Wednesday, August 28, 2013

Rumah Terbuka OLDTOWN White Coffee

Hi Korang,

Its makan time, moh citer pasal makan plak.


Sabtu lepas aku dapat jemputan ke Rumah Terbuka OLDTOWN White Coffee ni. Yang best tu dekat benau dengan rumah aku, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Tapi aku pi sorang je coz Mr Big ada gathering RC Tank plak kat Amcorp Mall.

Sorang pun ok, janji kerja jalan dan dapat makan.


Aku ingatkan cuma dalam cafe je diorang buat, la rupa-rupanya siap pasang khemah besau bagai. Ada anak-anak yatim, VIP, customer dan ramailah yelah dalam 2000 orang yang hadir. Hebat tuh.

Bukan makan-makan je tapi ktorang turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti permainan, pertandingan untuk anak-anak, persembahan pentas, ada badut dah macam karnival plak.








Seramai 100 orang anak-anak kurang bernasib baik daripada Rumah amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Yayasan Sunbeams Home dan Yayasan Chow Kit juga dijamu dengan hidangan yang menyelerakan dan diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti masa majlis ni. Pihak OLDTOWN, menerusi bahagian Tanggungjawab Sosial Korperatnya, OTLD Children Care Fund (OCAF) turut menyampaikan duit raya dan cenderahati kepada kanak-kanak yang hadir.

Meh tengok menu sket







Sedap kan, rasa terus nak makan time tu gak. Tapi respek sket majlis ye. Sabar..



Rumah terbuka OLDTOWN yang julung kali dianjurkan ini merupaka satu kejayaan dan syarikat OLDTOWN White Coffee berhasrat untuk menjadikan majlis ini sebagai acara tahunan di mana semua rakyat Malaysia boleh bersatu dan bersama-sama meraikan keharmonian rakyat Malaysia.

Dapat gak kenal ramai kengkawan baru kat event ni, best tuh.


Anyway, terima kasih kat OLDTOWN coz sudi ajak aku makan-makan kat rumah terbuka. Lain kali kalau ada event cam ni lagi ajak aku tau.

WOrdless Wednesday - Topi Comel

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week



Cute kan!

Bagus gak cara ni at least tak de bersepah sangat kat conveyor tuh...

Jom pi makan sushi tengahari ni nak?

Tuesday, August 27, 2013

Buffet Durian Di SS2 Petaling Jaya

Hi Korang,

Sabtu lepas, abis je kenduri kat umah one of S.I.L kat Pantai Hillpark Bangsar sigemuk ajak ktorg pi jejalan ke SS2. Ingatkan nak ajak pi Murni rupanya tempat lain plak


Rupanya mama berhajat nak pi makan durian.


Ada plak buffet durian kat tengah-tengah town SS2 ni. Which is aku sendiri pun tak perasan.


Sesampai je punyelah ramai orang, ada banyak stall actually. So korang boleh pilih yang mana satu korang nak makan. Dengan harga buffet bermula RM9.00 seorang aku rasa amat berbaloi untuk kaki-kaki durian yang kuat melantak kan.


Korang duduk je, diorang terus serve durian. Tak yang susah-susah  nak pilih. Semuanya diorang hidangkan. Siap air kelapa lagi untuk penyejuk badan.

Cantiklah tu kan, tengok ni kaki durian makan







Sudahnya mama yang duk makan bertambah-tambah, diorang bertiga ni terus serrender.

Korang apa lagi pilah cuba, memang untung bebenor lah.


Dari kacamata orang tak makan durian. Aku sekadar duk peneman diorang je ni

Sebab apa aku tak makan durian?

NOT GOOD FOR HEALTH.... aahahaahahah skema betul ayat kan...