Hi Korang,
Yeah, bertemu kembali dalam Tips Sayangi Kereta Korang.
Lepas separuh jiwaku pergi, aku sekarang dengan Dak Oren plak. Dak Oren tu kereta baru Alza aku tuh. Ktorang panggil Dak Oren je coz dari jauh dah boleh nampak keorenannya tuh.
Cam biasa, untuk kereta baru ni dia ada peringkat wajib yang kita semua kena service iaitu pada tahap
1,000km
5,000km
10,000km
20,000km
Masa ni korang mesti kena service kat servis centre. Kalau tak, secara automatiknya warranty kereta baru korang akan tamat. Then jangan harap nak dapat tawaran istimewa dari Perodua lah kan.
So time nilah memang kena jaga, tambahan plak masa Mr Big beli kereta ni, ktorang dapat FREE minyak hitam dan oil filter untuk 3 tahun. Kira save sangatlah.
Aku search kat googgle dulu service centre Perodua yang ada kat Bangi ni. Tup-tup ade plak kan, nasib baik tau tempat. Cepat-cepat call untuk book appointment. Settle, lagi 3 hari bolehlah datang untuk first service.
Sesampai je kat tempat ni, terus masuk untuk registration. Pegawai tu terus amik details pasal aku dan details Dak Oren. Kemudian dia terangkan apa yang akan dibuat untuk first time service kereta Alza ni. Biasalah aku ni kan banyak soalan sket, semua menda aku tanya itu yang lama tuh. Ok bagi kunci dan terus duduk kat lounge yang diorang dah sediakan.
Orang menunggu tak sampai 10 orang pun, may be sebab dah petang kan. Kalau pagi mau sibuk tempat ni. Memandangkan WiFi FREE disediakan so seharusnya aku layan internet sepanjang masa menunggu tuh.
Kalau nak buat air pun boleh coz semua di sediakan tapi aku tengok ramai orang main handphone daripada tengok TV drama melayu tuh.
Rasanya tak sampai 1 jam pun aku duduk dalam ni, sekejap benau diorang buat. Siap explain dengan aku apa yang diorang tukar. Alah sket je barang kena tukar sebab tu sekejap je. Ermm not bad gak lah.
Masa dekat cashier tuh, orangnya cuba bagi bil suruh aku sign je langsung tak apa-apa bayaran coz aku termasuk dalam free service. Wah jimat mak temah uols. Lepas duit minyak untuk berjalan raya nanti ek.
Not bad gak for first timer cam aku ni.
Korang yang memana sibuk duk cari tempat untuk service kereta Perodua ni bolehlah hantar ke sini.
Frontline Motor Sdn. Bhd.
No. 7, Jalan P10/21,
Taman Selaman, Seksyen 10,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel : 03-8926 8003
Fax : 03-8926 9060
In terms of harga aku tak berapa sure lah but kira selesalah untuk korang menunggu lama tapi yang penting mesti call buat booking dulu ye. Kalau tidak lagi lama lah korang menunggu.
Itu je, nanti kita sambung citer lagi ek