Wednesday, June 19, 2013

Chill With Awal Ashaari & Liyana Jasmay

Hi Korang,

Ingat senang ke nak lepak dengan artist ni?


Kalau dengan retis blogger pun dah susah nak jumpa inikan plak artis kan.

Thanks to Samsung sebab mempertemukan ktorg bloggers ni dengan 2 orang DUTA Samsung S4 ni iaitu Awal Ashaari dan Liyana Jasmay.


Masa launching Samsung S4 hari tuh, memang tak sempat nak tanya pasal S4 ni kat diorg so now here’s the chance. Tak ramai pun yang blogger yang hadir cuma ada Shakkido, Ruby TV, Yana, Sidney, Cipot dan Ayna.



Apa lagi, terkeluar semua soalan  mengenai Samsung S4, soalan panas, soalan sejuk, pasal karier, pasal life dan memacam lah. Diorang memang funny giler, gelak tak abis-abis.


Awal sukakan function Group Play dalam S4 ni, sampai dia ajak ktorg play with it. Gather sesiapa yang guna S4 dan share 1 lagu and play in same time but different phone. 


Liyana plak sukakan Dual Camera function dalam S4 ni, dia kata senang nak amik gambar. Depan belakang semua boleh masuk dalam frame.




Memang seronoklah dapat borak-borak dengan diorg ni, memacam menda aku dapat tau pasal kisah hidup diorang, pasal hari raya pun boleh citer gak tau.




Anyway thanks to Samsung coz bagi chance kat ktorg untuk chill dengan Awal Ashaari dan Liyana Jasmay. 

Hopefully ada lagi peluang sebegini lagi la ye




Wordless Wednesday – Main Conteng-Conteng

Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week


Hehehe
Buat apa tuh?

Main conteng-conteng ek

ehehehehee..


Tuesday, June 18, 2013

Makan Japanese Food Di Restoran Jepun Agehan, Grand BlueWave Hotel

Hi Korang, やあみんな

Ingat senang ke cari Japanese food yang purely HALAL dalam hotel  kat area KL ni.

Ada tu ada but tak sepenuhnya HALAL tau.


Bila Achiek dari Grand BlueWave Hotel, Shah Alam ajak pi review Japanese Food kat Restoran AGEHAN ni aku terus je kata OK. Yelah bukan senang nak pi makan Japanese food kat hotel ye, lagi pulak 100% HALAL dalam hotel bertaraf 5 bintang di Malaysia ni.


Ada jugak blogger yang lain hadir majoritinya FOOD Blogger kan, macam diorang kat gambar ni.



Once jejak kaki je kat restoran ni dah rasa macam kat Jepun dah. Dekorasinya memang berkonsepkan Jepun. Ala elemen-elemen Jepun di terapkan, susun atur meja kerusi semua ala Jepun lah. Meja kitorg bukan main panjang lagi, maklumlah ramai kan.


Ktorg sempat gak tengok tayangan video majlis penyerahan sijil Halal Restoran Jepun Agehan yang telah diadakan pada 16 Mei lalu yang di sempurnakan oleh YBhg Dato’ Hj. Marzuki Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada Pengurus Hotel GBWHSA, Tn Hj Mohd Ghazali Sayed Ibrahim.

Ktorg dihidangkan dengan BENTO


Bento ni merupakan satu hidangan yang common dalam Japanese Cuisine. Dihidangkan di dalam kotak yang ada nasi, ikan atau daging, sayur, acar dan memacam lagi lah. Selalu Bento ni disediakan untuk bekalan macam tapau gituh lah.

Kemudian ada juga hidangan Tempura.


Tempura ni berupa makanan laut, sayur-sayuran yang dicelup ke dalam adunan tepung terigu dan kuning telur yang di cairkan dengan air sejuk yang kemudiannya di goreng secara deep fry sehingga warna kekuningan.


Ada Miso Soup yang panas lagi enak untuk dihirup

Sashimi pun ada la


Sashimi ni merupakan makanan laut yang dihidangkan secara mentah di makan begitu sahaja dengan kicap masin, jeruk dan wasabi. Tapi kat sini, diorang asapkan / di salai  dulu or smoked sebelum dihidangkan.


Last sekali lagi  Green Tea Ice-Cream, memang famous kalau pi makan kat restoran Jepun, diorang hidangkan dessert ni. Sedap ada rasa mint sket.

Ok samsung citer pasal Restoran Agehan ni sket lagi ek






Antara tawasan sajian yang ada termasuklah ‘All You Can Eat’ buffet makan tengahari dan malam pada harga RM69.00++ dewasa (15% diskaun warga emas dan kanak-kanak), menu makan malam harian istimewa berharga RM25.00++, seleksi sajian A La Carte dan juga menu pilihan promosi bulanan.


Nak singgah ke sini, meh lah

Restoran Jepun Agehan
Aras 1A,
Grand Blue Wave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5511 8811 ext 2623

Opening hours  : 11.30pagi – 2.30petang (lunch)
                        : 6.00petang – 10.30 malam (dinner)


Terima kasih kat Achiek coz sudi mengajak ktorg mencuba makanan jepun kat sini. At least bertambah lagi experience baru dalam duni makanan Jepun ni kan.

Jemput makan korang!