Thursday, September 5, 2013

Winner Aluminium Double-Sided TanglePruf™ Ladder

Hi Korang,

Aku bukan menang tangga ye, suker benau buat kesimpulan sendiri kan.

Kalau mentol kat siling terbakar, cam ne korang tukar? Aku selalunya suruh Mr Big panjat kerusi coz rumah ktorang tak de tangga. Nasib baik sampai, kalau tak sampai tak kan nak panggil tukang rumah untuk betulkan satu mentol. Membazir jelah!

Jadi tangga memang perlu dalam setiap rumah, yelah jadi kes cam aku ni tadi camne, sape nak tolong kan.



Nasib baik aku di beri peluang untuk buat review WINNER Aluminium Double-Sided TanglePruf™ Ladder. Ye bukan aku menang tangga ye, WINNER tu jenama tangga yang aku dapat cuba ni.

Beli tangga secara ONLINE wokeh, ko hado! tak do kan. Mehlah poie beli satu.



Aku pun duk order tangga ni di laman web  WINNER ladder ni untuk tangga yang boleh panjat double side ni. Dah siap masukkan code dan add to cart terus je submit. Esoknya tangga aku ni sampai kat office dalam tengahari cam tu.

Efisien sungguh kan.



Berangkut aku ke kereta dengan tangga ni, ingatkan berat siap ajak bebudak office ni tolong lagi. La rupanya ringan bebenau. Suka lah.



Sampai rumah terus bukak plastic bubble wrap ni, kemas kan kerja diorang. Balut cantik je. Once bukak, terus check it out apa istimewanya WINNER ladder ni

Ok belek sekeliling dulu.



Kalau korang perasan, tangga biasa dia punya pelipat atau orang pembuka untuk kasi tangga stabil tu selalunya sebelah luar. Bila dah duk sebelah luar, biasalah kemek lah, patahlah semua ada kan. Tapi dengan tangga WINNER ni,TanglePruf™ Hinge atau pun engsel pelipat ni sebelah dalam so tak delah boleh rosak ke kemek ke kan. Itu yang special kan.



Susunan mata tangga tu amat penting dalam memastikan kestabilan seseorang bila memanjat so WINNER ladder ni mereka mencipta mata tangga tu secara sama rata dari segi saiz dan jarak di antara satu sama lain dan lagi plak mata tangganya lebih lebar daripada tangga biasa. So haruslah lebih rasa selamat.


Yang ni lagi best, WINNER ladder ni menyediakan 'Tool tray' atau tempat letak barang-barang perlu semasa menggunakan tangga. Yelah kalau tak, kena pakai pouch bag tak pun sorang kena standby kat bawah dengan barang-barang tools tu.




Once dah bercamwhore dengan tangga ni, Mr Big terus pi panjat betulkan lampu tu kan. Ishk terbakar dah mentol ni wei.



Bagi pembaca blog CIKLILYPUTIH.COM yang amat kusayangi, aku ada berita baik punya nak citer kat korang



Bermula hari ini sehingga 30 SEPTEMBER 2013, korang boleh order WINNER ladder ni dengan tawaran DISKAUN 10% dengan pesanan link berikut :-


Korang masukkan kod 10PERCENT di ruangan kod promosi tau bagi menikmati potongan harga yang kaw kaw

La cepatlah order, korang nak tunggu apa lagi !!


CARAMA Castrol Di Malaysia - Online Portal Untuk Pengguna Kereta Masakini.

Hi Korang,

Hari tu aku ada citer sket pasal CARAMA ni. La lupa la tuh kan. Meh la baca kat SINI.


So pada 28 Ogos tuh, CASTROL melancarkan secara rasminya web portal CARAMA ni. Ianya merupakan satu web portal mudah alih yang memudahkan pengguna mengetahui cara penjagaan kereta, penyelenggaraan dan panduan bengkel.

Satu survey telah pun di lakukan baru-baru ini kepada lebih 400 responden di sekitar Lembah Klang menunjukkan keperluan untuk bengkel bebas untuk membina hubungan yang dipercayai dengan pemilik kereta, menyediakan mereka dengan ketelusan dalam penentuan harga dan jaminan dalam kualiti mutu kerja, kemahiran dan peralatan.

Carama Certified Shops* telah direka untuk menangani isu ini dengan menyediakan skor kualiti keseluruhan, berdasarkan pemeriksaan 40 titik ketat oleh panel pakar-pakar pihak ketiga yang bebas, memastikan bahawa kedai-kedai memenuhi standard kualiti tertinggi, kemahiran, ketelusan, perkhidmatan pelanggan, kesihatan dan pematuhan keselamatan.

Portal ni kira sesuai macam pengguna cam aku yang pandai bawa kereta tapi tak reti nak jagalah, biasalah orang pompuan memang cam tu. Mana tau kena tipu dengan tokeh workshop kan, rosaknya sket je tapi bila kita tak de ilmu pengetahuan bab-bab ni memang kena tipu manjanglah gamaknya.

Di antara features yang terdapat di dalam CARAMA.COM ni ialah repair shop locatorspare parts calculator, my car** logbook and Carama rewards***.

**My Car is a feature that provides car owners with service reminders. Its core value is helping schedule users' car servicing and ensuring well-maintained vehicles.

***Carama Reward is a money-saving, cash-back redemption model that rewards car owners for their usage, engagement, reviews and sharing of Carama.

Pemilik kereta juga akan dapat berkongsi ulasan pengguna berdasarkan pengalaman sebenar Carama Certified dan Kedai Disenaraikan. Sebagai portal penjagaan kereta yang pertama Malaysia, Carama menghubungkan pemilik kereta untuk berkongsi pengalaman dan tips penyelenggaraan kereta dengan rakan-rakan, keluarga dan masyarakat umum

Lagipun, dengan adanya CARAMA ini, rasanya pemilik bengkel yang kecil-kecilan akan mendapat kebaikan, yelah dapat mempromosikan lagi bengkel mereka. Tak payah susah-susah nak buat website ke blog untuk bengkel sendiri, semuanya mudah dengan adanya CARAMA ni.

Menurut Roy Williamson, Pengarah Urusan Castrol InnoVentures, "wawasan Carama adalah untuk menjadi website portal nombor satu dalam penjagaan kereta selepas pasaran dan ruang perkhidmatan dengan menyambungkan pengguna, bengkel dan sekutu-sekutunya, melalui stop web satu platform mudah alih yang dibolehkan, memanfaatkan warisan Castrol kepercayaan dan perhubungan pelanggan. Kami yakin bahawa Carama akan mengubah pasaran selepas kereta pengalaman penjagaan untuk semua pemilik kereta, memudahkan penyelenggaraan kereta mereka. "

Korang,

meh check it out website CARAMA ni di http://www.carama.com/. Alah cepat-cepat sign up, mana tau ada promosi early bird bagi mereka yang mendaftar awal. Dengar-dengar blogger Myvitrd dah pun menggunakan CARAMA ni untuk mencari spare parts bateri kereta, katanya mudah.

Aku?

sebelum launching lagi aku dah register dan sudah semestinya aku ada dapat tawaran baik punya dari CARAMA.

So tungguuu....


Wednesday, September 4, 2013

Rumah Terbuka Nestle Bersama Media


Hi Korang,

Ramai plak ingat aku keje dengan Nestle ek. Eh bukanlah aku ni blogger picisan yang kaki pi event je.


Lepas daripada launching bonanza Hari Keluarga Nestle tuh, ktorang di jamu makan yang enak-enak di Rumah Terbuka Nestle. Alah diorang buat di Hilton Hotel , KL. 

Memacam ada, korang tengoklah sendiri ek








Masa tu tengah lapo plak kan, hah apa lagi bedal tak ingat lah. Sorrylah gambar dapat amik sket je.

Cuma aku nak tunjuk ni je

Jeng jeng jeng..


Aku di kalangan orang pertama yang menang peraduan Bonanza Hari Keluarga Nestle ni. Hehehehe aku sendiri pun tak sangka, lucky draw kan. Kira hadiah harijadi aku minggu ni la.

Anyway, terima kasih Nestle for this special invite, walaupun tak de blogger pun yang hadir but still aku boleh mingle around gak, janji mulut manis. Ye kan..