Thursday, June 6, 2013

Belajar Menjahit Langsir PERCUMA

Hi Korang,

Ada sedikit info yang aku nak kongsikan kat korang ni..

Baca nie

Kalau korang takde mena nak buat weekend ni or minat belajar menjahit, boleh komen kat entry aku ni dengan nama, email dan contact no. ye coz aku nak kira orang berape yang nak pi.

Berminat? Bagitau ek

Seboleh-bolehnya before 12tghari 7hb Jun 2013 ek..

Cepat tau

Review Filem : KIL Sangat Best!

Hi Korang,

Dapat jugak aku paksa si FooD BlogGer ni untuk tengok filem KIL ni sebab Mr Big tak minat tengok cerita sebegini. Dia kata mesti dia akan terlelap dalam panggung nanti, so dia bagi chance aku pi tengok sendiri or dengan orang lain.

Ktorg pi tengok kat GSC Berjaya Times Square lepas abis event KENNY ROGERS semalam petang. Aku dapat agak dah panggung tak akan penuh pun coz orang melayu mana minat citer slow cam ni, baik diorg pi tengok Bikers Kental kat panggung sebelah kan.

Cuma 5 baris je yang penuh. Sedey kan

Aku memang nak sangat tengok filem KIL ni bukan pasal Redza Minhat ok but more tu ceritanya. Aku cuma tengok trailer sekali je dan langsung tak baca sinopsis pun. So dari trailer tu aku dah boleh bayangkan jalan ceritanya kisah orang nak mati dengan cara bunuh diri.

Sebelum meh layan sinopsis filem ni sket ye


Sinopsis Filem KIL

Filem ini mengisahkan Akil (atau dikenali sebagai KIL, sebagai tajuk filem) yang mengalami tekanan hidup dan bertekad untuk membunuh diri. Selepas beberapa percubaan gagal, dia memutuskan untuk mendapatkan bantuan. Namun, bukan bantuan untuk dia terus hidup, namun untuk mati. Walau bagaimanapun,  beliau bertemu seorang gadis misteri datang ke dalam hidupnya dan menyentuh hatinya dalam sepanjang perjalanan hidup beliau. Adakah terlalu lewat untuk beliau mengubah fikiran untuk mati?

Ok tragis kan, time nak mati ada plak benda baik datang. Cam no ni

From my view:-

Bila kita dah despress, frust, bingung, kelliru, tekanan perasaan memacam menda yang boleh kita buat untuk menghilangkan penderitaan dan AKIL sememangnya mengambil jalan mudah dengan mengupah L.A.B  untuk menyelesaikan masalah dengan membunuhnya setelah cubaannya membunuh diri sendiri termasuk masukkan asap ekszos ke dalam kereta itu gagal.

Tapi yang pelik tu, bila orang lain naik bunuh diri (Juliana Evans) pandai plak dia bagi nasihat.


Rupanya dia bukan perlukan MATI tapi sebenarnya dia perlukan someone untuk meluahkan perasaan walaupun dia ada seekor kucing gemuk bernama CHONG yang kemudiannya dinamakan SATI oleh jirannya iaitu ELLA.


Kehadiran ZARA merupakan sesuatu yang membuatkan dia berusaha untuk membatalkan kontrak bunuhnya tapi apakan daya, once dah berjanji tak boleh di mungkiri so nak tak nak terpaksalah jua dia tinggalkan dunia bunuh diri ciptaan dia sendiri.

Aku suka :

Part bos AKIL panggil nak bagi bonus tuh kelakar, part officemate dia kasi kuih bulat-bulat dalamnya ada sardine makcik buta jual kat bawah, part dia pi amik balik kucing gemuk dia, part dalam panggung diorg pi tengok wayang Dunia Tanpa Esok, part wartawan yang senantiasa mereka-reka gossip untuk mensensasikan rancangan TV mereka, part diorg lepak kat rooftop, part dia mintak diskaun kat tokey workshop kereta tuh dan part dia jadi paranoid kepada sesiapa yang lalu lalang depan dia yang kekononnya akan bunuh dia.

Ok aku bagi 8.5/10 star ye

At end of the filem ni, tak dapek aku nak citer lah  



Tak mau kasi HINT lagi, korang pi jelah tengok filem KIL ni ek.


Apa-apa pun congrats to KIL production team yang berjaya bagi aku idea cara amik gambo yang cantik-cantik ye. To Redza Minhat dan Christina Suzanne korang memang bersahaja je berlakon ek.

Terima kasih gak pada oranG yang aku paksa sebab sekaranG baru aku tau kenapa dia cam berat nak pi, rupanya sedang elok bercinta di awan biru.... jeng jenG jenG

  

Samsung Note 2 Amber Brown Special Edition Idaman Kalbu

Hi Korang,

Bila kita tengok warna coklat apa kita rasa?

Tentulah rasa tenang, aman dan down to earth kan. Yelah coklat bukannya warna garang macam merah atau jingga.

Aku suka warna coklat ni sebab ianya natural colour. So kalau ada function yang formal bagi aku warna coklat ni senang nak BLEND IN.



Macam hari ni aku pakai semuanya coklat.  Malas nak pakai office attire coz lepas tu nak kuar pi site plak kan. So ini rasanya paling mudah sekali, tak menampakkan casual  dan bila pakai jacket dah jadi formal kan. Dah selamat di situ dari kena panggil dengan HR kan.


Bila pakai warna coklat ni boleh menampakkan kita ni friendly, mudah di tegur, steady dan timbul rasa confident. Yelah barulah gaya mutu keunggulan.

Heheheheheh

Begitu gak lah dengan Samsung Note 2 – Amber Brown special edition ni. Nampak cam elegant je bila ada kat tangan. 

Baru je launching ni. Specificationnya semuanya sama cam Note II yang lelain but colournya different.

Meh layan video Samsung Note 2 - Amber Brown ni ek




General Specification for Samsung Note II Amber Brown

Network/Bearer and Wireless Connectivity

  • HSPA+21
  • EDGE / GPRS (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz)
  • HSPA+21mbps
  • WiFi a/b/g/n HT40
  • Wi-Fi Direct available
  • Bluetooth technology v 4.0 (Apt-X Codec support) LE
  • NFC available
Display

  • HD Super AMOLED
  • 5.5"
  • HD (1280 x 720)
  • S Pen available

OS

  • Android 4.1 (JellyBean)
Chipset

  • Quad Core Processor
  • 1.6GHz CPU Speed

So apmacam? Teruja tak... Haruslah kan. Ni yang rasa-rasa nak angkat satu ni.