Wednesday, June 12, 2013

Kinohimitsu Beauty & The Bliss Workshop

Hi Korang,

Aku belum pernah cuba minum beauty drinks dari produk Kinohimitsu ni. Kira first time lah ni.

Nasib baiklah diorg ajak aku ke beauty workshop, dapat sket info kan


Ramai gak yang aku kenal masa dalam forum, majority Chinese blogger la kan, diorg memang obses dengan kecantikan ni.


Ok memula kena tau apa makna Kinohimitsu tu ek

KINO – Plant (tumbuhan)
HIMITSU – Secret (rahsia)

So maknanya Rahsia Tumbuhan… senang kan.


Forum ni di bentangkan oleh Kinohimitsu Nutritionist Manager, Ms Pei Yee yang bagitau ktorg secara details mengenai collagen, kat mana boleh dapat collagen, cara penjagaan kulit dan menjawab pelbagai soalan yang bloggers lain ni tanya. Soalan-soalan mereka memang tak tercapai akalmu lah, sangat bernas.

Dia juga bagitau betapa pentingnya fungsi collagen dalam badan kita. Di antaranya ialah :-

  • collagen helps in cell renewal.
  • 70% of skin is made up of collagen.
  • collagen production reaches its peak when we are 25 years old.
  • collagen supports cellulite activity, forms connective tissues e.g. cartillage, blood tissues.
  • collagen supports skin so t won’t collapse.
  • collagen keeps skin firm and bouncy.
  • collagen keeps skin from sagging and loss of elasticity.
  • causes of collagen loss include ageing, lack of sleep, unhealthy diet, excessive cigarette and liquor intake.

Aku tulis English la ye kang translate takut jadi salah plak kan.


Lepas tu plak, dia bagitau lagi cara memilih minuman kolagen kesihatan yang betul, di antaranya:-

1. Jumlah kolagen yang betul
Di sarankan di antara 2500-5000mg.

2. Saiz Molekul
Saiz molekul hendaklah bersesuaian supaya ianya senang untuk menyerap dan kita dapat tengok kesannya secepat mungkin. Kalau terlalu besar susah baginya untuk menyerap dan akan memudaratkan kolon dan hati.

3. Punca kolagen
Punca kolagen akan memberi impak kepada rasa, jadi kolagen Kinohimitsu berasal dari sejenis ikan di Perancis

4. Formula dan teknologi
Kena check background produk, asal dari mana, lab dekat mana kan.

5. Keupayaan Penyerapan
Ini bergantung kepada antibodi seseorang tu, kalau antibodi kuat so kesannya mesti cepat boleh nampak.

Actually ada banyak cara lagi untuk kita ketahui bagus atau tidak produk tersebut, macam dari sudut packaging. Macam Kinohimitsu korang akan dengar 2 kali click masa buka penutup botol tu so itu kira baguslah bakteria tak boleh masuk. Lepas tu minuman kesihatan Kinohimitsu ni di sarankan untuk minum 6 hari berturut-turut untuk 1 botol bagi nak nampakkan kesannya pada badan kita.






Ada banyak rangkaian produk Kinohimitsu ni, di antaranya StemCell, Diamons 5300 Drink, Collagen Men, D’Tox Juice, Beauty Drink-Collagen, BustUp Drink, UV-Bright Drink, BodySlen, BB Drink, 69-Men Drink, 69-Women Drink, Eye Bright Drink, JointFlex Drink, Choless Drink, MindRelax Drink,

Mak oi banyak betul lah.


Anyway terima kasih kat Kinohimitsu for this special forum pasal beauty ni. Now kira macam aku dah expert sketlah kalau beli minuman kesihatan dan kecantikan ni.


Siap dapat sijil lagi tau, jangan memain ye...




Wordless Wednesday - Tak Baik Tau

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week



jeng jeng jeng

Amat bahaya wokeh


Tuesday, June 11, 2013

ChurpPewPew at Galactic Laser @ Sunway Piramid

Hi Korang,

Aku memang dah lama betul tak join event dari Churp2 ni, bukan sombong lah but time tak kena gaya. So masa tanya Mr Big boleh tak pi event ni, terus je dia cakap jom la, lagipun dah lama tak berlaser tag.

Yesza, permission approve!


Ktorg sampai awal petang tu kat Sunway Piramid, lunch dulu walaupun time tu dah masuk dinner kan, pi bayar hutang telefon, masuk duit sana sini dan cuci mata kejap kat atas tempat Asian city tuh.


By the way berpusing gak mencari Galactic Laser ni ek, rupanya pintu gerbangnya tersembunyi sket but we managed to find setelah tawaf 2 kali dalam Sunway Piramid ni kan. Letih ooo


Sesampai tak de orang lagi, so rehat kejap makan Pizza yang diorg dah sediakan. Nak main game arcade yang ada kat situ pun malas tau.

Macam biasa, sessi briefing dulu ye.



Ktorg di ajar cara menggunakan pistol laser tag dan permainan laser tag, rules dan regulation gituhlah. Walaupun dah pernah main but aku dah lupa so kenalah dengar secara terperinci kan.


Setiap orang dapat 3 kali main game ni, memula tu main suka suki lah, tembak sesiapa yang lalu lalang depan mata. Untuk yang kedua dan ketiga tu barulah main ikut team yang telah diberikan.

Hah ko, mainlah bersungguh-sungguh ye.

First team game tuh, aku dapat nombor yang tercorot sekali di antara 14 orang tuh. Alah ok lah 1000 points, makna aku dapat tembak 10 orang je. Kira oklah daripada tak de points langsung kan.


Second game tuh, main bersungguh-sungguh. Kejap atas kejap bawah, letih ooo boleh tercabut pinggang dibuatnya. Menitik peluh jantan kuar tau.


Di akhirnya team ktorg, team PURPLE Berjaya mendapat tempat pertama ek. So dapatlah VIP ticket untuk next Churp2 screening.


Aku gak dapat hadiah bagi Instagram terbaik, dapat hadiah lagi photobook voucher dari Photo-Zoom. Bestnya bolehlah mengumpul gambar untuk di jadikan digital form.

Anyway thank you to Churp-churp dan Galactic Laser for this special invite. Dapat gak keluarkan peluh kan, kurang sket lemak cam tuh.

Rasanya cam nak pi lagi coz ktorg dapat lagi voucher untuk main laser tag kat sini, ermm tunggulah kot-kot kalau ada yang mengajaklah.