Friday, May 31, 2013

Lama Tak Ke Old Town White Coffee

Hi Korang,

BIla fikir pasal makan memang bosan dibuatnya. Hari-hari kena tanya dengan Mr Big nak makan apa, kalau tak makan lapar plak.

Ishkk isu makan memang jadi bualan hangat lah setiap hari.


Untuk jalan terbaik, ktorg akan fikir kedai mana ktorg dah lama tak makan so kedai tu jadi sasaran. Jadi hari tuh, malas nak fikir panjang kita terjah ke Old Town White Coffee kat Seksyen 9 Bangi ni.

Pergi lepas maghrib so orang tak berapa ramai lagi.

Sesampai je menu dah atas meja, belek punya belek dan terus catit nombor menu kat borang yang disediakan. Nanti waiter datang amik. Sementara nak tunggu makan sampai, mari main game dulu ek. Sangat anti social laki aku ni kan.

Ok makan sampai, simpan semua gadget je. Its makan time.

Ktorg order

Nasi Lemak Sloppy

Aku yang bagi nama sloppy sebab korang tengoklah cara diorg present nasi lemak ni. Sangat selekeh, minyak-minyak rendang ayam tuh bukan nak dilapnya. DIa punya rencah-rencah bukan main banyak dan sedap plak.

Fried Wantan

Ini kira apptizerlah, kecik je wantannya. Sekali masuk mulut. Eh ada papadom plak.

Dry Beef Noodles

Ni of courselah aku punya. Sedap tak berapa pedas. Daging dan sayur sama banyak. Ada sup sekali ek.


Air ktorg order Chocolate Chips. Ala macam ice blended gak lah, terasa coklatnya.

Entah semua sekali rasanya below RM40 kot. Aku pun terlupa, not bad gak. Sedap pun sedap, portion pun boleh tahan banyak. Cepat plak service diorg kali ni, agaknya tak ramai orang.

Ermm Alhamdulillah, kenyang perut malam tuh.

Esok-esok kita gaduh lagi pasal makan ek.



Petua Senang Hati

Hi Korang,

Lama plak tak berkongsi ilmu pada pagi Jumaat ni kan. 

Ni aku nak share sket beberapa petua bagi korang yang selalu sangat susah hati, kebingungan, terkeliru dan sebagainya.



Kekadang aku pun macam korang gak lah, panas hati, geram, menyampah dengan perkara yang aku lalui. Tapi bila kita ikut petua-petua ni, kita akan rasa tenang seketika dari masalah yang kita alami.

Terima kasih kengkawan di Facebook yang menTAG aku pasal petua senang hati ni ek

Salam Jumaat Korang..

Thursday, May 30, 2013

Ulangtahun CHARRIOL Ke 30 Tahun Yang Berprestij

Hi Korang,


Kita sambung balik citer trip ke Singapore hari tuh ek


Aku dapat jemputan dari CHARRIOL Singapore untuk majlis ulangtahunnya yang ke 30. Lama tu dah ada dalam pasaran kan. Charriol ni merupakan jenama antarabangsa yang khususnya dalam fine Swiss timepieces, jewellery dan accessories.


Majlis di adakan di Goodwood Park Hotel, Singapore. Cantik hotelnya ala-ala colonial. 


Founder dan tuan punya Mr Philippe Charriol ni berkata mengenai perjalanan Charriol sepanjang 3 abad ‘Everything we do at CHARRIOL is conceived in the same spirit, that of the art of living differently. This means having the courage to listen to your dreams and the audacity to see them through. This passionate mindset is expresses in all CHARRIOL creans, from timepieces to jewellery and is how our customers live too’.


Bagi menandakan 30 tahun yang bersejarah, Charriol menegaskan keaslian dan tenaga yang tiada tandingan dengan pelbagai tambahan yang menarik dalam setiap koleksi iaitu gabungan dua tahun produk dan pembangunan jenama. Di bawakan segar dari BaselWorld International Show yang di pamerkan di Switzerland Mac / April 2013, Charriol menambahkan lagi koleksi terbaru bagi Asia iaitu St-Tropez, Celtic, CELTICA dan koleksi CoLvmbvs dan juga memperkenalkan koleksi  AEL moden sebagai produk terbaru mereka.



Charriol terkenal dengan signature design mereka  'twisted cable' yang ikonik, dipatenkan oleh Charriol dan kini diiktiraf dan didambakan di seluruh dunia. Jenama ini juga berbangga dengan warisan keluarga yang memperlihatkan Encik Philippe Charriol bekerjasama dengan ahli-ahli keluarga lain dan itu membezakan Charriol dan jenama global yang lain.


May 16, 2013 | Model cantik by CikLilyPutih on Keek.com

Ada catwalk untuk tunjuk jam yang cantik-cantik ni. Korang layan je Keek aku tu ek.

kalau aku cakap harga jam kat tangan aku ni, boleh terkujat dibuatnya

Masa majlis ni, ktorg di pertontonkan dengan koleksi jam tangan terbaru keluaran Charriol. Bukan main cantik lagi, kalau tak fikirkan harga terus angkat satu tau.


Hari ini, Charriol dipasarkan melalui rangkaian global 185 butik dan kedai-kedai jualan 3,800. Di Malaysia, butik perdana Charriol terletak di Adorn Floor Starhill Gallery Kuala Lumpur di Jalan Bukit Bintang.

Untuk tengok koleksi yang lelain rekaan Charriol, sila layari http://www.charriol.com  

dapat parfume dan pendrive ni as goodies

Terima kasih Charriol atas jemputan ni, dapat jugak aku berkenalan dengan media oversea yang lain sambil menikmati koleksi jam yang cantik-cantik ni