Hi Korang,
Sekejap je nak dekat bulan Ramadhan kan, rasanya cam tak sampai sebulan je lagi.
So entry berkisarkan ramadhan buffet 2013 akan mula memenuhi atmosphere dunia blogging sebulan dua ni, jadi aku pun tak nak ketinggalan lah kan.
Ini first time aku ke Chatz Brasserie di Parkroyal Hotel KL.
Cantik hotelnya, suasana lobbynya very relaxing, sementara tunggu blogger lain datang sempat aku lepak-lepak kat sini.
Ok jom turun ke Chatz Brasserie.
Untuk buffet ramadhan di Parkroyal tahun ni bertemakan ‘Hawker Temptations’. So seharusnya makanan yang di sajikan mengikut ala-ala warung ataupun gerai dihidangkan oleh chefs yang berkemahiran dari grill, mee, satay, nasi ayam, roti canai, pemanis mulut tempatan dan pelbagai lagi.
Tengoklah apa yang ada di buffet ramadhan 2013 ni ek
Itu baru main course, ada lagi hidangan makanan lain tau.
Tak ketinggalan juga minuman yang di cipta sempena bulan Ramadhan ni iaitu
Chatz Air Janda Pulang
Nama sudah gerek kan, rasa lain sedap. Ianya hidangan air kelapa segar bersama isinya yang di campurkan dengan sirap gula melaka. Nampak macam manis tapi tak sebenarnya cuma manis-manis buah gitu.
Untuk ‘Hawker Temptations Ramadhan Feast’ ni, ianya bermula dari 10hb Julai hingga 7hb Ogos 2013 dari 7.00pm - 10.30pm setiap hari.
Harga buffet ramadhan 2013 ialah
RM98++ untuk seorang dewasa
RM49++ untuk kanak-kanak
Bagi tetamu hotel yang menginap di Parkroyal Hotel KL dan Parkroyal Services Suites akan dapat 20% diskaun buffet ramadhan ni.
Selain daripada ramadhan buffet, ada juga ‘berbuka puasa’ dan Hari Raya banquets untuk minimum 50 orang dari RM80++ seorang dan RM95++ seorang untuk function rooms. Sila hubungi untuk tempahan +603 2782 8352 atau email ezrifarizal @pphg.com
Sahur menu juga ada disediakan iaitu melalui ‘In Room Dining’ (RM58++ per person) dengan 6 jenis menu dihidangkan secara rotation setiap hari dengan menu Daging masak kicap, Kari kepala ikan, Ayam masak merah, Kubis lemak udang, Ayam Dara panggang Bali dan Soto Ayam.
Untuk lebih details, sila hubungi +603 2147 0088 ext 6350 atau email chatz.prkul@parkroyalhotels. com
Jom kita ke
Chatz Brasserie
Parkroyal Hotel Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 2147 0088
Ermm tunggu apa lagi, cercepat la buat booking ye.
Aku sendiri pun rasanya memang nak ke sini lagi, masa bulan puasa nanti lah.