Tuesday, June 25, 2013

Maju Home Concept Store Kini di Puchong

Hi Korang,

Ahad yang berjerebu lepas, tak menghalang aku untuk ke pembukaan rasmi Maju Home Concept ni.


Sebelum ni aku pernah perasan kedai yang berkonsep ‘One Stop Furniture Mall’  ni di Setapak. Now kini dibuka di Puchong plak. Rupanya Maju Home ni dibuka pada tahun 1987 di Kuala Lumpur, hah betul lah outlet yang aku nampak tu kan.

Ermm mesti good business kan.


Biasanya kalau family business memang berkembang dengan cepat coz ramai pelanggan setia dah kenal so lagi senang nak berurusniaga.








Konsep ‘One Stop Furniture Mall’ yang unik ini memanfaatkan para pelanggan, dari segi harga yang berpatutuan dan pilihan yang buat aku rambang mata. Selain itu, para pelanggan dapat memilih perabot dan perkakas rumah mereka, sebagaimana mereka menjangka perabot pilihan mereka akan kelihatan di rumah sendiri. Kira macam korang boleh imagine, nak letak sofa kat mana, meja makan kat mana kan.





Upacara perasmian di mulakan dengan Tarian Singa, sebelum Pengarah Urusan Maju Home Concept, En Low berkongsi sepatah 2 kata dalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan semenjak syarikat ini mula-mula beroperasi.


“Kami sentiasa percaya bahawa persefahaman kukuh dengan para pembekal tempatan adalah penting kerana kami mempercayai kualiti parabot buatan Malaysia. Ini membolehkan kami memantau kos operasi kami dan terus menawarkan harga yang paling menarik kepada pelanggan kami“, kata En Low.







Maju Home Concept ni merupakan  Mall 3 tingkat yang menawarkan pelbagai pilihan perabut, perhiasan dan perkakasa rumah, termasuk langsir, kabinet dapur, perkakas dapur dan bilik mandi, sofa, lampu, perabot pilihan, perabut kanak-kanak serta perabot pejabat. Stor ini juga menawarkan antara pilihan perkakas kamar tidur yang terbesar di Lembah Klang, termasuk pilihan tilam yang pelbagai.










Korang yang tengah sibuk cari perabot untuk Hari Raya nanti ni, boleh lah ke


Maju Home Concept Mall
Wisma LKT PT35200
Persiaran Subang Damai (off LDP),
Subang Jaya, Selangor

Kalau nak tau more details mengenai Store Puchong ni boleh hubungi 03- 8068 3661 ye untuk pertanyaan.


So apalagi, meh lah lekas. Aku pun rambang mata sungguh dibuatnya. Dan dan tu jugak nak tukar perabot kan.


Monday, June 24, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @ IMPIANA Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Yeah, meh kita sambung citer lagi pasal ramadhan buffet food review ni.


So kali ni kita ke Tonka Bean Cafe di Impiana Hotel, Kuala Lumpur. Ini pun kira first time aku ke sini. Nampak moden hotelnya, sesuailah dengan lokasi di tengah-tengah bandaraya KL ni kan.


So tema buffetnya adalam ‘Santapan Ramadhan’. So seharusnya makanan pun semegah temanya kan.

Apalagi, meh lah tengok apa yang di hidangkan ye




















Haruslah menarik kan. Semuanya nampak enak dan lazat.




Yang best tu ada 18 jenis perisa ais krim BASKIN ROBBINS di sudut pemanis mulut. Ya ampun, kalau fikir-fikir boleh senak perut dibuatnya dengan hidangan makanan yang sungguh enak ni.







Untuk buffet ‘Santapan Ramadhan’ feast ni, ianya bermula dari 10hb Julai 2013 hingga 7hb Ogos 2013.

Harga buffet ramadhan di Tonka Bean ni adalah

RM108++ untuk dewasa
RM54++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 55 tahun ke atas

Untuk hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, pihak Impiana menawarkan RM98++ seorang dan buffet bermula dari 6.30 petang hingga 10.00 malam

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2147 1111 ext 3034 atau 3035.

Selain daripada itu, ada gak persembahan tradisional Ghazal secara live band. Jadi bolehlah berdendang sayang lah korang sambil buka puasa.

Jom kita ke


Tonka Bean Cafe
Impiana KLCC Hotel
13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel      : 60 3 2147 1111 Ext. 3315
Website:  www.impiana.com

Eh lupa nak bagitau, majalah pengantin Ratu Sehari tu berkolobrasi dengan Impiana Hotel ni sebagai majalah rasmi untuk bulan Ramadhan ni. Jadi majalah issue Vol. 18 akan memberikan 20% off untuk Ramadhan buffet 2013 ni dalam bentuk kupon. Baik beli majalah ni, dapat harga murah sket.


P/s : mintak maaf gambar tak berapa cantik sket sebab aku lambat sampai ke hotel ni jalan jem nak masuk KL ye. So bila dah malam lighting camera plak kurang cantik dan orang ramai ambil makanan so aku tak leh nak concentrate sket lah… J