Friday, May 31, 2013

Petua Senang Hati

Hi Korang,

Lama plak tak berkongsi ilmu pada pagi Jumaat ni kan. 

Ni aku nak share sket beberapa petua bagi korang yang selalu sangat susah hati, kebingungan, terkeliru dan sebagainya.



Kekadang aku pun macam korang gak lah, panas hati, geram, menyampah dengan perkara yang aku lalui. Tapi bila kita ikut petua-petua ni, kita akan rasa tenang seketika dari masalah yang kita alami.

Terima kasih kengkawan di Facebook yang menTAG aku pasal petua senang hati ni ek

Salam Jumaat Korang..

Thursday, May 30, 2013

Ulangtahun CHARRIOL Ke 30 Tahun Yang Berprestij

Hi Korang,


Kita sambung balik citer trip ke Singapore hari tuh ek


Aku dapat jemputan dari CHARRIOL Singapore untuk majlis ulangtahunnya yang ke 30. Lama tu dah ada dalam pasaran kan. Charriol ni merupakan jenama antarabangsa yang khususnya dalam fine Swiss timepieces, jewellery dan accessories.


Majlis di adakan di Goodwood Park Hotel, Singapore. Cantik hotelnya ala-ala colonial. 


Founder dan tuan punya Mr Philippe Charriol ni berkata mengenai perjalanan Charriol sepanjang 3 abad ‘Everything we do at CHARRIOL is conceived in the same spirit, that of the art of living differently. This means having the courage to listen to your dreams and the audacity to see them through. This passionate mindset is expresses in all CHARRIOL creans, from timepieces to jewellery and is how our customers live too’.


Bagi menandakan 30 tahun yang bersejarah, Charriol menegaskan keaslian dan tenaga yang tiada tandingan dengan pelbagai tambahan yang menarik dalam setiap koleksi iaitu gabungan dua tahun produk dan pembangunan jenama. Di bawakan segar dari BaselWorld International Show yang di pamerkan di Switzerland Mac / April 2013, Charriol menambahkan lagi koleksi terbaru bagi Asia iaitu St-Tropez, Celtic, CELTICA dan koleksi CoLvmbvs dan juga memperkenalkan koleksi  AEL moden sebagai produk terbaru mereka.



Charriol terkenal dengan signature design mereka  'twisted cable' yang ikonik, dipatenkan oleh Charriol dan kini diiktiraf dan didambakan di seluruh dunia. Jenama ini juga berbangga dengan warisan keluarga yang memperlihatkan Encik Philippe Charriol bekerjasama dengan ahli-ahli keluarga lain dan itu membezakan Charriol dan jenama global yang lain.


May 16, 2013 | Model cantik by CikLilyPutih on Keek.com

Ada catwalk untuk tunjuk jam yang cantik-cantik ni. Korang layan je Keek aku tu ek.

kalau aku cakap harga jam kat tangan aku ni, boleh terkujat dibuatnya

Masa majlis ni, ktorg di pertontonkan dengan koleksi jam tangan terbaru keluaran Charriol. Bukan main cantik lagi, kalau tak fikirkan harga terus angkat satu tau.


Hari ini, Charriol dipasarkan melalui rangkaian global 185 butik dan kedai-kedai jualan 3,800. Di Malaysia, butik perdana Charriol terletak di Adorn Floor Starhill Gallery Kuala Lumpur di Jalan Bukit Bintang.

Untuk tengok koleksi yang lelain rekaan Charriol, sila layari http://www.charriol.com  

dapat parfume dan pendrive ni as goodies

Terima kasih Charriol atas jemputan ni, dapat jugak aku berkenalan dengan media oversea yang lain sambil menikmati koleksi jam yang cantik-cantik ni





Twisties SuperstarzX 2013 Finale Night

Hi Korang,

This is 48 hours sponsored post, please scroll down for new entry

Memang tiap-tiap tahun aku akan ke Twisties Superstarzx event ni.

Diaorang ni senantiasa mencungkil bakat-bakat anak muda dalam bidang nyanyian. Tahun lepas aku pi kat Life Centre, havoc tak terhingga. Tahun ni agak special sket


Finale night di adakan kat Aquasonic, Sunway Piramid. Meraba gak mencari kan nasib ada Information Counter so tanya jelah.

Tahun ni agak unik sket temanya, lawan nyanyi berkonsep tinju. Ye macam boxing tu lah, ada ring bagai, loceng. Ni lawan style baru ni. Ermm...


Ok jom berkenalan dengan 6 finalist ni, Kyle, Joey, Lina, Syah, Young dan Diary of us. Kesemua mereka ini merupakan anak didik Prema dan Altimet.

Cara pertandingannya sebegini


Pusingan pertama : lontaran vokal nyanyian
Pusinga kedua : Acara berlawanan dua pihak (nyanyilah wei bukan bertumbuk)
Pusingan ketiga: Penyingkiran ( hanya 2 finalist dibawa ke acara peringkat seterusnya)
Pusingan terakhir : Juara penentu

Hah, tak ke macam boxing tu kan? Pelik tapi best.

judge pada malam tuh

So peringkat ketiga ni, Kyle dan Joey move on to Final round. Yang lelain tu kalah. Ala tak per keenam-enam diorg ni semuanya pemenang bukan pengalah ye. Hebat tu tau dapat masuk Top 6.

Bagi aku, diorg ni ada suara yang powerful. Masing-masing ada talent yang tersendiri Cuma nasib je tak sebelahi diorg ni.


Apa-apa pun Tahniah kepada Joey yang menjadi juara Twisties SuperstarzX 2013 untuk tahun ni. Orangnya kecil molek tapi hebat ooo


Taniah Joey!

Thanks Twisties dan Nuffnang for this invite. Memintak tahun depan dapat invite lagi yeah!

update:

Meh korang layan video masa event nie ek



I love Twisties..

p/s:kalau korang nak tengok gegambar lain, meh klik kat sini ek http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=tf&c=20&mc=click&pli=6435844&PluID=0&ord=[timestamp]