Thursday, August 15, 2013

Perodua Service Centre Bangi, Tempat Service Kereta Alza

Hi Korang,

Yeah, bertemu kembali dalam Tips Sayangi Kereta Korang.

Lepas separuh jiwaku pergi, aku sekarang dengan Dak Oren plak. Dak Oren tu kereta baru Alza aku tuh. Ktorang panggil Dak Oren je coz dari jauh dah boleh nampak keorenannya tuh.

Cam biasa, untuk kereta baru ni dia ada peringkat wajib yang kita semua kena service iaitu pada tahap

1,000km
5,000km
10,000km
20,000km

Masa ni korang mesti kena service kat servis centre. Kalau tak, secara automatiknya warranty kereta baru korang akan tamat. Then jangan harap nak dapat tawaran istimewa dari Perodua lah kan.


So time nilah memang kena jaga, tambahan plak masa Mr Big beli kereta ni, ktorang dapat FREE minyak hitam dan oil filter untuk 3 tahun. Kira save sangatlah.

Aku search kat googgle dulu service centre Perodua yang ada kat Bangi ni. Tup-tup ade plak kan, nasib baik tau tempat. Cepat-cepat call untuk book appointment. Settle, lagi 3 hari bolehlah datang untuk first service.


Sesampai je kat tempat ni, terus masuk untuk registration. Pegawai tu terus amik details pasal aku dan details Dak Oren. Kemudian dia terangkan apa yang akan dibuat untuk first time service kereta Alza ni. Biasalah aku ni kan banyak soalan sket, semua menda aku tanya itu yang lama tuh. Ok bagi kunci dan terus duduk kat lounge yang diorang dah sediakan.


Orang menunggu tak sampai 10 orang pun, may be sebab dah petang kan. Kalau pagi mau sibuk tempat ni. Memandangkan WiFi FREE disediakan so seharusnya aku layan internet sepanjang masa menunggu tuh. 


Kalau nak buat air pun boleh coz semua di sediakan tapi aku tengok ramai orang main handphone daripada tengok TV drama melayu tuh.


Rasanya tak sampai 1 jam pun aku duduk dalam ni, sekejap benau diorang buat. Siap explain dengan aku apa yang diorang tukar. Alah sket je barang kena tukar sebab tu sekejap je. Ermm not bad gak lah.


Masa dekat cashier tuh, orangnya cuba bagi bil suruh aku sign je langsung tak apa-apa bayaran coz aku termasuk dalam free service. Wah jimat mak temah uols. Lepas duit minyak untuk berjalan raya nanti ek.

Not bad gak for first timer cam aku ni.

Korang yang memana sibuk duk cari tempat untuk service kereta Perodua ni bolehlah hantar ke sini.


Frontline Motor Sdn. Bhd.
No. 7, Jalan P10/21,
Taman Selaman, Seksyen 10,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel : 03-8926 8003
Fax : 03-8926 9060

In terms of harga aku tak berapa sure lah but kira selesalah untuk korang menunggu lama tapi yang penting mesti call buat booking dulu ye. Kalau tidak lagi lama lah korang menunggu.

Itu je, nanti kita sambung citer lagi ek


Wednesday, August 14, 2013

Resipi Triffle Mudah Dan Sedap

Hi Korang,

Tengah musim rumah terbuka ni, elok kiranya kalau dapat buat Triffle sebagai pemanis mulut kan. Yelah tak susah pun buatnya.


Aku belajar buat Triffle mudah dan sedap ni daripada adik-adik ipar aku. Diorang ni kalau bab masak, macam selenge je tapi hebat ooo. Kagum sekejap aku dibuatnya. Masa ni ada makan-makan kat rumah Gemuk, so sempatlah diorang ajar aku.


Bahan-bahan:-

1. Kek Swiss Roll
2. Agar-agar Kristal Jelly brand Nona, senang sket.
3. Fruit Koktel


Cara-caranya:


1. Potong kek Swiss Roll setebal 1cm. Kemudian susun pada mangkuk. Kek mestilah kena tutup seluruh ruang dasar mangkuk tuh. Kalau boleh lagi padat lagi bagus.


2. Amik air koktel tu, siram atas kek yang disusun tadi supaya lapisan kek akan jadi lebih lembut.

3. Masak agar-agar Kristal Jelly tu ikut instruction atas dapur.


4. Buah-buah koktel tu korang susun atas kek tu tadi. Letak sebanyak mungkin abis satu tin pun tak per.


5. Terus je siram agar-agar yang korang dah masak tadi dalam mangkuk Triffle tuh sampai penuh. Kemudian sejukkan dalam fridge, sejuk-sejuk sedap ooo

Hah apmacam? mudah kan.

Itulah aku cakap korang tak caya, mudah dan cepat, yang paling penting sedap.


So inilah dia Triffle mudah dan sedap tuh. Sila abaikan warna purple tu ek coz gemuk salah pilih perisa masa dia pi beli hari tuh. Ada ke perisa grape, sebab tu gelap semacam je kan. Kalau guna perisa strawberry cantik coz warna pink..

Ok ok selamat mencuba

Yang sibuk nak buat OPEN HOUSE tu eloklah korang buat pencuci mulut ni ek... Sedap dan boleh buat bebanyak..

Tuesday, August 13, 2013

Giveaway iSkino Di WWW.CIKLILYPUTIH.COM

Hi Korang,

iSkino merupakan sebuah laman web yang menjual 'casing ' dan 'skin' untuk para pengguna telefon bimbit iPhone, Samsung, Blackberry, Nokia dan banyak lagi gadget-gadget elektronik yang lain.


Antara yang popular termasuklah iPhone, Samsung, Laptop, Tablet, MacBook, BlackBerry dan banyak lagi. Memacam rupa, jenis, bentuk, warna-warni korang boleh pilih. Sampaikan aku sendiri pun rambang mata dibuatnya. Harga ok not bad coz semuanya datang dari oversea tau US.

PEMBELIAN ADALAH SECARA ONLINE

Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 03-62045612


Sukerlah tu bila dah tengok menda yang cantik-cantik ni kan. Tak per nak FREE, meh join GIVEAWAY aku yang mudah ni.

Syarat-syarat untuk join Giveaway nie;-


1. Mestilah follower blog http://www.ciklilyputih.com ni. Alah klik je kat tepi kanan blog ni untuk follow ek. Hanya untuk blogger dalam Malaysia je ye tapi kalau korang yang kat oversea tapi ada address kat Malaysia pun boleh join. Senang sket aku nak hantar kan.


2. Tolong bagitau aku 'KENAPE KORANG NAK SKIN or CASING dari ISKINO' ni. Tulis sepanjang mungkin. Suka hati koranglah nak bagi sebab aku ek.


3. Bila dari siap tulis panjang berjela tuh, sila komen kat entry ni dengan nama dan email sekali ek.


4. Pemenang di pilih berdasarkan komen dan pandangan yang menarik dan sebab yang menarik.

5. Tarikh tutup ermm 20th August 2013.

6. Hadiahnya berupakan 1 skin handphone SAMSUNG (any model) secara PERCUMA dan saguhati mendapat special discount voucher RM10 setiap seorang (10 pemenang). Not bad gak kan.

Jadi apa tunggu lagi, cer cepatlah komen ye..