Hi Korang,
This is 24 hours sponsored post, scroll down for new entries...
Kalau korang nak tau, lebih 18,000 orang penduduk dari merata Penang dan
sekitarnya, mesti orang Taiping, orang Kulim,Sg Petani mai ni kan membanjiri DRB-HICOM Autofest 2013 yang telah pun
diadakan di Subterranean Penang International Conference & Exhibition
Centre (SPICE). Nama dulunya Penang International Indoor Arena (PISA). Hah barulah korang boleh ingat kan. Sebelum
tuh, DRB-HICOM Auto Fest 2013
ada buat di EON Complex, Glenmarie pada Januari 2013 lepas.
Selama 3 hari diorang berkampung di sana iaitu bermula 28 Jun dan berakhir
30 Jun 2013.
Lebih daripada 10 jenama di bawah DRB-HICOM
Group seperti Audi, Can-am,
Honda, Isuzu, Lotus, Mitsubishi, MODENAS, PROTON, Suzuki and Volkswagen turut
menyertai dan juga ada presentation daripada mereka kepada orang ramai tentang
info-info dan maklumat tentang apa yang ada didalam DRB-HICOM group nie.
Event ini juga disokong oleh
badan bukan automotive macam Multi Automotive Services and Assist (MASA) dan
DRB-HICOM Leasing (DLSB). Syarikat di bawah DRB-HICOM group synergy seperti PUSPAKOM, ICAM and DRB-HICOM Human
Capital turut menyertai booth pameran untuk memberi penerangan mengenai info
dan tawaran kepada orang ramai.
PUSPAKOM unit bergerak pun ada, siap bagi pemeriksaan percuma kereta
pada mereka yang tiba awal masam event tu. Bagus kan.
Memacamlah aktiviti yang telah
pun di sediakan baik dalam dewan mahupun diluar kawasan lapang SPICE ni. Tapi
yang paling ramai sekali orang duk pi ialah Lotus Driving Experience dan juga
stunt show dari MODENAS. Yelah ko, menda-menda cam ni yang jarang kita dapat
tengok ni haruslah best.
Ada gak convoy dari beberapa
kelab kereta dari model Suzuki, Proton Inspira, Preve, Exora, Saga, Persona,
Satria, Lotus, Mitsubishi Trition Tuners Club dan MODENAS. Kereta-kereta biasa
yang dah di make-up kan dan dihias dengan pelbagai jenis hiasan kereta,
haruslah menarik hati.
Kat bahagian dalam pulak, ada
beberapa aktiviti seperti pameran Mitsubishi G4 concept car, perlancaran model
terbaru MODENAS, 118 EFI dan preview Suzuki Jimny. Sedap plak nama kereta ni
cam nama orang ek.
Yang bawak anak-anak pun tak
bimbang kalau anak-anak boring coz ada colouring contest, main games dan adalah
a few things untuk bebudak kecik ni masa time event. Kira anak-anak ada
aktiviti, parents pun dapatlah melayan kereta-kereta cantik ni kan.
Tempat concourse area adalah
tempat yang paling busy sekali masa event ni, yelah tempat makan tuh. Ada
banyak booth makanan tapi yang jadi favourite ialah Burger King, Pizza Hut dan
Rasamas. Mestilah fast food kan senang.
Tarikan utama DRB-HICOM Autofest 2013 ni haruslah
cabutan bertuah yang menawarkan hadiah kereta baru Proton SAGA SV dan juga
motorsikal MODENAS CTRIC. Pengunjung yang berumur 18 ke atas hanya perlu isikan
borang penyertaan untuk join. Sapalah yang beruntung, of courselah bukan aku.
Rugi plak pada sapa yang tak pi
hari tuh coz aku dengar banyak special promotion dan deal yang menarik daripada
jenama kereta yang buat promotion ni, mesti ada diskaun kaw kaw punyalah.
Ermm kalau tahun depan ada lagi,
confirm-comfirm aku tak nak lepaskan. Mesti kena pergi jugak jangan tidak-tidak
lagi. Mana tau lucky drawnya makin hebat.
DRB-HICOM Autofest 2014 nanti buat kat KL ek, baru best kan