Saturday, July 6, 2013

MIVVA Beauty Box, JUNE Edition : Colourific

Hi Korang,

Agak terlambat rasanya aku citer pasal MIVVA beauty box bagi bulan Jun ni.

Mintak maaf Michelle, aku dah lama draft entry tapi tak jumpa mana plak gambar yang aku dah ambil untuk entry ni. Tui pu chi arr ( sorry in mandarin).


Untuk June edition in bertemakan Colourific. Maknanya berwarna-warnilah apa yang ada dalam kotak cantik ni kan.

Jom tengok apa yang ada dalam MIVVA beauty box untuk bulan ni


1. SKIN 79 MINI ROSE LIP GLOSS - RM 16.90 for 1.1G

Comel sesangat wokeh. Siap dengan cermin kecil lagi. Amat sukakannya. Warnanya pun cantik, tak terang sangat or gelap sangat. Bentuk bunga rose tu, terus aku masukkan dalam handbag tau.


2. LIESE BUBBLE HAIR COLOUR (Raspberry Brown) - RM 38 per box

I wish to use this tapi apakan daya memang tak boleh nak guna. Haruslah mengamuk Mr Big kalau nampak rambut aku berwarna selain daripada hitam kan. Maka dengan itu, akan ada HAIR GIVEAWAY tak lama lagi di blog semput aku ni.


3. BEAUTYMATE BLACK PEARL & CALENDULA OFFICINALIS WHITENING NANO MASK - RM 49.90 for 7 pieces

Ok yang ni, memang kena pakai. Aku suka mask-mask ni. Dapat hilangkan stress bila balik rumah tu kan. Amat menyegarkan muka dan nampak cam kulit tu putih sket kan hehehehhe


4. ENUCA EYE ESSENTIAL QUAD - RM 88

Combination warnanya yang sangat menarik. Shimmering. Di datangkan dalam 3 jenis variasi warna iaitu Amethyst, Sunset dan Smoky. Yang aku dapat ni smoky, tak sabar nak cubalah nanti.


Apa yang aku suka dengan MIVVA Beauty Box ni

1. Untung sesangat. Aku rasa total semua sekali dalam RM200++ cam tu, but kalau subscribe baru RM38 per box. Jimat kan

2. Banyak skincare yang aku jarang dengar namanya, so dapat merasa mencuba kan.

3. Dapat kotak cantik dan FREE. Boleh buat simpan barang-barang comel macam brooch, mask, dan memacam lah

Nak subscribe? Meh ikut instruction kat bawah ni

Subscribe for a month at RM38 each, 
or RM114 for 3 months with 190 points,
or RM228 for 6 months with 570 points.
More information available at www.MIVVA.com

 Facebook: fb.com/MIVVAcom


Memang serious murah lah bagi aku. Barang pun banyak dapat. Saiz kecik-kecik ni senang nak bawak travel. Betul kan.


Friday, July 5, 2013

Buffet Ramadhan 2013 Di ARMADA Hotel, Petaling Jaya

Hi Korang,

Sambung lagi cerita mengenai Ramadhan Buffet di Kuala Lumpur ni.


Now kita ke Utara Coffee House di Armada Hotel, Petaling Jaya. Lama betul tak ke sini, maklumlah PJ ni kan salah satu area yang paling sibuk dalam area Kuala Lumpur ni. Kalau salah timing, dekat 2-3 jam tersangkut dalam jem kat sini.

Hehehehee


Berkonsepkan ‘Selera Ramadhan Ala Kampung’, pihak hotel menyediakan lebih 100 jenis menu masakan ala kampong yang rasanya akan dapat mengimbau kembali nostalgia masakan air tangan mak atau pun nenek kita.






Korang dapat memilih segala makanan bermula dari kerabu, lemang, serunding, aneka jeruk, ulam-ulaman dan juga pelbagai jenis sambal. Oit I like sambal!

Makanan lain? Alah korang layanlah mata dengan tengok gegambar nie k.


















Amboi terus terbuka selera aku sekarang ni, sabo-sabo ek. Ada lagi ni, layan dessert plak.




















Apmacam? terbaek ooo



Untuk buffet ‘Selera Ramadhan Ala Kampung’ feast ni, ianya bermula dari 12hb Julai 2013 hingga 7hb Ogos 2013.

Harga buffet ramadhan di Utara Coffee House ni adalah

RM78++ untuk dewasa
RM54++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas

Lepas tu plak diorang ni ada Pre-Ramadhan Buffet Dinner, kira macam korang boleh pi makan dulu la sebelum bulan Ramadhan, untuk ini cuma RM60++ untuk dewasa dari 24th Jun hingga 11hb Julai 2013.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557.



Jom kita ke

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888

Ye korang, aku rasa perut aku ni dah mula menunjukkan pembesaran 2x ganda kehadapan. Takutnya mak ai, janganlah seluar tak boleh muat nanti. Memintaklah bulan puasa ni kurus sket kan.

Selamat Makan Korang!





Penghilang STRESS Di Pagi Jumaat

Hi Korang,

Dah nak weekend ni, apa lagi yang korang tu tension. Taulah kerja menimbum kan but still kita kena chill out, betul tak?

Of course la betul

So meh aku citer salah satu penyembuh STRESS di kala korang tak de mood manjang tu kan.

Ini dia HUG or Pelukan Mesra.




Bagi aku, ianya memang amat release tension sebab once kita hugging orang yang kita sayang tu secara automatiknya stress tu akan hilang. Kira macam orang tu sedut stress kita tu kan.

Tak semestinya hubby or wife yang korang boleh HUG, kengkawan pun boleh, mak tersayang, adik beradik kan tapi janganlah sesuka nak peluk orang yang bukan muhrim korang plak.

Haram ye, Allah nampak apa yang korang buat tau..


Anyway,

Salam Jumaat & Happy Weekend Korang!