Monday, September 9, 2013

LUX Sensational Fine Fragrance Workshop


Hi Korang,

Dah lama tak pi media trip kan. Last aku pi, bulan 5 cam tu ke Singapore.

Bestnya kalau dapat pi lagi kan

Last 2 week, aku dapat invitation dari LUX Malaysia ke Fine Fragrance Workshop. Yeah, media trip ke Melaka tau. Walaupun 2 hari 1 malam je, but experience nya awesome tau.

Ini cerita PART 1 tau..


Nanti aku citer yang tuh ek, now meh aku citer pasal LUX Workshop ni.

Rupanya LUX ni wujud pada 1925, lama dah gak ni. Ianya telah merevolusikan dunia sabun buku kecantikan dan mandian badan dan berjaya menambat hati wanita di seluruh dunia. Ini seterurnya meletakkan jenama LUX ni sebagai jenama sabun kecantikan nombor satu dunia. Yelah ko menda yang wangi-wangi ni memang jadi kesukaan pompuan cam kita-kita ni.


Sebelum workshop start tu, sempat gak lah ktoorang bergambar ikut theme yang diberikan iaitu Chic Casual. Aku pakai simple je, janji ada purple disitu.


Host malam tu, Nazruddin. Alah artis gak lah. Comel, kecik molek orang Melaka. Eh sekampung plak kita ek. Sempoi je hosting this event.


Jom dengar sket Ms Tanya Teng kasi speech mengenai LuX workshop ni.

“Nadi dalam setiap mandian badan Lux ialah wangian kerana ia merupakan bahagian penting dalam  amalan kecantikan setiap wanita. Wangian membantu beliau merasa positif terhadap dirinya dan membenarkan beliau menggambarkan perasaan sebenar melalui haruman berpanjangan setelah menggunakan salah satu daripada mandian badan kami,” kata Tanya Teng, Pengurus Jenama untuk Pembersihan Kulit, Unilever (M) Sdn. Bhd.

Ok jom belajar mengenai perfume ni ek.

Mr David Boyd, Pengarah Wangian Global dari Givaudan yang mengendalikan LUX Fine Fragrance Workshop ni.

Ann Gottlieb telah bekerjasama dengan pasukan pembangunan pengkhususan wangian di pusat haruman kelas dunia, Givaudan, untuk menghasilkan haruman yang kompleks dan penuh misteri seperti Lux Magical Spell.

“Saya telah menghabiskan 50 tahun menghasilkan haruman eksklusif untuk individu-individu senarai A yang penuh glamor di dunia – daripada Calvin Klein ke Sarah Jessica Parker sehingga ke legenda industri kecantikan seperti Estee Lauder, dan saya sangat teruja dengan usaha sama yang menjanjikan satu penemuan baharu dalam kategorinya ini.”



Beliau menerangkan satu per satu cara pembuatan wangian LUX ni. Rupanya bukan main susah diorang ni mencari bahan yang bersesuaian dengan kulit orang Asia ni. Yelah dengan cuaca tak menentu, panas terik, hujan lagi so memacam kajian yang di lakukan untuk menjadikan setiap shower gel yang terbaik.



Pelbagai bahan rupanya yang terkandung di dalam sesuatu gel mandian ni. Kalau korang ada yang di ambil dari hutan-hutan di Asia, bunga-bunga yang unik dan juga ada juga bahan masakan juga di tambah bagi menghasilkan haruman ini.


Di antara wangian varian mandian badan LUX adalah:-

Lux Soft Touch
Lux Velvet Touch
Lux White Impress
Lux Magical Spell
Lux Wake Me Up

Mandian badan Lux disediakan dalam dua saiz botol berbeza. Botol 700 ml dijual pada harga RM15.90 dan 220 ml pada harga RM6.00, manakala pek isian semula ditawarkan pada harga RM8.90.


Duta Jenama Lux, Nur Fazura, menyertai senarai bintang-bintang glamor di serata dunia seperti Elizabeth Taylor, Marilyn Monroe, Aishwarya Rai, Shu Qi, Amy Mastura, Shiela Majid, Fauziah Latiff dan Erra Fazira yang menikmati ciri-ciri mengagumkan wangian eksklusif Lux scentsational.


Haruslah aku suka pada LUX Magical Spell, baunya memang sedap dan harum. Bukan yang lain tu tak best but this one is the best. Ianya diperbuat daripada black orchid yang hanya terdapat di hutan kat Malaysia. Kira special sungguh.

Sangat best workshop sebegini, at least memacam info yang aku dapat tahu pasal pembuatan wangian ni.

Terima kasih to LUX for this special media trip. I suker sangat tau.

Eh, ada lagi nak citer tunggu episod seterusnya. Maybe 2-3 entry lagi mengenai trip ni. Hotel yang awesome, SPA yang menyenangkan, makan-makan yang mengasyikan dan ada banyak lagi lah. Belum lagi dinner dengan FAZURA kan hahahahha. Aku rasa ramai yang jeles punya la..

So stay tune...

Happy 35th Birthday Cik Lily Putih

Hi Korang,

Jumaat lepas genap umur aku 35 tahun. 

Sekejap je rasanya.

Aku sendiri pun tak sangka, pejam celik pejam celik dah meningkat lagi setahun umur. 


Tak de apa pun celebration, hari tuh ktorang just pi makan dan tengok wayang je. Alah malas nak beria sangat lah celebrate coz da jadi remaja purba kan.


Hopefully apa yang di citakan sejak dari dulu lagi akan tercapai tak kira dari apa jua segi pun. Baik bab kerja, blogging mahupun keluarga. Asalkan apa yang baik, aku tetap bersyukur.


Kepada kengkawan yang masih mengingati hari lahir aku ini di ucapkan terima kasih berbanyak di atas tanda ingatan korang  semua. Segala ucapan dan doa-doa diharapkan dapat memberi rahmat kepada aku hendaknya.


Penuh timeline facebook, twitter, instagram dengan wish korang tapi aku suka sangat.


I love you korang...


Friday, September 6, 2013

EPHYRA, Minuman Kesihatan Kolagen Terkini

Hi Korang,

Lately ni aku makin suka plak mencuba produk minuman kesihatan ni. Bukan apa, senang nak hadam daripada makan ubat pahit.


Aku memang teringin nak cuba EPHYRA, dengar citer daripada orang-orang kat sekeliling aku ni kata bagus, ada perubahan dan memacam lagi.


Meh amik tau sket, apakah itu EPHYRA?

Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato)yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.


Nampak tak permainannya kat situ.

Di antara khasiat utama EPHRA adalah


Energy booster ~ Ramai yg beritahu, lepas minum EPHYRA kurang sangat2 rasa penat. Siapa yang mudah lesu mmg nampak kesan sbb balik kerja boleh terus bersilat kat dapur. 
Rambut kurang gugur.~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Mmg betul pun sebab collagen kan stimulate hair growth.
Sistem pembuangan jadi lawas.~ bantu utk kawal berat badan. Ramai pengguna yang turun berat badan selepas minum EPHYRA
Kuku jadi cantik dan bersinar. ~rawat masalah kuku mudah patah
Cracked heel berkurang.~ tiada lagi masalah tumit merekah & kering
Lingkaran hitam bawah mata berkurang. ~ lebih sekata tona kulit
Mengurangkan sakit radang & sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut minum EPHYRA dalam sebulan mmg dah Nampak kesan, utk golongan tua, dah boleh berjalan laju & tunaikan solat dgn mudah

Ini yang utama lah, more kepada kesihatan kulit. Baik luaran mahupun dalaman.


Bahan-bahan yang terkandung di dalam minuman kolagen EPHYRA ni
Memang berlambak produk kolagen di luar sana, tapi EPHYRA semakin mendapat tempat di hati ribuan pengguna setianya. Kenapa EPHYRA lain dari yang lain? jom kita kaji sket.

Apa beza EPHYRA dengan collagen lain?:
·      EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dalam jenis "white fish" yang hidup di laut dalam. Sebab ikan dekat perairan laut dalam ni bebas pencemaran.  
(Bukan sebarangan ikan yang mudah didapati di pasar seperti ikan tilapia, ikan keli tauuuu…)
·      EPHYRA menggunakan kolagen yg terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis tu terdiri daripada pecahan asid amino yg kecik, yang mudah diserap oleh badan. 

Kolagen dalam Ephyra mudah diserap - part ni yang paling penting. Tau tak kenapa ramai amik collagen tapi lambat nampak kesan? Sebab berat molekul collagen yg tinggi, so badan susah nak serap. Berat molekul collagen sesuatu brand tu diukur dalam unit DALTON (Da). It's not about how many mg collagen content, tapi how small the protein is. Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesan kat badan.Fakta penting : Berat molekul collagen Ephyra = kurang dari 1500Dalton




Size collagen EPHYRA = kurang dari 1500Dalton, sangat mudah diserap oleh badan. Sebab tu dgn minum EPHYRA kita dah boleh nampak kesan seawal 7 hari. Most collagen di pasaran sekarang 3-4 kotak pengambilan baru nampak kesan.
·      Kandungan kolagen EPHYRA cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti collagen yang banyak sekali ambil tapi amount yang sedikit tp berterusan.Hati-hati ya kawan-kawan, Lebihan kolagen yang diambil boleh membebankan buah pinggang! Akibatnya, boleh buat kegagalan buah pinggang!

EPHYRA terbukti berkesan seawal 7 – 14 hari! Best tuh. Meh tengok kat video yang aku attach ni ni.




Rasa EPHYRA paling sedap di pasaran, diakui ribuan pengguna EPHYRA



Baru-baru ni artis Memey Suhaiza pun dah mula mencuba produk EPYHRA ni, not bad gak katanya. Nampak perubahan lah.

Lebih teruja bila baca testimonial oleh Memey Suhaiza  (Selebriti/Pelakon) di Facebook Oceanlife2u yang berpuas hati dengan hasilnya.



Setelah mengambil ephyra, kulit Memey beliau lebih anjal, lembab halus dan tona kulit menjadi sekata serta melicin, mencerah dan menegangkan kulit (anti penuaan).  Memey dah habis menggunakan ephyra sebanyak 2 kotak dan sekarang ni nak masuk kotak ke 3.  Memey juga berbesar hati untuk berkongsi pengalaman beliau kat  Instagram dia @memeysuhaiza

EPHYRA terbukti halal oleh JAKIM dan selamat oleh KKM, Banyak lambakan produk di luar sana claim kata selamat & halal, tapi mengejutkan bila check mmg takde berdaftar dgn KKM & Jakim. Penting sangat sebab bila ada KKM & Halal, terbukti produk selamat dan tidak membahayakan kesihatan.



Aku?

Haruslah mencuba jugak. Baru je 2 hari aku minum ni sebelum sarapan. Sedaplah wei, rasa cam ala-ala citrus sket.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari
1)website official - www.oceanlife2u.com
3)instagram- ephyra2u
Untuk info @ pembelian boleh email kami di info@oceanlife2u.com atau hubungi HQ 0341417889 atau sms 019 3999 238



Untuk pembelian EPHYRA, sekarang ada harga promosi Hari Raya, dulu RM228 sekarang RM197 sekotak ( mengandungi 30 sachets – 15 gram setiap sachet utk sebulan)



Ada promosi khas utk pembaca www.ciklilyputih.com iaitu 2 kotak pada harga rm380 – email pada kami dgn tajuk blog utk dapatkan harga promosi 2 kotak beserta FREE GIFT (spt gambar di atas)

Kira best kan, jomlah kita cuba ek