Hi Korang,
Yeah, meh kita sambung citer lagi pasal ramadhan buffet food review ni.
So kali ni kita ke Tonka Bean Cafe di Impiana Hotel, Kuala Lumpur. Ini pun kira first time aku ke sini. Nampak moden hotelnya, sesuailah dengan lokasi di tengah-tengah bandaraya KL ni kan.
So tema buffetnya adalam ‘Santapan Ramadhan’. So seharusnya makanan pun semegah temanya kan.
Apalagi, meh lah tengok apa yang di hidangkan ye
Haruslah menarik kan. Semuanya nampak enak dan lazat.
Yang best tu ada 18 jenis perisa ais krim BASKIN ROBBINS di sudut pemanis mulut. Ya ampun, kalau fikir-fikir boleh senak perut dibuatnya dengan hidangan makanan yang sungguh enak ni.
Untuk buffet ‘Santapan Ramadhan’ feast ni, ianya bermula dari 10hb Julai 2013 hingga 7hb Ogos 2013.
Harga buffet ramadhan di Tonka Bean ni adalah
RM108++ untuk dewasa
RM54++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 55 tahun ke atas
Untuk hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, pihak Impiana menawarkan RM98++ seorang dan buffet bermula dari 6.30 petang hingga 10.00 malam
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2147 1111 ext 3034 atau 3035.
Selain daripada itu, ada gak persembahan tradisional Ghazal secara live band. Jadi bolehlah berdendang sayang lah korang sambil buka puasa.
Jom kita ke
Tonka Bean Cafe
Impiana KLCC Hotel
13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 60 3 2147 1111 Ext. 3315
Website: www.impiana.com
Eh lupa nak bagitau, majalah pengantin Ratu Sehari tu berkolobrasi dengan Impiana Hotel ni sebagai majalah rasmi untuk bulan Ramadhan ni. Jadi majalah issue Vol. 18 akan memberikan 20% off untuk Ramadhan buffet 2013 ni dalam bentuk kupon. Baik beli majalah ni, dapat harga murah sket.
P/s : mintak maaf gambar tak berapa cantik sket sebab aku lambat sampai ke hotel ni jalan jem nak masuk KL ye. So bila dah malam lighting camera plak kurang cantik dan orang ramai ambil makanan so aku tak leh nak concentrate sket lah… J