, budget aku memang sama je. Bila masuk area KL tu memang tak de chance langsung nak memecut kan, kereta banyak so kena ikut flow je. Lagiplak kalau aku nak keluar tu, aku akan plan dulu jalan mana nak ikut dan apa task yang kena buat. Kalau elok drive then drive tapi rasanya kalau elok naik train then better naik so lagi jimat dan mudah.

Cam tu lah

Walaupun apa pun kehidupan harus di teruskan jua, takkanlah minyak naik 20sen korang nak berhenti kerja dan duk rumah plak. Seeloknya kita terima seadanya dan hadapi dengan tenang serta mula berjimat cermat dengan lebih efisyen lagi. 



Tapi tak eloklah sewenang-wenangnya tokeh kedai naik harga gula pasir, tepung gandum, teh tarik, roti canai kan. Jahat sungguh tau!

So setakat naik 20sen seliter, kira aku boleh bernafas lagi. Jangan naik sampai RM5 seliter udahlah ye. Memang aku pi kerja tumpang Mr Big punya motor jawabnya hehehehhe

Credit photos : www.google.com