Sunday, June 23, 2013

Best Shopping Di Havaianas

Hi Korang,

Ingat lagi tak entry aku pasal Why I want a Havaianas!

Yang tu lah..

Rupanya aku salah seorang di antara 30 beauty bloggers yang menang flip flop Havaianas ni ka. Yesza, sangat-sangat gembira betu la. Sandal FREE gituh kan.


So sabtu lepas, abis event DOVE terus je aku ke Pavillion untuk outlet Havaianas ni, ya ampun ramai betul orang kat shopping mall kat Bukit Bintang ni tapi senang plak dapat parking, so cepat-cepat naik tingkat 3.


Orang boleh tahan ramai gak but still ada amoi comel yang sudi melayan aku. 



Lepas tunjukkan email tu, so dia pun tunjukkan yang mana satu aku boleh pilih. Memang banyak betul pilihan flip flop yang menarik, cantik dan funky dalam Havaianas ni. Rambang mata di buatnya.


Akhirnya dapat gak aku pilih di antara 4 warna tuh

Nak tengok?

Nanti aku tunjuk masa SPA Party tu ek..


Anyway terima kasih pada The Butterfly Project team yang sudi memilih aku sebagai salah seorang pemenang. Ishk tak sabar sungguh nak pakai flip flop yang awesome ni la..


Terima kasih The Butterfly Project dan Havaianas. I love you lah..





Saturday, June 22, 2013

L.U.L Penyakit Wanita Berumur Masa Kini

Hi Korang,

LUL tak sama dengan LOL ye, its totally different.

Light Urinary Leakage (LUL) atau Lemak Kawalan Kencing memang salah satu daripada penyakit wanita berumur macam aku ni. Kira macam dah jadi trend plak kan penyakit ni. Nampak macam simple tapi ermm payah nak cakap lah.


Wah kelas sungguh ayat kan. Kekonon nak menulis cam wartawan tapi habuk pun tarak. Hehehe..Ok ni aku nak citer sket pasal workshop yang sempat aku hadiri anjuran Poise mengenai L.U.L ni di Aloft Hotel kat KL Sentral tuh.


Cam biasa register dulu, then kemudian main game sementara tunggu orang lain sampai dan event start. Aku main 2 game dan menang hadiah gak lah, apa lagi barangan Poise lah.

Di samping tu dah gak kawan baru, dapat kenal dengan tokeh kek lapis Sarawak best gak, confirm2 aku dah dapat diskaun dah untuk promote product dia hehehe..


Speaker pada hari tu ialah Dr. Seri Suniza Sufian, Consultant Obstetrician and Gynecologist, Dr. Hariyati Shahrima Abdul Majid, Clinical Psychologist and Asst. Professor of Psychology, Neng Shahidah Sabullah, Women’s Health,  Physiotherapist; Jasmine Loh (Asst Brand Manager),  Kimberly-Clark Malaysia, tak ketinggalan juga DUTA Poise, Raja Azura.



Ok meh kita recap sket pasal LUL ni ye

Apa itu Lemah Kawalan Kencing (LUL)?

Ianya merupakan masalah kesukaran mengawal pengeluaran air kencing di mana otot lantai pelvik wanita menjadi lemah sehingga tidak cukup kuat untuk menahan air kencing daripada mengalir keluar.


Bergerak sket je, tup-tup nak ke toilet dengan tak sempat-sempat, itulah dia LUL

Punca terjadinya Lemah Kawalan Kencing ni?

Batuk, ketawa,bersin,  usia meningkat, ketidakseimbangan hormon dan sewaktu mengandung


Ada ubat?

Langsung tak de. Kita kena belajar control pengawalan kencing tuh dengan senaman pelvic floor muscle dan juga menggunakan tuala wanita yang bersesuaian.


Rangkaian Poise yang terbaru ni di perkaya dengan pati semulajadi aloe vera dan vitamin E yang lama diketahui dapat melindungi kulit dari keradangan. Ianya direka dengan teras penyerapan-ultra untuk menyerap 2x ganda lebih cecair dan teknologi nyah bau untuk menghalang 2 masalah terbesar yang dihadapi oleh wanita yang mengalami LUL iaitu kebasahan dan bauan.


Sempat belajar senaman Kegel. Menarik senamannya, sambil duduk pun dah boleh buat.


Terima kasih pada Poise yang sudi menjemput aku ke informative workshop ni, hopefully kalau ada event sebegini dapatlah jemputan lagi ye.

Kita orang pompuan ni kena banyak berjaga-jaga, lebih-lebih bila usia meningkat. Ingat tu tau..

Friday, June 21, 2013

Powerbank PME MX-50 ‘PINK’ Menawan Hati

Hi Korang,

sila hiraukan muka mata panda tu ek, eyebag takut ooo

Ada orang kat opis aku ni still tak tau POWERBANK tu ape, cian kan. Nak tak nak aku explain sket kat dia. Maklumlah abang tu cam buta IT sket. So aku suruh dia baca aku entry aku ni


Apa itu POWERBANK?

Ianya merupakan satu gadget /aksessori yang digunakan untuk mengecas smartphone, camera, ipad, tablet. Maknanya kita tak perlu nak risau kalau travel kemana-mana tak kisahlah pi pasar ke shopping ke, ada meeting luar ke kan. Kira macam external battery gitu. Bagi aku senang nak bawa pi memana masuk je dalam poket ke, handbag ke.


Power PME MX-50 yang aku ada ni merupakan powerbank paling slim sekali yang ada dalam market iaitu 8.8mm, keluaran dari Denmark dan Powerbank ini support segala jenis device dari keluaran Apple dan device yang ada micro USB macam Samsung, HTC, Blackberry. So 1 Powerbank untuk 2-3 gadget, jimat sket duit.

set ada kat dalam kotak powerbank ni

Ada 4 warna, hitam, putih, biru dan pink. Designnya cantik kan, simple je sesuai dengan orang-orang macam aku yang suka on the go ni kan.


nampak tak bateri berjalan, tengah charge la tu

Macam Powerbank PME ‘Pink’ ni powernya sebanyak 5,000 mAh. So bolehlah kalau nak caj smartphone biasa-biasa dapat 2-3 caj penuh sebelum kita caj balik Powerbank tu kan. Ikut kapasiti lah Powerbank tu sendiri. Lagi besar kapasiti lagi banyak kali korang boleh guna.

ni tengah charge powerbank ni kat PC

Kat mana nak dapatkan Powerbank Slim Lite ‘PINK’ ni

Korang boleh check it out di www.juztshop.com . Kat website ni ada macam-macam barangan IT dan gadget boleh di beli secara online, yang latest tau. Diorang ni pun ada gak menjual barangan produk dari Jepun, barangan kecantikan, keperluan dapur, kids item dan memacam lah.

tengok register je dan ada diskaun

Bagi Ambank credit card user, juztshop ni menawarkan skim ansuran mudah 0%. Gerek tu kan.

So apa lagi, moh lah check it out www.juztshop.com ye

Aku tengok banyak lagi barang yang syiok2 ada kat website ni ek, ni yang rasa nak mengabiskan duit ni...

Siapa yang tak de Powerbank tu, silalah beli satu, senang kan korang gak la...