Monday, September 2, 2013

Tahniah Blogger Yana Yassin Di Atas Pertunanganmu

Morning Korang,

Comel plak tajuk entry, skema betulll

Weeekend ni tak kemana pun coz sibuk duk attend orang bertunang.

Sabtu lepas ke rumah cousing di Klang, majlis bertunang gak. Semalam ke rumah blogger yanayassin.com di Kajang. Alah dekat je dengan rumah aku tu yang pi kan.

Aku dan Shakkido, janji datang sama. Kitaorang sampai lepas majlis pertunangan berlangsung. Aduiyai, rasa cam rugi plak. Tapi tak per yang penting bercamwhore kan.


Comelkan orang bertunang, baju instant katanya. Beli je tak yah nak tempah-tempah pun.


Hantaran pun simple je, alah buat apa nak banyak-banyak kan. Yang penting majlis berjalan lancar. Mungkin awal tahun depan kot majlis pernikahannya. 


Sempat gak aku bertanya rahsia kesedapan mee kari ibu Yana. Memang sedap ko, sepinggan aku makan, ceduk segala isi yang ada.


Apa pun tahniah Yana di atas pertunanganmu ini. Semoga tabah menghadapi alam darah manis ni. Orang kata banyak cabarannya, ye aku akui gak masa bertunang ni memang menguji hati dan perasaan, maklumlah pernah rasa kan.

Yeah, dah nak kawin dah kawan aku sorang ni ek..



Saturday, August 31, 2013

ASTRO – Your Malaysian Is Showing + Go Beyond, Mari Tunjukkan Kecintaan Kepada Tanahair Kita

Hi Korang,


Lama tak join event Nuffnang ni, so aku pun menjoinkan diri sabtu lepas ke Mid Valley untuk event Astro ni.

Sekali sampai je majoriti semua blogger baru but aku kenal dengan diorang ni. Apa lagi meh amik gambo dulu, bebanyak ye.



Acara dimulakan dengan sket speech dari Mr Henry Tan, Ketua Pengarah Operasi Astro mengenai kempen Your Malaysian Is Showing ni. “Kempen Hari Kemerdekaan tahun ini meraihkan pelbagai keunikan sebagai rakyat Malaysia dan kami menggalakan mereka untuk melakukan sesuatu yang positif dan pada masa yang sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang lain dengan menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial "

Positive Engine menampilkan pelbagai rekaan yang menampilkan mercu tanda unik Malaysia. Positive Engine kini dipamerkan di pusat membeli belah Midvalley Megamall di aras 3 untuk tatapan semua.





Astro meraikan ‘Best of 1Malaysia’ dan kepelbagaian budaya di Malaysia dengan mengiktiraf lingo kami yang unik seperti Syok!, Gostan, Brudder, Fuyoh, Macha, hanya difahami oleh rakyat Malaysia. Ye ko, memacam slanga ada. Alah yang selalu kita duk sebut tiap-tiap hari. Typical Malaysian memang cam ni kan. Semuanya diorang ni print kat T-shirt. Korang kalau nak beli pun boleh, ni klik je kat sini # UrMalaysianIsShowing Facebook app. Alah murah je lah RM25 sehelai dan hasilnya nanti akan di sumbangkan ke badan kebajikan. Good kan!

Selain daripada tu, ada gak pelancaran muzik video untuk kempen nie yang berjudul  “Excuse me Sir, your Malaysia is showing”.



Featuring artis-artis dari Astro. Ada  Zahid, Jane dan ramai lagi. Bestkan

Abis je launching, of courselah ada event untuk bloggers plak.

Yeah, I like!


Ktorang di bahagikan into groups which consists of 4 people. Kena siapkan 27 task mengenai Hari Merdeka Astro. Aku satu group dengan Janice, Liyana Lunia dan Hafiz. Ktorang Team 6.





27 task, ktorang bahagi 2. So aku dengan Yiying, Hafiz dengan Janice. Hah ko berhempas pulas nak menyiapkan semua task tuh. Kena nyanyi, kena kemas kat food court, kena sapa orang ramai kat situ, bergambar dan memacam lah. Hilang keayuan aku bila kena shout Merdeka 7 kali wokeh.




Abis je semua task, ktorg cari port untuk upload semua gambar dan video ni. Nasib baik ada broadband YES aku ni, terus bukak line kasi diorang ni upload gak kan. Malangnya semua tak sempat coz internet agak lembap. Ada team lain pun mengadu nasib yang sama gak, internet lembap.

Abis task ktorang terus ke Blu Med Restaurant untuk makan-makan. Yeah makan kat situ memang sedap, sebab tu cepat abis kan.


Terus di adakan penyampaian hadiah.  Berkat hasil usaha + Yes broadband aku, Team 6 dapat tempat kedua. Yesza, dapat RM400 Jusco voucher. Bahagikan kepada 4 orang, so dapatlah sorang RM100. Lepas beli baju dan seluar ni ek.


So terima kasih bebanyak kepada Astro dan Nuffnang for this special event. Selain dari dapat hadiah dan goodies pink, aku rasa bangga coz aku still boleh ingat Rukunegara, buat aksi spontan depan orang ramai. Ermm memang syiok lah!

Korang,

Sebagai tanda sokongan korang untuk projek Astro Go Beyond ni, korang boleh beli T-Shirt yang pilih Astro telah sediakan. Memacam wei, meh klik kat link ni


Inilah dia website nya


Pergi kat ruangan Chari –Tee


Pilih ayat-ayat yang korang rasakan sesuai dengan jiwa korang, then terus proceed untuk urusan pembelian. Alah murah je RM25 je dan boleh pilih nak hitam ke putih.

Kalau tak pun korang boleh create ayat korang sendiri, apa-apa yang penting tunjukkan kreativiti korang mengenai projek ni.

Senang je kan.

Ok ok lagi satu, hantarkan juga Positivity meter ke https://www.facebook.com/AstroGoBeyond/app_179047725597311


Tengok aku pun dah buat gak



Best kan

Seronok gak kita dapat tau menda-menda cam ni kan, rasa bangga plak dalam diri ni.


Korang yang mana nak tau lebih lanjut tentang kempen Astro Negaraku ni boleh layari di www.astro.com.my/negaraku Untuk buat  T - Shirt #UrMalaysianIsShowing sila layari aplikasi Facebook di laman berikut https://apps.facebook.com/yourmsianisshowing. Untuk maklumat tentang Go Beyond boleh didapati di www.gobeyond.com.my dan dapatkan aplikasi Facebook Go Beyond dan tetapkan nilai positif diri anda di laman web https://www.facebook.com/AstroGoBeyond/app_179047725597311

Ermm banyak gak korang kena surf kan tapi tak per demimu Malaysia kan!


Thursday, August 29, 2013

Proses Rawatan LIPOSONIX Dijalankan

Hi Korang,

Ingat tak aku citer pasal LIPOSONIX hari tuh? Kalau tak ingat, korang boleh check it out kat ENTRY ni.


So now aku nak citer pasal cam ne proses LIPOSONIX ni berlaku.

1. Alat rawatan sistem Liposonix ® diletakkan di kawasan yang disasarkan.


2. Ultrasound berintensiti tinggi tertumpu (HIFU) tenaga memberi tumpuan kepada lemak yang disasarkan dan memusnahkan sel-sel lemak di bawah lapisan kulit.



3. Satu luka berterusan dicipta pada lemak yang disasarkan dan tidak membahayakan dilakukan untuk lapisan kulit.



4. Tisu lemak akan dikeluarkan melalui penyembuhan semula jadi badan dan proses penyingkiran.



Ermm cam tulah prosesnya.



Rasanya straight forward kot treatment ni. Langsung tak de pembedahan kan. Mudah dan cepat. Of courselah korang akan rasa tak selesa, sakit sket, kesejukan, macam kena semut-semut but stil tidak merbahayakan diri korang. Kesan sampingan tu biasalah macam merah sana sini, lebam, ketidakselesaan dan bengkak.

Lepas daripada rawatan tuh, tak de lagi follow up punye treatment. Tapi kalau doktor korang yang jaga korang tu cakap datang buat check up so ikut jelah ye


Selalunya keputusan biasanya boleh dilihat dalam 8 hingga 12 minggu cam tu, kiranya itulah masa yang diperlukan untuk badan secara semulajadi memproses lemak yang dirawat.


Itulah dia LIPOSONIX






Korang yang rasa agak-agak berani nak mencuba rawatan ini boleh dapatkan maklumat di specialist yang berhampiran dengan korang ye.