Wednesday, June 19, 2013
Tuesday, June 18, 2013
Makan Japanese Food Di Restoran Jepun Agehan, Grand BlueWave Hotel
Hi Korang, やあみんな
Ingat senang ke cari Japanese food yang purely HALAL dalam hotel kat area KL ni.
Ada tu ada but tak sepenuhnya HALAL tau.
Bila Achiek dari Grand BlueWave Hotel, Shah Alam ajak pi review Japanese Food kat Restoran AGEHAN ni aku terus je kata OK. Yelah bukan senang nak pi makan Japanese food kat hotel ye, lagi pulak 100% HALAL dalam hotel bertaraf 5 bintang di Malaysia ni.
Ada jugak blogger yang lain hadir majoritinya FOOD Blogger kan, macam diorang kat gambar ni.
Once jejak kaki je kat restoran ni dah rasa macam kat Jepun dah. Dekorasinya memang berkonsepkan Jepun. Ala elemen-elemen Jepun di terapkan, susun atur meja kerusi semua ala Jepun lah. Meja kitorg bukan main panjang lagi, maklumlah ramai kan.
Ktorg sempat gak tengok tayangan video majlis penyerahan sijil Halal Restoran Jepun Agehan yang telah diadakan pada 16 Mei lalu yang di sempurnakan oleh YBhg Dato’ Hj. Marzuki Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada Pengurus Hotel GBWHSA, Tn Hj Mohd Ghazali Sayed Ibrahim.
Ktorg dihidangkan dengan BENTO
Bento ni merupakan satu hidangan yang common dalam Japanese Cuisine. Dihidangkan di dalam kotak yang ada nasi, ikan atau daging, sayur, acar dan memacam lagi lah. Selalu Bento ni disediakan untuk bekalan macam tapau gituh lah.
Kemudian ada juga hidangan Tempura.
Tempura ni berupa makanan laut, sayur-sayuran yang dicelup ke dalam adunan tepung terigu dan kuning telur yang di cairkan dengan air sejuk yang kemudiannya di goreng secara deep fry sehingga warna kekuningan.
Ada Miso Soup yang panas lagi enak untuk dihirup
Sashimi pun ada la
Sashimi ni merupakan makanan laut yang dihidangkan secara mentah di makan begitu sahaja dengan kicap masin, jeruk dan wasabi. Tapi kat sini, diorang asapkan / di salai dulu or smoked sebelum dihidangkan.
Last sekali lagi Green Tea Ice-Cream, memang famous kalau pi makan kat restoran Jepun, diorang hidangkan dessert ni. Sedap ada rasa mint sket.
Ok samsung citer pasal Restoran Agehan ni sket lagi ek
Antara tawasan sajian yang ada termasuklah ‘All You Can Eat’ buffet makan tengahari dan malam pada harga RM69.00++ dewasa (15% diskaun warga emas dan kanak-kanak), menu makan malam harian istimewa berharga RM25.00++, seleksi sajian A La Carte dan juga menu pilihan promosi bulanan.
Nak singgah ke sini, meh lah
Restoran Jepun Agehan
Aras 1A,
Grand Blue Wave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5511 8811 ext 2623
Opening hours : 11.30pagi – 2.30petang (lunch)
: 6.00petang – 10.30 malam (dinner)
Terima kasih kat Achiek coz sudi mengajak ktorg mencuba makanan jepun kat sini. At least bertambah lagi experience baru dalam duni makanan Jepun ni kan.
Jemput makan korang!
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
5 star hotel in selangor
,
bento
,
buffet dinner
,
Food
,
Food Review
,
Grand BlueWave Hotel
,
Islamic hotel
,
japanese food
,
Restoran jepun AGEHAN
,
saba grilled
,
shah alam
,
tempura
at
1:05 PM
6 comments
:
Hobi Orang Kaya – RC Tanker Toys
Hi Korang,
Ingat tak dulu aku pernah citer pasal hobi Mr Big yang agak membazir duitkan. La tak ingat? Meh baca SINI ek
Itulah RC Drift Car, ye ko melambak-lambak dah dalam rumah ni.
Now dia bertukar minat lagi ke menda lain plak.
Still Remote control car tapi Tanker plak.
Dia dah kemaruk menda alah ni plak. Abis dah sekecik-kecik tanker sampai ke besar-besar alam. Malas nak cakap banyak, sukahati dia lah.
Until last Sunday, ada gathering untuk R.C. Tanker collector ni kat Putrajaya. Bersungguh-sungguh ni ajak aku pi but rumah macam tongkang pecah so tak pi lah aku, kemas rumah lah lagi elok kan.
dua-dua dia punya la ni..
So bukan main semangat lagi, malam tu siap prepare charge battery, bersihkan tayar tanker, repair apa yang patut kan, tidur pun bukan main awal lagi.
Esoknya aku tau kul 7 pagi, dia dah bangun dan siap-siap nak kuar. Ermm pergi lah, mak ok je noks dapat rehat-rehat sambil mengemas rumah ni.
Balik-balik je aku tengok muka dia dah makin legam, mak tak nya duk berjemur tengah panas main menda alah ni kan. Bukan main seronok lagi bercerita non-stop bagai, so aku boleh bayangkan excitednya dia dengan hobi baru ni.
Gambar cilok dari iPad aku ni
Alah tak perlah sekali sekala bagi chance kan, daripada dia buat menda tak baik kat belakang aku baik dia pi main tanker ni, janji dia bahagia dah la ye
Chow...
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
AUTO
,
hobi orang dewasa
,
hobi orang kaya
,
kelana jaya
,
Putrajaya Ekstrem park
,
RC dreamz
,
Remote control toys
,
THOUGHT
,
Update of life
at
10:08 AM
10 comments
: