Thursday, May 23, 2013

I Anti Cellulite With CELMONZE

Hi Korang,


Siapa tak tau selulit tu ape? Ok meh google.com kejap ye.


Selulit (cellulite) merupakan kumpulan lemak yang mudah terjadipada lengan, perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terdapat pada bahagian punggung dan paha. Ia berlaku disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga turut membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisien.

Ok paham kan.


Dengan itu, Celmonze telah melancarkan ‘Phenomenal Woman’, 3 langkah Body Contour System yang direka untuk mengembalikan kesihatan baik dalaman mahupun luaran. 


Aku dapatlah pi 'I Anti Cellulite' bloggers briefing ni kat Fresca Mexican restaurant kat The Garden. Ramai gak ladies bloggers yang hadir, mostly aku kenal. Tu yang syiok berborak tu kan.


‘The Phenomenal Woman has a beauty that radiates with confidence. She is respected and successful in her own right too. However busy schedules and hectic lifestyle means less time for body maintenance. This is where 3-step Body Contour System comes in’ kata Ms Adealine Wong, Celmonze Training Manager.


3 langkah Body Contour System adalah

1. Shape Up with SPA Wellnes
2. Slim Up with Anti-Cellulite
3. Firm Up with Body Firming


Bila kita dah buat 3 langkah ni, barulah kita boleh nampak hasilnya seperti kurangkan lemak badan, tingkatkan kekuatan tulang, memperbaiki bentuk badan, mengeluarkan toksin dan collagen pun mudah nak menyerap ke dalam badan.


Sempat gak aku berkenalan dengan Ms Kim Low, 1st runner of the Miss Chinese Cosmos Southeast Asia 2013 dan duta kepada Celmonze’s Experience and Win 2013. Dia ada citer sket rahsia kecantikan dia, ‘After shower, I massage Celmonze Anti-Cellulite Body Oil on specific areas of my body. It performs 3 core actions I need to bust cellulite. The 1st is promote good circulation, the 2nd is to eliminate toxins and the 3rd is to breakdown fat’

Ni dia Ms Kim Low tunjukkan dia urut ek

Ok ok dah tuh, lama plak korang duk rewind Keek aku ni ek. Apa yang korang tengok ni ek.



Cam biasa sebelum balik, confirmlah dapat satu product dari Celmonze ni untuk dicuba tau. Cellulite Oil, lepas mandi terus je urut-urut macam Ms Kim Low ajar tu tadi. 

Nampak keberkesanannya, aku share kat korang nanti ek.

Thanks Celmonze team dan The Butterfly Project for this special collaboration. Hopefully lepas ni dapat join lagi event sebegini ye.


Sedikit info:-

Korang pun boleh cuba Celmonze’s “Phenomenal Woman” body wellness programme atau beli je product badan yang terpilih dan boleh join  ‘Experience and Win’ 2013 contest. Dalam 4 langkah je, korang berpeluang menang Grand Prize of a 5D4N stay at Hardrock, Bali. Other attractive prizes include 10 Special Prizes consisting of pampering body care products worth RM1000 plus an anti-cellulite treatment worth RM788. 50 consolation winners will receive a voucher for body care products worth RM250 and a detox and whitening body treat worth RM388.

The ‘Experience and Win’ contest begins on the 5th of June and ends on the 4th of August 2013. While the Facebook contest starts from 8th August to 30th August. Winners will be judged based on contest and Facebook entries. Contest forms are available in all authorized Celmonze dealer outlets. Terms and conditions apply. 


Samsung Galaxy S4 Workshop

Hi Korang,

Mesti ramai yang sakit hati pasal aku dapat Samsung S4 ni kan.

Alah janganlah sedih. Nanti sampaikan turn korang gak, cuma kuatkan sket kerajinan membelog ye.


Aku dapat invite dari Samsung Malaysia untuk ke Samsung Galaxy S4 Workshop ni. So pepagi sabtu tu ktorg dah sampai ke Suka KL kat One Residency ni. Cantiknya tempatnya, kawasan banyak tourist rupanya. 

Ramai gak blogger yang datang, tapi semua aku kenal la so senang sket nak borak kan.


Ktorg diberikan Samsung S4 sorang satu, yelah untuk familiarization kan. Bukak kotak dan trus godek-godek sket mana yang tau. Setakat amik gambar buat video pandai lah aku kan. 


So basically workshop ni, ajar ktorg more details function dalam S4 ni. Bukan setakat amik gambar, facebook, instagram, video rupanya banyak lagi function yang best-best. Kalau nak citer semua kat korang jawabnya sampai esok entry ni tak abis kan.



Makan pun sedap gak tau. Korang tengok je lah Keek aku ni.

Then kena sign borang sket. Rupanya dapat review S4 ni. Yeah rasa nak lompat je tapi kene cover sket, kang orang kata poyo plak kan. eehee


Dah beberapa hari S4 ni jadi Life Companion aku, memang syiok di kendung kemana saje sampai masuk tandas pun nak bawak gak kan. Boleh main candy crush sambil buat apa yang patut... iskk pengotor betul la.

Cam biasa,
korang kalau ada menda nak suruh aku review pasal smartphone terbaru dari Samsung ni bagi tau aku ek.. Aku akan sedaya upaya melaksanakannya...

ok chow..



  

Wednesday, May 22, 2013

Resipi Kek Batik Comot


Hi Korang,

Aku memang tak pandai masak.

Kalau setakat untuk makan berdua lepas lah, tapi nak masak dalam quota kenduri tu mintak maaf la ek. Ilmu amat kurang di dada lagi.

So hari tu, memang teragak sangat nak makan kek batik ni. Gara-gara si Sumijelly la ni, dia post gambar kek batik ni kat Instagram. Terus aku tergoda di buatnya.

Nak pi beli bahan, malas plak. So terus selongkar apa yang ada kat dapur comel aku ni.


Inilah bahan-bahannya:-

Milo (tapi aku guna Milo 3 in 1)
Susu tin
Butter (aku guna butter yang sapu kat roti tuh)
Esen Vanilla sket
Biskut Marie (aku guna biskut JACOB’s Weetameal)

Aku tak ikut sukatan pun, pakai agak-agak je dari resipi yang aku cilok kat Google ni. Memintak tuan punya resipi tak marah ek coz aku alter resipi dia ni sket.

Cara masak :-


Cairkan butter dan masukkan semua bahan kecuali biskut di atas dapur. Kacau sampai sebati, jangan sampai melekat pekat ye. Tutup api. 


Kemudian tuang dalam casserole yang beli kat Langkawi tak pernah pakai ni secara berlapis-lapis biskut.Tak kisahlah korang nak hancurkan ke tak ek. Terpulang pada si tukang masak.


Dah siap sampai abis, pi masukkan dalam fridge dan sejukkan sampai 4 jam. Kalau tak sabar, pi makan yang cair-cair tu jelah.


Di sebabkan aku main hentam keromo je buat kek batik ni, hasilnya pun cam tu gak lah.Walaupun tak cantik tapi sedap dan ada rasa lemak-lemak masin sket kata Mr Big. Dia makan 10 ketul selebihnya aku bawak pi office kasi bebudak ni rasa dan komen.


Last-last diorg yang kasi nama KEK BATIK SLOOPY ye..

Kalau korang nak tiru boleh but sukatan agak-agak sendiri la ek. Aku tak pandai nak sukat...

Chow