Friday, July 5, 2013

Penghilang STRESS Di Pagi Jumaat

Hi Korang,

Dah nak weekend ni, apa lagi yang korang tu tension. Taulah kerja menimbum kan but still kita kena chill out, betul tak?

Of course la betul

So meh aku citer salah satu penyembuh STRESS di kala korang tak de mood manjang tu kan.

Ini dia HUG or Pelukan Mesra.




Bagi aku, ianya memang amat release tension sebab once kita hugging orang yang kita sayang tu secara automatiknya stress tu akan hilang. Kira macam orang tu sedut stress kita tu kan.

Tak semestinya hubby or wife yang korang boleh HUG, kengkawan pun boleh, mak tersayang, adik beradik kan tapi janganlah sesuka nak peluk orang yang bukan muhrim korang plak.

Haram ye, Allah nampak apa yang korang buat tau..


Anyway,

Salam Jumaat & Happy Weekend Korang!








Wednesday, July 3, 2013

Cara Menghilangkan Kotoran Pada Pakaian Dan Soft Toy Dengan Pencuci VANISH

Hi Korang,

Kita sebagai surirumah  yang senantiasa tak cukup masa nak handle segala jenis kerja kat rumah tu kan, sememangnya tercari-cari cara hilangkan kotoran degil pada pakaian, tips sabun basuh terbaik, tips penjagaan pakaian dan cara untuk buatkan pakaian tak luntur warna.

Betul kan?

Itulah selagi ada jalan mudah, selagi tu lah kite duk cuba kan.


Dan housewife yang tak berapa rajin cam aku ni memilih VANISH

Ye betul, Vanish ni merupakan agen penghilang kotoran degil yang melekat kat pakaian. Bagi aku ianya harum dan tak menjahanamkan tangan aku. Yelah ko, kolar baju Mr Big berdaki ya ampun so aku kena rendam dulu dengan sabun biasa dan kemudian kena sental plak dengan berus baju lepas tu baru masuk dalam washing machine. Memanglah bagus boleh exercise tambahkan muscle kat lengan but masa tu terbuang begitu aje. Kena duk dalam bilik air berjam-jam untuk menyental kotoran degil ni.


Ni aku tunjukkan korang cara menghilangkan kotoran pada bathrobe aku ni dengan Vanish Power O2 Crystal White Fabric Stain Remover + Whitener (500 gram). Ini especially untuk apa jua jenis pakaian yang berwarna putih ye.


Memula nampak kan daki tuh, aku rasa compact powder dan blusher punya angkara ni. Make-up punya make-up terus tercalit kat situ kan.


Basahkan pakaian dulu. Kemudian ambil serbuk Vanish Crystal White Fabric ni dan sapukan di bahagian yang kotor tuh.


Kemudian gosok-gosok manja sket. Sapu sana sapu sini. Rajin sket ye, jangan nak malas plak.


Then barulah di rendamkan kedalam baldi dan tambahkan sedikit lagi serbuk Vanish Crystal White Fabric. Rendam semalaman katanya tapi aku tak yah semalaman pun. Dalam 5-6 jam gituh. 

Toskan bathrobe tu dan masukkan dalam washing machine. Air dalam baldi tu buanglah takkan nak buat mandi plak. Basuh bathrobe cam biasa dan tambah sket lagi serbuk Vanish Crystal White Fabric masa basuh tu.

Hasilnya




Tada…

Bersih dan kotoran degil pun hilang dan harumnya


Ok aku cuba plak basuh soft toy dengan Vanish Power O2 Fabric Stain Remover (500 gram) yang botol bewarna pink tuh. I like pink ye


Tengoklah korang, berdanau hitam piak anak patung ni. Mana taknya letak kat kereta. Asal ada kotor sket dalam kereta bukan lap pakai tisu. Teddy bear ni semua jadi mangsa. Itulah berkeladak sungguh.

Teknik membersih yang sama macam pakaian gak.


Rendam semua anak-anak kecil ni dalam bekas. Penuhkan air dalam bekas tu, biar nampak terendam.




Ambil serbuk Vanish Fabric Stain Remover ni dan sapukan kat kotoran hitam kat soft toys ni.Urut-urut kat tempat yang hitam tu dan rendam semalaman.

Hasilnya selepas basuh dalam washing machine




Hah, putih-putih melati melepak dibuatnya. Dahla putih, wangi mengharum plak tu.


Itulah dia serba sket pasal pembersih kotoran Vanish Power 02 ni. Kira macam Vanish ni menyenangkan kerja-kerja membasuh aku ni. So tak delah masalah lagi kalau ada kotoran degil melekat kat pakaian dah. Lagi plak harganya berpatutan bagi aku RM13.80 sebotol. Tahan lama coz aku pakai sket-sket je.

Kalau korang ada tips ke teknik membasuh baju, boleh kongsikan rahsia korang di website Vanish  ni http://bit.ly/1aIkd2I


Eh, ada lagi ye. Selain daripada kongsikan tips memcuci pakaian korang tu, korang ada peluang untuk memenangi hadiah istimewa seperti TV, mesin basuh, peti sejuk dan memacam lagi lah.


Bukan 3 pemenang je diorang cari malah lebih dari 10 orang. Kira ada chance besar boleh menang ni. Kalau aku, memintaklah menang tak kiralah apa hadiah pun. Rezeki tu semua.


So korang jangan lupa ye, join cepat. Mana tau ada rezeki korang kat sini.


Wordless Wednesday - Hitam Untuk Cantik

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Hah ko hitam berkilat, tepek kat muka.

Demi untuk cantik, apa salahnya. Hitam pun hitamlah bak kata pepatah Hitam itu menawan