Hi Korang,
Lama tak join
event Nuffnang ni, so aku pun menjoinkan diri sabtu lepas ke Mid Valley untuk
event Astro ni.
Sekali sampai je
majoriti semua blogger baru but aku kenal dengan diorang ni. Apa lagi meh amik
gambo dulu, bebanyak ye.
Acara dimulakan
dengan sket speech dari Mr Henry Tan, Ketua Pengarah Operasi Astro mengenai
kempen Your Malaysian Is Showing ni. “Kempen Hari Kemerdekaan tahun ini
meraihkan pelbagai keunikan sebagai rakyat Malaysia dan kami menggalakan mereka
untuk melakukan sesuatu yang positif dan pada masa yang sama berkongsi
kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang lain dengan menyertai kempen #gobeyond
dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial "
Positive Engine menampilkan pelbagai rekaan yang menampilkan
mercu tanda unik Malaysia. Positive
Engine kini dipamerkan di pusat membeli belah Midvalley Megamall di aras 3
untuk tatapan semua.
Astro meraikan
‘Best of 1Malaysia’ dan kepelbagaian budaya di Malaysia dengan mengiktiraf
lingo kami yang unik seperti Syok!,
Gostan, Brudder, Fuyoh, Macha, hanya difahami oleh rakyat Malaysia. Ye ko,
memacam slanga ada. Alah yang selalu kita duk sebut tiap-tiap hari. Typical
Malaysian memang cam ni kan. Semuanya diorang ni print kat T-shirt. Korang
kalau nak beli pun boleh, ni klik je kat sini # UrMalaysianIsShowing Facebook
app. Alah murah je lah RM25 sehelai dan hasilnya nanti akan di sumbangkan ke
badan kebajikan. Good kan!
Selain daripada
tu, ada gak pelancaran muzik video untuk kempen nie yang berjudul “Excuse me Sir, your Malaysia is showing”.
Featuring
artis-artis dari Astro. Ada Zahid, Jane
dan ramai lagi. Bestkan
Abis je
launching, of courselah ada event untuk bloggers plak.
Yeah, I like!
Ktorang di
bahagikan into groups which consists of 4 people. Kena siapkan 27 task mengenai
Hari Merdeka Astro. Aku satu group dengan Janice, Liyana Lunia dan Hafiz.
Ktorang Team 6.
27 task, ktorang
bahagi 2. So aku dengan Yiying, Hafiz dengan Janice. Hah ko berhempas pulas nak
menyiapkan semua task tuh. Kena nyanyi, kena kemas kat food court, kena sapa
orang ramai kat situ, bergambar dan memacam lah. Hilang keayuan aku bila kena
shout Merdeka 7 kali wokeh.
Abis je semua
task, ktorg cari port untuk upload semua gambar dan video ni. Nasib baik ada
broadband YES aku ni, terus bukak line kasi diorang ni upload gak kan.
Malangnya semua tak sempat coz internet agak lembap. Ada team lain pun mengadu
nasib yang sama gak, internet lembap.
Abis task ktorang
terus ke Blu Med Restaurant untuk makan-makan. Yeah makan kat situ memang
sedap, sebab tu cepat abis kan.
Terus di adakan
penyampaian hadiah. Berkat hasil usaha +
Yes broadband aku, Team 6 dapat tempat kedua. Yesza, dapat RM400 Jusco voucher.
Bahagikan kepada 4 orang, so dapatlah sorang RM100. Lepas beli baju dan seluar
ni ek.
So terima kasih
bebanyak kepada Astro dan Nuffnang for this special event. Selain dari dapat
hadiah dan goodies pink, aku rasa bangga coz aku still boleh ingat Rukunegara,
buat aksi spontan depan orang ramai. Ermm memang syiok lah!
Korang,
Sebagai tanda
sokongan korang untuk projek Astro Go Beyond ni, korang boleh beli T-Shirt yang
pilih Astro telah sediakan. Memacam wei, meh klik kat link ni
Inilah dia
website nya
Pergi kat ruangan
Chari –Tee
Pilih ayat-ayat
yang korang rasakan sesuai dengan jiwa korang, then terus proceed untuk urusan
pembelian. Alah murah je RM25 je dan boleh pilih nak hitam ke putih.
Kalau tak pun
korang boleh create ayat korang sendiri, apa-apa yang penting tunjukkan
kreativiti korang mengenai projek ni.
Senang je kan.
Tengok aku pun
dah buat gak
Best kan
Seronok gak kita
dapat tau menda-menda cam ni kan, rasa bangga plak dalam diri ni.
Ermm banyak gak
korang kena surf kan tapi tak per demimu Malaysia kan!