Thursday, June 27, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @ Palace of the Golden Horses Hotel, MINES

Hi Korang,


Yeah, meh kita sambung citer lagi pasal ramadhan buffet food review ni.


So kali ni kita ke Carousel International Coffeehouse  di Hotel Palace of the Golden Horses serta Abdul & Charlie’s Coffeehouse di Hotel Mines Wellness ,MINES. Ini kira second time aku ke sini. Last year pernah ke sini gak untuk buffet ramadhan 2012. Hotel di tepi tasik dan dikelilingi padang golf yang menghijau










Seindah namanya buffetnya ‘Lambaian Desa’, pihak PGH menghidangkan masakan juadah buffet tempatan dan tradisional berserta dengan gerai-gerai ‘live-action’ yang aku rasa memang dapat menambat perut korang yang tengah lapar tu kan.

Apalagi, meh lah tengok apa yang di hidangkan ye























Ada gak persembahan Ghazal Band wokeh, so sambil makan sambil berdendang sayang la korang kan. By the way, penyanyinya sedap bukan main sedap tau















Untuk buffet ‘Lambaian Desa’ feast ni, ianya bermula dari 10hb Julai 2013 hingga 7hb Ogos 2013.

Harga buffet ramadhan di Carousel International Coffeehouse ni adalah

RM98++ untuk dewasa

RM49++ untuk kanak-kanan (5 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas

Untuk 3 hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, pihak PGH menawarkan 30% diskaun tau. SPECIAL RATE for group booking kalau lebih dari 30 orang. FREE DINING untuk seorang bagi 10 guest berbayar dan ada 20% OFF untuk tempahan awal sebelum 8 Julai 2013.

Ok satu lagi, complimentary parking so maknanya parking FREE tau.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8944 3781 atau pun email je ke rsvngroup@pgh.mines.com.my


Jom kita ke

Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor
Tel      : 60 3 8943 8811
Eh lupa nak bagitau, setiap orang dewasa yang menjamu selera di Carousel International Coffeehouse sepanjang tempoh bulan Ramadhan ni, pihak PGH akan menyumbangkan RM1 kepada Rumah Nur Hikmah iaitu sebuah pusat yang menyediakan makanan, tempat tinggal, pendidikan dan program-program rekreasi untuk anak-anak yatim yang berumur 18 tahun ke bawah.


Kira macam korang sambil makan sambil menderma di bulan ramadhan ni kan.. 

Ermm bagus gak diorg buat cam ni kan, at least ada inisiatif bagi mengingati mereka yang kurang bernasib baik ni



Tuesday, June 25, 2013

Samsung ‘Get-To-Know’ Bloggers Gathering

Hi Korang,

Dalam sibuk kesana kemari dengan food review, sempat gak aku attend Samsung ‘Get-To-Know’ Bloggers Party ni. Event di adakan dekat The Pool, Jalan Ampang. Nasib baik dah tau tempat, kalau tak sesat ooo



Aku di antara bloggers yang sampai awal, so lepas registration dengan dapat gelang thumbdrive Samsung, thanks Yuki tau terus aku ke Photo Booth yang telah disediakan ni.








Nasib baik ada Yana, Kidd, Hazman dan Issac masa tu, so bercamwhoring sakan lah. Props plak cantik-cantik dan cute-cute. Ok bergambar sakan coz orang belum ramai lagi, sudahnya melambak-melambak gambar ktorg ni.



Masuk kat area dalam The Pool ni, memang cantik set-upnya semuanya mengikut warna logo Samsung, biru dan putih lah. Sementara nak tunggu orang lain sampai, ktorg lepak-lepak kat dalam sambil bercamwhoring lagi.


Event start dalam kul 8.15malam cam tu, MC malam tu DJ Linora, seksi tau dia dan cantik. As usual tukang host Mr Donovan Chan kasi some speech sket. 


Kemudian ktorg diperkenalkan orang kuat Samsung Malaysias Brand Managers, dari team mobile phone, notebook, electronic appliances, camera dan memacam lagi, ada yang aku kenal coz selalu jumpa kat event kan.


Cam biasa, ada sket presentation dari diorg punya Social Media team yang memperkenalkan ktiorg beberapa campaign Samsung yang quite innovative aku rasa.



Abis tu makan lah kan, yeah makan sampai kenyang. Sedap gak makanan yang di hidangkan mushroom soup dia pekat sungguh tapi lazat.


Kemudian ada aktiviti Samsung TecTiles dengan menggunakan NFC enabled phone. Ktorg ni kena guna NFC untuk downloas Samsung TecTiles Android app, dengan cara ON kan NFC dalam smartphone memasing dan just tap je phone tu kat 5 poster yang ada di serata club ni

So ktorg kena sampaikan 2 daripada 5 message yang terdapat di setiap poster tuh so dapatlah hadiah sticker TecTiles ni. Aku dapat ape? Langsung tak la coz aku dah ade kat umah hehehhe, dapat masa pi S4 workshop hari tuh.

Aku tak tunggu sampai abis tu event coz takut nak balik Bangi sengsorang memalam kan. Eh, keselamatan mesti kena jaga kang jadi apa-apa aku gak yang susah kan.


Anyway, terima kasih Don, Yuki and Manoah Consulting dan juga Samsung Malaysia for this special event. Dapat gak aku kenal diorg ni dengan lebih rapat lagi, mana tau kot-kot ada projek baik daripada diorg ni kan.



Apa-apa pun I enjoyed camwhoring that night! Hehehhe


p/s : Don, silalah bagi aku camera Samsung untuk direview ye, tengoklah gambo aku semua kureng kan...Kalau kasi terus pun lagi syiok kan. hahahahaaha