Wednesday, August 21, 2013
Kaki Shopping, Jom Join Pinwheels Photo Contest
Hi Korang,
Berita baik khas untuk ibu-ibu bapa-bapa yang kaki shopping online pakaian anak korang kan.
Pinwheels iaitu Online Store Pakaian Bayi dan Kanak-Kanak sedang melancarkan Pertandingan Foto dari 15 Ogos hingga 8 September 2013. Hadiahnya RM1,000 baucar shopping PinWheels
Nak join? Ikut je cara-cara kat bawah ni
2. Pakaikan baju-baju Pinwheels untuk anak anda dan
ambil gambar
3.Poskan gambar tersebut di
www.facebook.com/ilovepinwheels , Kongsikan deangan kawan-kawan dan keluarga,
dapatkan sebanyak mungkin Undian (Vote)
Foto dengan undian yang paling banyak akan memenangi RM1,000 Baucar
Membeli-belah Pinwheels. Applikasi untuk Pertanding Foto ini adalah adil kerana
ia akan memastikan setiap orang boleh undi sekali sahaja dan memberhentikan
undian palsu.
Ada lagi info penting ni tau, baca ni
Ya! Untuk memastikan kelayakan semua orang, korang dikehendaki
memasukkan Nombor Invois atau Nombor Resit ketika mengisi borang online
menyertai pertandingan ini.
Korang boleh je klik kat link ni untuk lebih details
Itu je, mudah kan.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
online contest
,
pakaian kanak-kanak
,
pinwheels
at
12:00 AM
3 comments
:
Tuesday, August 20, 2013
Petang Itu di London Weight Management
Hi Korang,
Ada sekali tu dalam bulan puasa, aku ke London Weight Management kat The Mines ni.
Dapat sponsored post, so haruslah cuba try kan.
Aku memula seram gak nak masuk tempat ni, yelah tup-tup kena sign up ikut program payah gak nak bayar setiap bulan.
Memula sampai, registration lah dulu. Yelah nama nickname tak sama dalam nama kat IC kan. Isi details sket. Kemudian, aku dibawa ke Consultation Room. Kat sini lah Consultant aku Ms Boey, citer serba sket mengenai rawatan yang aku akan jalani nanti.
Kemudian ktorang ke Treatment Room. Rupanya dalam ni memang banyak bilik dan juga banyak mesin-mesin, adalah function yang tersendiri kan.
Now, tukar baju time. Kena tanggalkan semuanya dan aku diberikan tuala dan panties disposable. Lepas tu kena ambil gambar untuk dibuat comparison nanti. Memula tu aku segan gak, alah sesama pompuan kira ok jelah. Pi timbang berat dan amik ukurlilit semua bahagian yang berlemak.
Ok treatment time
Sauna dulu selama 25 minit cam tu. Hah keluar peluh jantan duk berasap dalam ni. Memula tak tahan gak but melama ok. Can take it. Abis semua rongga-rongga kulit terbuka.
Abis tu, terus aku dibawa ke bilik Treatment. Kat sini seluruh badan aku di sapukan dengan garam bukit ek, ke mineral salt. Alah lupa plak. Siap semua proses tu, di balut plak aku dengan InfraRed Blanket yang bersambung dengan salah satu mesin kat situ. Ok baring untuk 30 minit cam tu. Mengelupur aku tau coz belakang badan aku ni ada luka-luka sket so bila garam tu kena kat tempat luka tuh mak oi tak terkira pedihnya. Menusuk qalbu pun kalah. Nak tak nak kena tahan gak, teragak-agak badan dibuatnya. Dah bukan peluh lagi menitik dan rasa cam mandi garam.
Sambung sauna balik lepas tuh, kulit-kulit yang pedih tadi bila kena wap aduiyai peritnya still ada lagi. Terpaksa ku tahan jua. Lepas tuh, terus je diorang suruh pi mandi. Hah apa lagi, bukan main seronok di buatnya, yelah dapatlah hilang segala sakit perit tadi kan. Semua diorang dah siapkan, sabun, shampoo, conditiner. Aku just mandi jelah.
Now, final treatment.
Aku masuk ke Treatment Room yang lain plak. Kat sini, aku di pasangkan dengan alat vibrator yang bersambung dengan mesin. Diorang sapukan ampoule di tempat-tempat yang nak di kecilkan. Lepas je siap pasang alat tu pada aku, apa lagi abis bergetar tempat-tempat berlemak selama 45 minit. Kembang kecut dibuatnya. Alah 10 minit yang pertama je, lepas tu aku bantai tidur coz bilik tu sejuk sangat sampai kesan vibrator dah langsung tak rasa. Sampai kena kejutlah di buatnya.
Bangun dan terus bersiap. Tapi sebelum tu kena amik gambar lagi. Ishkk dah kurang segan sket, sebab gambar tu amik bahagian berlemak je bukannya seluruh badan pun. Kira oklah tu kan.
Masuk balik kat Consultation Room. Terus buka puasa kat situ gak. Diorang siapkan kurma dan air. So Mr Boey pun duk tunjuk kat aku perubahan badan dengan treatment tu semua tadi. Memang nampak perbezaannya tapi bukan kg loss ye but inch loss. Banyak gak lah turun.
Dia pun preparekan aku checklist apa yang patut di makan apa yang tidak dan cara pemakanan yang betul. Dia citer sket pasal produk yang dia bagi tu dan cara nak guna.Ermm bagus gak ni. At least adalah ilmu sket pasal penurunan berat badan.
Anyway terima kasih kat London Weight Management coz sudi menaja treatment ni. Bagi aku oklah, very straight forward punya proses tak complicated pun.
Korang kalau nak berasa basic treatment ni, meh bagitau aku lekas coz aku ada a few FREE voucher untuk treatment ni. Jadi bolehlah korang merasa camner proses tu dijalankan.
Nak teruskan ke? kena fikir panjang. Bukan apa aku ni kuat makan, commitment untuk makan tu lagi kuat untuk kurus. Tapi demi untuk menjaga kesihatan, ermm nantilah aku bagitau ek.