Wednesday, June 5, 2013

Manhattan Fish Market, Makan Ikan la Wei

Hi Korang,

Tak mampu nak tulis bebanyak coz perut mengigil menahan lapo ni.

Ternyata nestum tak boleh membahagiakan perut aku waktu pepagi nie, jawabnya kena tambah makan macam biskut Jacob 2 paket kecik untuk menambung tahap kelaparan aku yang melampau ni.

Tapi tak per, sempat gak aku nak citer kat korang pasal ktorg pi makan ke Manhattan Fish Market ni.


Jumaat lepas, lepas abis keje terus bersedup ke Sunway Piramid ada laser tag tournament under Churp-churp. So sebelum melangkah ke medan perang moh kita isi perut dulu ek

Kenapa Manhattan Fish Market? Asalnya mencari Chicken Hut tapi dah berpusing satu alam tak jumpa dan nampak Manhattan terus je masuk. Dari ayam ke ikan, kira boleh lah tuh.

Ktorg order

Mushroom Soup

bawang banyak daripada mushroom, patut kena tukar nama ni. rasa sedap

Fried Country Mushroom

ni memang favourite aku, sedap tak terHingga. Cuma pakai button mushroom je tHen GorenG denGan tepunG. Mr Big cakap goreng je kat umah kalau dah angau sangat kan 

Ceasar Salad

dapat free sebab order Fisherman Platter tuh. Okla rasa sayurla, apa laGi

Fisherman Platter

we love tHis! bakar dan makan panas-panas. Dapat ikan talapia seekor, ada udanG, mussel, ikan bilis gorenG crispy dan butter rice serta frencH fries. sedap ooo


Memang nampak banyak dan ktorg boleh abiskan kesemua dish yang di order. Memang lapar yang amat time tuh. Memasing tak lunch tengahari coz dah plan nak dinner kat sini.

Lepas makan tuh, terus angkat kaki tawaf satu Sunway Piramid ni untuk buang lemak ye



Wordless Wednesday - Semua Saya Suka

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week.


Yang mahal sudah semestinya sedap kan. Di antara 3 ni semuanya aku suka yeyeyeyye

Korang suka yang mana ek..




Tuesday, June 4, 2013

Shopping di AEON BIG Shah Alam

Hi Korang,

Weekend memang waktu yang sibuk untuk ktorg.

Ye tetiap minggu cam tu, berjalan ke sana kemari. Kalau tak de event, outing dengan family.

So minggu ni ktorg berkampung di Shah Alam, umah my B.I.L si gemuk. Dia nak buat BBQ kat tepi pool umah dia ni. Jeles wokeh coz swimming pool bawah umah je tak macam rumah ktorg kene pi kat Club House.

buat sepah kat pool nanti

So pagi Sabtu tu lepas pulangkan S4 (mood seedy wokeh) kat amoi Samsung yang cantik tu kat Centrepoint, ktorg terus pecut ke Seksyen 23 Shah Alam ni. Dengan tak tahu jalan so ktorg redah je, ye aku memang tak de GPS coz tak berape mampu nak beli kan.  Akhirnya sampai jugak.

adik beradik

Bila nampak je bangunan, sampai cakap dengan MR Big ‘cantik AEON BIG ni’. Agaknya buildingnya baru je bukak kot, bersih dan kemas je. Masuk-masuknya ada banyak kedai jual baju, seluar, tudung dan murah-murah. Yeah, aku sempat sambar seluar RM10 je, alah buat basahan duk rumah lah.

\
beli arang

troli pertama

Terang sungguh dalam shopping area ARON BIG ni. Dari jauh dah boleh nampak barang dan ahli keluarga aku yang lelain sibuk duk pilih barang.

pilih ayam plak

cantik dagingnya kan

suka tengok brokoli ni

Aku suka area wet market ni, ayamnya nampak segar. Agaknya ktorg pi shopping pagi kot itu yang cantik-cantik je ayam ni semua. Amik itu amik ini, patah balik kat area bahan kering. Biasalah yang pi shopping tu semua stok-stok mudah lupa, pakai tepon cecanggih tapi malas nak buat shopping list. Hahahhhahaha

makan beramai-ramai

Dah penat memilih barang sampai 2 troli, ktorg duk minum kat kedai mamak dalam tempat ni gak. Nasib baik ada kedai, kalau tak mana nak pi minum plak kan.

Aku sukalah tempat ni, cantik dan terang. Senang nak pilih barang. Kalau dekat dengan umah aku ni dah confirm-confirm aku pi shopping kat sini je kan, ni jauh plak.

Untung orang Shah Alam ek..