Monday, August 19, 2013

AURA HOT! Setelah 2 Minggu Mengamalkannya

Hi Korang,

Ingat kan hari tu sebelum puasa aku ada amik produk AURA HOT ni sebagai suplemen untuk badan kan.




Setelah 2 minggu jadi amalan harian ternyata:-

1. Hilang rasa letih

Biasalah kita orang pompuan ni kan non-stop bekerja. Asal celik mata je semua anggota bergerak. Bila minum AURA HOT ni rasa letih kuranglah bukanlah tak de langsung. So tak delah penat sepanjang masa. Dapatlah aku buat lebih banyak kerja lagi. Terasa kalori dalam badan ni terbakar.

2. Kulit nampak bersih

Nak kata licin tu tak lah tapi nampak cerah dan bersih je. Bermaya dan segar dan kurang kering pada bahagian siku. Kat siku tulah nampak sangat kering bagai. Now dah mula ok.

3. Mengawal berat badan

Tak delah turun mendadak wei, unless korang betul-betul jaga pemakanan. Bagi orang yang nafsu makannya sememangnya besar, produk AURA HOT ni dapat mengawal selera makan. Bukanlah tak makan langsung but makan dalam kuantiti kecil je. Kira ok gak lah.



Actually ada banyak perubahan yang aku dapat rasakan but more on internal body. Semuanya dalam badan, so agak payah sket nak citer kat korang ni. Memana orang-orang pompuan mesti tau punyalah.

So why not, korang yang sibuk duk tercari-cari suplemen yang sesuai untuk kita ni cuba produk AURA HOT ni. Mana tau, berkesan kat korang plak kan. Ntah-ntah lagi lebih daripada aku.


 
Bagi yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan dan menjadi pengedar, boleh menghubungi AISYAH ditalian 019-6690054. Dengar kata ada promosi untuk time raya-raya ni.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di:



 
Cuba dulu, baru tau keberkesanannya...




Saturday, August 17, 2013

Lost World of Tambun Blogger's Getaway

Hi Korang,

Bila nampak mamasan Tammy duk hurah-hurah kat blog beliau pasal gateway, seharusnya janganlah dilepaskan.


Percutian di hujung minggu siapa yang tak mau kan?

Aku haruslah salah seorang yang kaki berjalan time weekend ni, yelah boleh release tension sket katanya.


Kenapa aku terhegeh-hegeh sangat nak join quick gateway ke The Lost World of Tambun with The Butterfly Project Malaysia?



1. Dah lama tak naik keretapi

Yelah ko, last aku naik train masa nak pi Hatyai 3 tahun lepas. Bayangkan dah berapa lama tuh kan. Windu sesangat nak naik keretapi ni. Tambahan plak ETS Train ni baru lagi. Dengar khabar cam bullet train tu, so confirm-confirmlah laju. Cepatlah aku sampai ke Ipoh nanti.




2. Outing with Girls Only

Mestilah best outing with girlfriends right? tambahan lagi beauty bloggers, yelah kita boleh share anything pasal make-up, food, outfit, fashion kan. Kalau ada lelaki cam payah sket lah.



3. First time ke Lost World of Tambun

Nama memang selalu dengar tapi tak pernah jejak kaki langsung ke sini. Orang kata adik-beradik cam Sunway Lagoon tapi more ke hutan-hutan sket. Rupanya ada macam-macam park, ada petting zoo, water theme park, hot spring and spa, amusement park, Tin Valley, Swan Lake, Tiger Valley dan memacam park lagi lah. Teruja sangat wokeh!


4. Sharpen my photography skill

Rugilah kalau tak bawak camera sebab mesti banyak tempat-tempat menarik untuk di ambil gambar. So kat sini nanti boleh aku praktis skill photography aku kan. Kalau setakat camwhoring tu dah biasa ok tapi mengambil nature shoot ni agak payah sket. Nak ambil gambar burung terbang, angsa bergerak kan. Kat sini lah nanti


Adui yai dah panjang lebar plak aku menulis ni la, langsung tak perasan. Nampak nau excited lebih kat ke Lost World of Tambun ni. Memintaklah mamasan Tammy dan SWAT team dapat memilih aku one of the bloggers yang dapat pi ek.

Please please please....


Kena bersiap ni, sediakan bikini, beach flip flop, camera dan fooooood...

Lost World of Tambun, I'm coming tau!

credit photos from www.google.com.my

Friday, August 16, 2013

DRB – HICOM Auto Fest 2013 Sangat Menarik Dan Berinfomatif

Hi Korang,

This is 24 hours sponsored post, scroll down for new entries...

Ingat lagi tak pasal citer aku hari tuh, event DRB-HICOM Auto Fest 2013 kat Penang. La lupa la ek, meh baca jap.


Kalau korang nak tau, lebih 18,000 orang penduduk dari merata Penang dan sekitarnya, mesti orang Taiping, orang Kulim,Sg Petani mai ni kan membanjiri DRB-HICOM Autofest 2013 yang telah pun diadakan di Subterranean Penang International Conference & Exhibition Centre (SPICE). Nama dulunya Penang International Indoor Arena (PISA).  Hah barulah korang boleh ingat kan. Sebelum tuh, DRB-HICOM Auto Fest 2013 ada buat di EON Complex, Glenmarie pada Januari 2013 lepas.

Selama 3 hari diorang berkampung di sana iaitu bermula 28 Jun dan berakhir 30 Jun 2013.





Lebih daripada 10 jenama di bawah DRB-HICOM Group seperti  Audi, Can-am, Honda, Isuzu, Lotus, Mitsubishi, MODENAS, PROTON, Suzuki and Volkswagen turut menyertai dan juga ada presentation daripada mereka kepada orang ramai tentang info-info dan maklumat tentang apa yang ada didalam DRB-HICOM group nie.




Event ini juga disokong oleh badan bukan automotive macam Multi Automotive Services and Assist (MASA) dan DRB-HICOM Leasing (DLSB). Syarikat di bawah DRB-HICOM group synergy seperti PUSPAKOM, ICAM and DRB-HICOM Human Capital turut menyertai booth pameran untuk memberi penerangan mengenai info dan tawaran kepada orang ramai.


PUSPAKOM unit bergerak pun ada, siap bagi pemeriksaan percuma kereta pada mereka yang tiba awal masam event tu. Bagus kan.




Memacamlah aktiviti yang telah pun di sediakan baik dalam dewan mahupun diluar kawasan lapang SPICE ni. Tapi yang paling ramai sekali orang duk pi ialah Lotus Driving Experience dan juga stunt show dari MODENAS. Yelah ko, menda-menda cam ni yang jarang kita dapat tengok ni haruslah best.





Ada gak convoy dari beberapa kelab kereta dari model Suzuki, Proton Inspira, Preve, Exora, Saga, Persona, Satria, Lotus, Mitsubishi Trition Tuners Club dan MODENAS. Kereta-kereta biasa yang dah di make-up kan dan dihias dengan pelbagai jenis hiasan kereta, haruslah menarik hati.



Kat bahagian dalam pulak, ada beberapa aktiviti seperti pameran Mitsubishi G4 concept car, perlancaran model terbaru MODENAS, 118 EFI dan preview Suzuki Jimny. Sedap plak nama kereta ni cam nama orang ek.




Yang bawak anak-anak pun tak bimbang kalau anak-anak boring coz ada colouring contest, main games dan adalah a few things untuk bebudak kecik ni masa time event. Kira anak-anak ada aktiviti, parents pun dapatlah melayan kereta-kereta cantik ni kan.

Tempat concourse area adalah tempat yang paling busy sekali masa event ni, yelah tempat makan tuh. Ada banyak booth makanan tapi yang jadi favourite ialah Burger King, Pizza Hut dan Rasamas. Mestilah fast food kan senang.




Tarikan utama DRB-HICOM Autofest 2013 ni haruslah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah kereta baru Proton SAGA SV dan juga motorsikal MODENAS CTRIC. Pengunjung yang berumur 18 ke atas hanya perlu isikan borang penyertaan untuk join. Sapalah yang beruntung, of courselah bukan aku.

Rugi plak pada sapa yang tak pi hari tuh coz aku dengar banyak special promotion dan deal yang menarik daripada jenama kereta yang buat promotion ni, mesti ada diskaun kaw kaw punyalah.

Ermm kalau tahun depan ada lagi, confirm-comfirm aku tak nak lepaskan. Mesti kena pergi jugak jangan tidak-tidak lagi. Mana tau lucky drawnya makin hebat.

DRB-HICOM Autofest 2014 nanti buat kat KL ek, baru best kan