Friday, July 12, 2013

Dugaan Hari Pertama Puasa

Hi Korang,

Citer ni berlaku kat opis aku on first day puasa.

Biasalah first day puasa, office time pagi tu agak senyap dari biasa. Maybe faktor malas bercakap kot, so hanya boleh dengar bunyi ketukan keyboard je. Bos-bos pun sama, tak bercakap gak macamlah diorg ni puasa kan. Propar sangat tau.

Sunyi dan sepi je

Tup-tup HR Manager aku sampai dari Penang. So aku ingat, dia datang nak uruskan handover job office manager aku dan brief aku some info for my new task. Aku pun tak kisahlah sambung buat kerja cam biasa.

Tengah duk kalut uruskan bos aku punya barang, aku perasan HR Manager tu pi panggil one of the staff, alah ada abang tu dia Senior Engineer kat sini masuk pi meeting room.Oit mesti ada menda baik ni, ermm untunglah abang tu.

Kemudian aku dengar bunyi suara kuat datang dari bilik meeting tuh, macam suara orang bertekak. Makin lama makin kuat, aku pandang budak QS depan aku ni, then dia angkat bahu cam terperanjat gak.

Then abang tu keluar dari bilik tu dalam keadaan marah, siap salam dengan bos-bos aku sambil cakap terima kasih sebab berhentikan dia. Hah, biar betul. Takkan sampai cam tu sekali. Sambil dia kemas barang-barang dia, sambil tu dia membebel yang pasal apa yang jadi tadi.

Lepas dia sign a few letters, terus je dia blah

Aku dengan budak QS tu, tergamam sekejap dibuatnya.

Sampai sekarang ni, aku still tertanya-tanya apa sebab management buat cam tu kat abang tuh. Memang ktorg tengah downsizing the company but untuk staff kat site je maklumlah project banyak dah abis, tapi itu semua contract staff tapi abang ni permanent staff.

Ermm makin pelik dibuatnya.

Apalah nasib abang tu sekarang ni ek, dah lah time puasa nak raya plak lagi kan. Dengan wifenya pregnant, anak 6 orang. Cam ne dia nak settlekan semua ni.


Aku cuma boleh doakan supaya abang tu dapat mengharungi semua ini dengan tabah dan semoga semuanya akan berakhir dengan kegembiraan. Dugaan seperti ini mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan dan bagi aku pasti ada ganjaran menanti bagi yang diuji. Kita mana tau, ini semua kerja Allah.

Bertabahlah

Thursday, July 11, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @CONCORDE Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Second day puasa hari ni, so far so good.


Meh aku sambung lagi pasal ramadhan buffet 2013 yang baru je aku pi last week before puasa di Concorde Hotel, Shah Alam. Orang dah jemputkan, tak baik plak menolak.

So bertemakan Buka Puasa with The Best of Penang & Johor, maknanya seharusnya ada makanan dari Johor dan Penang. Yeah, I like!











Chef Mydin menghidangkan makanan dari Penang dan di antaranya seperti Ayam masak madu, Daging masak hitam, Crab Curry, Udang galah masala, Lamb shank curry dan Fish Head Curry.






Untuk makanan dari Johor, Chef Syahuddin Arshad mengidangkan Nasi ambeng, Mee rebus muar, Laksa Johor, botok-botok dan Nasi Briyani. 















Selain daripada 2 menu ni, pihak hotel menyediakan lebih daripada 100 jenis masakan untuk para tetamu yang berbuka puasa di sini.












Untuk buffet ‘The Best of Penang & Johor’ ni, ianya bermula dari 10hb Julai 2013 hingga 7hb Ogos 2013.

Harga buffet ramadhan di Melting Pot Cafe (Lobby level) dan Grand Ballroom (Level 1) bagi grouping ni adalah

RM89++ untuk dewasa

RM44.50++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

Untuk hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, pihak Impiana menawarkan RM69++ seorang dan buffet bermula dari 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-5512 2200 ext 2440/2406 atau email kepada shah@concorde.net Tempahan di buka sekarang tau.


Jom kita ke

Melting Pot Cafe
Concorde Hotel
No. 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C,
40100 Shah Alam, Selangor
Tel : 03- 5512 2200

Kat Concorde Hotel ni, surau di sediakan dan juga Imam untuk jemaah Isyak dan Terawih juga turut disediakan so tak payah jejauh nak pi solat kat luar ye.

Orang Shah Alam, senang sket korang ek. Tak yah nak kuar jejauh nak buka puasa. Bagi aku choicesnya memang banyak sampai tak tau nak makan yang mana satu dulu.


LIVE UPDATE: Hujan Di Kala Sahur

Hi Korang,

Live Update ni

Aku dah puas tidur on the way balik dari Kuantan malam tadi so now tengah bersahur sambil tengok NCIS. Alah makan roti dan minum susu coklat.

Mudah kan, lagipun MrBig malas nak makan berat-berat nanti jadi letih katanya.

Tengah syiok makan, hujan turun bukan main lebat ni sampai sekarang ni. Dah macam kat Genting Highlands plak rasanya.

Okla itu je nanti...

Selamat Berpuasa Korang, jangan lupa niat puasa ramadhan ye

P/s: nanti aku citer kenape aku balik Kuantan ek..huhuhuhu..