Wednesday, June 26, 2013
Tuesday, June 25, 2013
Samsung ‘Get-To-Know’ Bloggers Gathering
Hi Korang,
Dalam sibuk kesana kemari dengan food review, sempat gak aku attend Samsung ‘Get-To-Know’ Bloggers Party ni. Event di adakan dekat The Pool, Jalan Ampang. Nasib baik dah tau tempat, kalau tak sesat ooo
Aku di antara bloggers yang sampai awal, so lepas registration dengan dapat gelang thumbdrive Samsung, thanks Yuki tau terus aku ke Photo Booth yang telah disediakan ni.
Nasib baik ada Yana, Kidd, Hazman dan Issac masa tu, so bercamwhoring sakan lah. Props plak cantik-cantik dan cute-cute. Ok bergambar sakan coz orang belum ramai lagi, sudahnya melambak-melambak gambar ktorg ni.
Masuk kat area dalam The Pool ni, memang cantik set-upnya semuanya mengikut warna logo Samsung, biru dan putih lah. Sementara nak tunggu orang lain sampai, ktorg lepak-lepak kat dalam sambil bercamwhoring lagi.
Event start dalam kul 8.15malam cam tu, MC malam tu DJ Linora, seksi tau dia dan cantik. As usual tukang host Mr Donovan Chan kasi some speech sket.
Kemudian ktorg diperkenalkan orang kuat Samsung Malaysias Brand Managers, dari team mobile phone, notebook, electronic appliances, camera dan memacam lagi, ada yang aku kenal coz selalu jumpa kat event kan.
Kemudian ktorg diperkenalkan orang kuat Samsung Malaysias Brand Managers, dari team mobile phone, notebook, electronic appliances, camera dan memacam lagi, ada yang aku kenal coz selalu jumpa kat event kan.
Cam biasa, ada sket presentation dari diorg punya Social Media team yang memperkenalkan ktiorg beberapa campaign Samsung yang quite innovative aku rasa.
Abis tu makan lah kan, yeah makan sampai kenyang. Sedap gak makanan yang di hidangkan mushroom soup dia pekat sungguh tapi lazat.
Kemudian ada aktiviti Samsung TecTiles dengan menggunakan NFC enabled phone. Ktorg ni kena guna NFC untuk downloas Samsung TecTiles Android app, dengan cara ON kan NFC dalam smartphone memasing dan just tap je phone tu kat 5 poster yang ada di serata club ni
So ktorg kena sampaikan 2 daripada 5 message yang terdapat di setiap poster tuh so dapatlah hadiah sticker TecTiles ni. Aku dapat ape? Langsung tak la coz aku dah ade kat umah hehehhe, dapat masa pi S4 workshop hari tuh.
Aku tak tunggu sampai abis tu event coz takut nak balik Bangi sengsorang memalam kan. Eh, keselamatan mesti kena jaga kang jadi apa-apa aku gak yang susah kan.
Anyway, terima kasih Don, Yuki and Manoah Consulting dan juga Samsung Malaysia for this special event. Dapat gak aku kenal diorg ni dengan lebih rapat lagi, mana tau kot-kot ada projek baik daripada diorg ni kan.
Apa-apa pun I enjoyed camwhoring that night! Hehehhe
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
clubbing
,
Event
,
GADGET
,
Get to know bloggers
,
jalan ampang
,
product review
,
Samsung Malaysia
,
Samsung party
,
Samsung TecTiles
,
The Pool
at
12:00 PM
4 comments
:
Maju Home Concept Store Kini di Puchong
Hi Korang,
Ahad yang berjerebu lepas, tak menghalang aku untuk ke pembukaan rasmi Maju Home Concept ni.
Sebelum ni aku pernah perasan kedai yang berkonsep ‘One Stop Furniture Mall’ ni di Setapak. Now kini dibuka di Puchong plak. Rupanya Maju Home ni dibuka pada tahun 1987 di Kuala Lumpur, hah betul lah outlet yang aku nampak tu kan.
Ermm mesti good business kan.
Biasanya kalau family business memang berkembang dengan cepat coz ramai pelanggan setia dah kenal so lagi senang nak berurusniaga.
Konsep ‘One Stop Furniture Mall’ yang unik ini memanfaatkan para pelanggan, dari segi harga yang berpatutuan dan pilihan yang buat aku rambang mata. Selain itu, para pelanggan dapat memilih perabot dan perkakas rumah mereka, sebagaimana mereka menjangka perabot pilihan mereka akan kelihatan di rumah sendiri. Kira macam korang boleh imagine, nak letak sofa kat mana, meja makan kat mana kan.
Upacara perasmian di mulakan dengan Tarian Singa, sebelum Pengarah Urusan Maju Home Concept, En Low berkongsi sepatah 2 kata dalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan semenjak syarikat ini mula-mula beroperasi.
“Kami sentiasa percaya bahawa persefahaman kukuh dengan para pembekal tempatan adalah penting kerana kami mempercayai kualiti parabot buatan Malaysia. Ini membolehkan kami memantau kos operasi kami dan terus menawarkan harga yang paling menarik kepada pelanggan kami“, kata En Low.
Maju Home Concept ni merupakan Mall 3 tingkat yang menawarkan pelbagai pilihan perabut, perhiasan dan perkakasa rumah, termasuk langsir, kabinet dapur, perkakas dapur dan bilik mandi, sofa, lampu, perabot pilihan, perabut kanak-kanak serta perabot pejabat. Stor ini juga menawarkan antara pilihan perkakas kamar tidur yang terbesar di Lembah Klang, termasuk pilihan tilam yang pelbagai.
Korang yang tengah sibuk cari perabot untuk Hari Raya nanti ni, boleh lah ke
Wisma LKT PT35200
Persiaran Subang Damai (off LDP),
Subang Jaya, Selangor
Kalau nak tau more details mengenai Store Puchong ni boleh hubungi 03- 8068 3661 ye untuk pertanyaan.
So apalagi, meh lah lekas. Aku pun rambang mata sungguh dibuatnya. Dan dan tu jugak nak tukar perabot kan.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
cara pilih perabot rumah
,
Event
,
grand opening
,
Maju Home Concept
,
malay lifestyle blogger
,
Media launching
,
one stop furniture mall
,
Puchong store
,
sinki yang bersesuaian dengan dapur
at
12:00 AM
3 comments
: