Monday, July 1, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Yeah, ada 10 hari lagi untuk sambut bulan Ramadhan kan.


Yesza, ada harapan nak kecikkan pinggang sket. In your dreams jelah Cik Lily oit. Sudah don’t merapu banyak, meh sambung citer pasal senarai buffet ramadhan 2013 di Kuala Lumpur ni.


Kini ni meh aku bawak korang ke Restoran Royale Songket dan Dewan Rebana di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.






Dengan berkonsepkan ‘Sajian Halal Sehenti – Destinasi Berbuka Puasa', pihak hotel ni menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang membuka selera disediakan oleh barisan chef berpengalaman termasuklah Tabooleh, Hummus bu Taheeni, Sashimi, Lemon Couscous with Chicken and bell pepper, Special ‘Gear Box’ soup, Mison soup, Chicken ala King, Steamed snapper filler, Sanma Shioyaki, Ketam goreng berlada rampai sari dan sebagainya.







Antara sajian berbuka yang ‘mesti dicuba’ ialah Daging Rendang Penanggah, Agehan Sukiyaki, Nasi Kuning Diraja, Deep Fried Whole Red Snapper dan juga menu popular kesukaan ramai iaitu Stuffed Whole Lamb Kebbeh with Kabees El Qarnabeet and Moroccan Oozy Rice.










Promosi ramadhan buffet Grand Blue Wave Hotel ni bermula dari 10hb Julai  - 7hb Ogos 2013 dengan pilihan Pakej Al-Kareem dan Pakej Al-Mubarak. Setiap pakej yang ditawarkan berbeza harga dan lokasi serta kadar istimewa untuk Ahlan Ya Ramadhan (tempahan awal 1-10 Ramadhan dan 50 pax ke atas) dan Hujung Minggu / Cuti Umum (1 dewasa berserta 1 kanak-kanak)






Harga buffet ramadhan bagi Pakej Al-Kareem iaitu di Restoran ROYALE SONGKET ialah

RM108++ bagi dewasa

RM60++ bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun)

Harga buffet ramadhan bagi Pakej Al-Mubarak iaitu di DEWAN REBANA pula ialah

RM89++ bagi dewasa

RM50++ bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun)

Ada lagi ni,

Baucer promosi istimewa tempahan awal (early bird) turut dijual pada padar RM110++ dewasa dengan menawarkan PERCUMA  1 Hi-tea baucer.

Selain penyediaan menu-menu sedap, para tetamu bakal diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara langsung dan juga solat Maghrib berjemaah bersama Iman di Musolla yang di khaskan.


Jom kita ke

Restoran Royal Songket & Dewan Rebana
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811

So orang-orang Shah Alam, tak yah susah-susah nak buka puasa jejauh ke KL nun sana kan, kat Shah Alam sendiri pun ada hotel yang sediakan buffet ramadhan ni ye.


Anyway terima kasih Grand BlueWave Hotel for this special invite, memintak ada lagi nanti ek

Ada lagi a few buffet ramadhan yang aku nak pi, nanti aku sambung citer lagi ek.

GAMBAR | Bloggers CUTE di Butterfly Project Posh SPA Party

Hi Korang,

Last weekend aku ke Posh Nail SPA Party anjuran Butterfly Project kat TTDI.

Ya ampun, sangat-sangat awesome partynya coz semua yang attend tu beauty bloggers yang cute miut cun melecun ooo.

Tak caya, meh tengok ni gambo FOTOBOX yang sempat ktorg beramai-ramai camwhore.

mestilah ade muka aku dulu kan

tengok perangai aku, macam giler ahahaha

yeah, moh bergambar lagi

Hah best kan. Memang aku betul-betul seronok, yelah dikelilingi oleh adik-adik yang comel lagi sporting tau. 

Ni bloglink diorang kalau korang nak check it out ye. Kalau nak berkenalan pun boleh gak tapi melalui aku ye ahahah










Ada lagi sebenarnya tapi aku tak ingat plak, nanti kalau ada details aku update ye.

Ok nanti citer lagi, tengah duk tengok RUNNING MAN ni, kang hilang mood aku nak gelak-gelak kan

Anyway,

Happy Monday Korang!

Saturday, June 29, 2013

Projek 'Re-Thinking Actions' Di World Marketing Summit 2013

Hi Korang,

This is Corporate Social Responsibility (CSR) entry


Dalam busy-busy aku ke event makan-makan ni, sempat gak aku ke Projek 'Re-Thinking Actions' World Marketing Summit 2013 di Pusat Sains Negara last week. Projek 'Re-Thinking Actions' merupakan inisiatif 8 buah syarikat untuk menangani salah satu daripada 8 Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) iaitu menjamin kelestarian alam sekitar (MDG7) Bangsa-Bangsa Bersatu.



Seramai 85 orang anak yatim berusia di antara 13 hingga 17 taHun dari seGenap pelusuk Malaysia termasuk 23 oranG dari Miri Sarawak di angkat menjadi hakim bagi program ini.


Berucap di majlis pelancaran projek ini, Dr Marceline Lemarie, Pengerusi WMS2013 berkata 'Terdapat rasional di sebalik pemilihan 85 orang anak yatim sebagai hakim kerana di semua pasaran, mereka ini adalah pihak paling 'neutral jenama' dan lazimnya tidak berlalu terdedah atau terlibat dengan aktiviti promosi pelbagai jenama. Selaku konsumer masa depan, kami berharap agar anak-anak yatim ini memahami konsep jenama baik dan perbadanan baik'.

Masa diorang masuk dewan tuh, rasa hiba seketika tengok anak-anak yatim ni, yelah mengenangkan nasib diorg ni kan but still nampak diorg ni cam tabah je. huhuuu



Projek 'Re-Thinking Actions' bertujuan  untuk menggalakkan konsumer masa depan Malaysia untuk menyertai pembangunan inisiatif-inisiatif CSR pelbagai perniagaan sambil mendidik mereka mengenai kepentingan memikirkan semula tindakan mereka yang memberi impak kepada alams sekitar.




Bila penyanyi Zainal Abidin yang femes dengan lagu 'Hijau' tu mula bercerita mengenai kehidupannya masa kecil, anak-anak ni begitu kyushuk mendengarnya. Dengan aku sekali jadi seronok tau.


Projek 'Re-Thinking Actions' ini mendapat liputan meluas serta sumbangan besar dari Pusat Sains Negara, Petronas, Staedtler, F&N, Volkwagen Malaysia, Manoah Consulting, Alcom, BMI, Columbia Asia, Jim Liaw Photography, AOS Conventions & Events, Dream Asia dan Asian Football Confederation.


Untuk maklumat lanjut mengenai Summit atau pendaftaran dan peluang penajaan, sila layari http://wmsmalaysia.org/