Friday, August 23, 2013

LIVE UPDATE - Salam Jumaat Dari KFC

Hi Korang,

Sekejap je dah nak weekend kan.

Maknanya minggu ni banyakla rumah terbuka yang nak kene attend. Blogging jobs pun ada 2-3 gak nak kena attend. So kerja-kerja office sebolehnya kenalah disettlekan sebanywk mungkin minggu ni.

Macam sekarang ni, aku tengah duk menunggu bank bukak untuk buat some office errand. Lambat plak bank ni bukak so lepak breakfast dulu



So ke KFC kite buat sponsored post dulu sementara bank bukak sambil sarapan A.M Riser. Tengah hujan plak apalagi sedaplah kan.

Anyway, 

            Salam Jumaat Korang...


So weekend korang buat aper ek?..

Thursday, August 22, 2013

Dinner Dengan Kengkawan Bloggers

Hi Korang,


Boleh plak aku terlupa nak citer kat korang pasal dinner yang paling sempoi ni.



Masa tu ktorg ada project dengan Samsung dan Manoah, so masa penyampaian hadiah tu ee skema plak ayat, diaorang arrange kat PappaRich Bangsar. Penuh level 1 kedai ni dengan ktorg.






Ok order-order apa yang patut. Sorang bukan order satu malah lebih dari 3 menu pun ada. Alah sekali sekala Samsung nak banjer makan so haruslah makan betul-betul.

Korang tengok jelah gegambar kat bawah nie k







Hah penuhkan, ramai giler time tuh. But still dapat makan on time. Bertukar-tukar dish each other, yelah nak rasa sedap ke tak kan. Sampai tak abis makan pun ada. Aku haruslah abis sebab aku order sket je. Hehehehhe



Anyway terima kasih Samsung dan Manoah for this special makan-makan  dan awesome gift gak. I really like it!

Memintak ada lagi projek dengan diorang ni kan. Bukan apa, seronok tau.

Tak yah letak nama bebudak ni kan coz diorang ni lagi glamer dari aku tau, laGipun korang mesti kenal punya la..... ahahahahha





Proton Suprima S, Hangat Di Perkatakan

Hi Korang,

Untuk segmen Sayangi Kereta Anda, aku nak citer sket mengenai Proton Suprima S ni.

Bukan apa, ramai plak orang search dalam blog aku ni pasal kereta terbaru keluaran Proton ni.


Proton Suprima S ni telah pun dilancarkan pada 17th Ogos lalu di Matrade Exhibition and Convention Centre yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Aku manalah dapat invitation untuk event besar sebegini, almaklumlah blogger kecil-kecilan je kan. Lainlah kalau aku memang niche blog pasa automotive, confirm dapat invite punya.

Anway ini ada info serba sedikit mengenai Proton Suprima S ni yang aku dapat dari www.arenakereta.com Terima kasih di atas info ni ye.

Jom kita check it out sket ek.

1. ENJIN
1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

2. KESELAMATAN
Enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assistdan kamera undur.



3. REKAAN LUARAN
Secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback.Lampu bahagian belakang tidak cukup menggoda pada pandangan orang ramai. Namun bahagian depan Suprima S memang tidak dinafikan mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik perhatian.



4. REKAAN DALAMAN
Rekaan dalaman model ini nampak biasa sahaja. Sekali pandang, nampak terlalu kosong. Namun begitu, ciri-ciri seperti GPS dikuasakan Android, wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker berdasarkan model, memang terserlah kecanggihan yang ditawarkan.

5. HARGA
·         Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
·         Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
·         Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
·         Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

6. PILIHAN WARNA

Ianya di datangkan dalam 5 variasi warna utama iaitu Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan Atlantic Blue


So apmacam, rasa-rasa cam nak beli gak tak?

Bagi aku, kalau korang mampu dan lagi memerlukan eloklah di usahakan untuk membeli. Lagipun berpatutan kot dengan apa yang di tawarkan. Kalau aku taklah kot, memandangkan saiz kereta Proton Suprima S agak comel untuk aku dan Mr Big naik. Silap-silap bahu berlaga bahu nanti. Kan dah rugi.

Tapi kalau nak pi test drive, apa salahnya kan...