Tuesday, May 28, 2013

Alone At Dome Cafe

Hi Korang,

Kalau ada kerja luar, memang aku selalu lone ranger.

Semuanya sendiri, kesana kemari sendiri. Yelah nama pun keje haruslah semua sendiri unless kalau bos gaya-gaya aku pergi sekali, which is tak mungkin pun.

Bagi aku plak, sorang ke berdua ke kalau aku dah lapar singgah jelah memana kedai.Takkan nak paksa Mr Big datang teman plak kan. Ingat dia tak de keje lain ke.


The other day aku ada keje kat area KLCC, submission tender kat Petronas. Masa tu pagi lagi, perut pun lapo apa lagi settle kerja je terus singgah ke Dome Cafe ni. Orang pun tak berapa ramai lagi, cari spot cantik yang dekat dengan newspaper then duduk.

Cepat je budak waiter tu datang, bawak sekajang menu. Juling biji mata nak pilih apa nak makan kan. Sudahnya  aku order yang simple-simple je

Hot Chocolate with Marshmellow

Scramble Egg with Bread

Simple je

So sambil makan tu sambil baca newspaper. Memang rasa leisure sungguh. Rileks macam tak de keja kan. Peaceful je.


Tup-tup office call, tanya aku kat mana. Aduiyai terus aku jawab on the way nak balik office. Letak tepon, pi bayar dan terus blah dari situ.

Sambil berjalan dalam hati merengus Ishkk potong betullah bos aku ni. Baru nak berangan-angan jadi orang senang kan.

Jawabnya kena berangan nanti-nanti la ek

Alahai..

Monday, May 27, 2013

Semalam Di Kota Singa

Hi Korang,

Last 2 week aku dapat media invitation ke Singapura.

isi kad putih dulu ek kata mak aku

Oit jauhnya jalan, alah orang dah invite so haruslah pergi, lagipun dapat release tension sket daripada keje kat opis yang tengah melambak-melambak tu kan.

haruslah live update kan

Pergi tak naik flight pun but naik Odyssey Coach dengan main stream media yang lain. Gather kat Plaza Mont Kiara dalam kul 8 am then we start the journey.

makan sambil tengok Istanbul Aku Datang

Ini first time aku naik coach sebegini untuk jalan jauh, selalunya drive or fly. Memang betul-betul luxury bus. Selain ada personal TV setiap seat dan FREE WiFi on board, ktorg di layan baik sekali oleh sorang steward yang best. 




Dialah yang siapkan makan, bagi bantal, bagi earphone, sekejap-sekejap tanya nak minum ke tak dan memacam lah. Pendek kata di layan bak puteri raja sungguh.

Dalam masa 3 jam, ktorg dah pun sampai ke Checkpoint 2nd Link kat Gelang Patah untuk masuk Singapore. Proses immigresen kat sini tak lama coz ktorg Malaysian kan, senang sket.  Kat Singapore Immigration tu yang lama sket, maklumlah nak masuk negara orang kenalah ikut undang-undang diorang. Tak boleh amik gambo kat sini ek, nanti kena tangkap.

cantik biliknya

Sampai Orchard Parade Hotel, rehat-rehat kat bilik dan bersiap untuk ke Goodwood Hotel untuk CHARRIOL event kat sana.

amik buat kenang-kenangan

Untuk CHARRIOL event, aku citer entry lain ek coz banyak nau gambar yang cantik.

Hujan uolss..

Lepas dinner, aku ikut bebudak media ni jalan-jalan di Orchard Road. Dengan hujannya plak malam tu, ktorg tetap gak nak berjalan kan. Rasanya lebih 5km ktorg berjalan kot. 




Orchard Road tu terlalu panjang kalau nak berjalan, ktorg dapat cover sket. Masuk shopping complex sana, keluar shopping complex sini. Adoyai, tak menahan mata coz harga barang-barang jauh lebih murah dari KL.

tengok kawan aku dah shopping pun

Geram tau.. Untuk legakan perasan geram tuh, ktorg duk lepak kat Coffee Bean sampai tengah malam, yelah balik bilik pun tak de buat apa pun kan.
tak boleh swim, hujan la

Second day tu, cilik mata je selak langsir tup-tup hujan lagi. Ishk potong stim betul lah. Turun breakfast dulu, kenyangkan perut ye. Some of the media pi interview session kat Marina Bay Sand, yang ktorg plak pi ronda sekali lagi Orchard Road ni. Dalam hujan renyai ni sanggup berjalan kan, nak pi shopping.

flip flop, short, t-shirt barulah selesa berjalan

cantik arc diorg ni ek

Dengan berbekalkan duit yang dah ditukar siang-siang kat KL hari tuh. Dapatlah aku beli flip flop H&M (murah giler SGD7 je), tote bag, t-shirt, fridge magnet, parfume, benda-benda weird dan memacamlah. Itu pun ada hati lagi nak tukar duit kan, ishkk geramnya menyesal tak tukar duit bebanyak hari tu tau.


one of the model for iON orchard, perasan sangat ye

amik gambo je, beli tak berape mampu laGi

Lunch sekejap kat ION Orchard ni, then balik hotel packing barang. Dalam kul 3 camtu ktorg dah pun keluar dari 2nd Link Checkpoint. Hah apa lagi, dalam coach layan movie dan terus tertido. Sedar-sedar abang steward kejut bangun makan. Bedal tak ingat coz lapo sangat kan.

yang berdiri belakanG tu, abanG steward la

Sampai KL Sentral dalam kul 6.30pm cam tu, terus naik komuter balik Bangi ek.


Overall walaupun journey tu singkat je but I do make new friends along the way. Dapat kenal bebudak media yang gila-gila, dapat kenal oversea media (networking tuh), dapat berjalan, dapat shopping dan yang penting dapat release tension.

Kengkawan media Athira (Jelita), Syardean (Maskulin) dan Muzz (InTrend) thanks coz bagi aku ikut korang jejalan ek.

Thanks Jenny, Wei Yan dan CHARRIOL team for this special invite. Really appreciate that. Hopefully kalau ada event cam ni jangan lupa ajak aku ek



The Butterfly Project’s SPA Party

Hi Korang,

Lately ni aku more in beauty product la.

I guess maybe faktor usia yang menguatkan lagi minat aku ke arah kecantikan ni, yelah bila dah berusia ni segala menda nak kena jaga especially tang kulit muka ni kan. Tapi tempat lain pun kena jaga gak, kang cik abang melayang plak hehehehhe

Just joking lah..


Bila The Butterfly Project’s  sibuk mewar-warkan mengenai Spa Party mereka tak lama lagi, aku jadi excited. Yelah ko, party siapa yang tak suka pergi kan. Lebih-lebih aku, dapatlah mengenjoykan diri. Lagipun bloggers mana yang tak kenal dengan The Butterfly Project’s kan? Dah memacam event yang aku join under diorg ni. Walaupun simple tapi havoc tau.


Di antara 3 sebab yang aku nak join Spa Party ni :-

1. Belum pernah buat manicure dan pedicure

Ye ko, walaupun aku nampak cam social sket tapi bab-bab mani-pedi ni memang tak pernah langsung terjebak tau. Aku memang ada lengkap set mani-pedi ni but nak membuatnya seorang diri memang aku tak reti tau.

2. Hang out with ladies only

Bila event-event beauty ni mestilah best coz yang hadir semuanya perempuan je. So tak delah aku nak rasa kekok yang borak-borak hal perempuan. Lagipun kita orang perempuan ni kan cepat mesra, for sure aku akan dapat ramai kawan baru tak kira tua ke muda ke suku abad pun.

3. Theme party yang awesome

Cuma pakai bathrobe dan flip-flop, best tuh. Tak yah aku nak bermodal beli baju baru kan. Nasib baik memang ada bathrobe tak pernah pakai. Ishk memang tak sabar lah. Pakai plak flip-flop so tak delah rasa sakit kaki kalau berdiri lama nanti. Dalam hati berkata memintak dapat Havaianas flip flop ek.

Hah ko, ni baru 3 sebab. Kalau Tammy suka list down sampai 20 sebab mau taknya entry aku berjela-jela pages sampai sakit kepala korang nak baca.

Selain dari team Butterfly Project’s, ada lagi contributor yang sangat baik sudi menaja Spa Party ni iaitu:-












Banyak kan? Terima kasih kat diorg ni. Mesti dapat makan sedap, goodies bag best, game’s best dan memacam lagi lah.

Memintaklah entry sempoi aku ni terpilih ek, ermm tak sabar betul rasanya nak tunggu 29 June 2013 nanti. Walaupun lebih kurang sebulan lagi tapi aku tetap setia menunggu bak pungguk rindukan bulan.

Hehehheheheh….